NIKMAT ALLAH
Assalamualaikum
NIKMAT ALLAH
An-Nahl : 18
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَآ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Nikmat Allah sebenarnya sangat banyak, hingga tidak terhitung banyaknya... jika kita mahu memikirkan.
Bila kita melihat orang gila yg berjalan dijalan raya dengan berkaki ayam, berambut panjang, berbau busuk, tersengih2 sambil mulutnya komat-kamit.
Alangkah bersyukurnya kita kpd Allah kerana diberinya kita akal yg sihat...
Orang gila itu, otaknya mugkin terdengar2 suara orang bercakap walaupun sebenarnya tak ada siapa pun yg bercakap samaada orang betul atau jin.
Selain dari itu, kemampuan untuk menimbangkan betul salah, buruk baik mungkin sudah tak mampu lagi.
Pena pun diangkat sehingga tak mampu untuk menambah kebajikan.
Terima kasih kpd Allah yg memberi kita akal yg sihat. Akal adalah salah 1 dari benda yg paling penting untuk dijaga.
Tanpa akal yg sihat, kita tak mampu beragama, tak mampu nk jaga keluarga, setiap hari kena makan ubat, dan mungkin kena disuntik ubat setiap bulan.
Jangan biarkan akal kita rosak..
Akal dan otak tidak dapat dipisahkan. Jika otak kita rosak, maka rosaklah akal kita.. Bila akal kita rosak, maka kita pun tak mampu beragama atau menunaikan kewajiban.
Dalam ilmu perubatan, salah 1 sebab penting kerosakan akal ialah kecederaan... samaada kerana luka, arak, ketumbuhan, dadah, kuman, kerosakan salur darah, penyakit2 sistemik dan penyakit autoimmune.
Selain itu, ada yg disebabkan oleh gangguan keseimbangan bahan kimia spt dopamin dan serotonin dll di dalam otak. Bila tidak ada keseimbangan maka fungsinya trganggu.
Seimbang ... bagus,
tak seimbang ... kacau
Ada lagi sebab2 lain yg ada kaitan dgn gangguan akal, spt faktor keturunan dan faktor persekitaran spt tekanan dan pendidikan.
Masyarakat Melayu pula ada teori yg mengaitkan penyakit jiwa yg serius dengan terlampau banyak mewiridkan nama Allah yg mereka panggil gila isim. Isim ialah nama.. Jadi ada orang2 tua yg melarang kita mewiridkan dengan banyak nama2 Allah.
1 lagi ialah gangguan jin dan syaitan sebagai penyebab penyakit jiwa atau psychosis.
Ada juga yg mengaitkan
Saya sendiri kurang percaya kedua2 teori itu, iaitu membanyakkan menyebut asmaul husna atau gangguan syaitan menjadi punca penyakit gila yg melibatkan psychosis.
Pernah seorang sahabat saya mendapat gangguan fikiran dan perasaan selama beberapa hari.. yang saya fikir puncanya ialah gangguan batin, bukannya gangguan otak.
Teorinya agak rumit untuk saya tuliskan di sini kerana ia melibat kefahaman tentang ilmu kerohanian manusia.
Sayangnya, dalam perubatan moden dari Barat tiada teori kerohanian.
Cuba kita fikirkan sahaja tentang kelebihan orang yg bibirnya sentiasa basah kerana menyebut nama Allah, dan bagaimana para Rasul dan orang2 saleh itu bibir mereka selalu basah bertasbih memuji Allah
Walau bagaimana pun, penyakit gangguan akal dan gangguan batin ini tak jauh pemisahannya. Artinya, orang yg ada sedikit gangguan akal boleh menyebabkan dia selalu high.....
Dalam keadaan itu dia mungkin tak tidur selama banyak hari, banyak mengulangi asma Allah, terbuka deria batin dan seterusnya mendapat gangguan pemikiran dan perasaan.
Artinya, bukan wirid2nya itu yg menyebabkannya mendapat penyakit jiwa, tetapi kesukaannya berwirid itulah yg merupakan sebahagian tanda awal dia mengalami gangguan jiwa/akal
Saba' : 13
يَعْمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحٰرِيبَ وَتَمٰثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيٰتٍ ۚ اعْمَلُوٓا ءَالَ دَاوُۥدَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ الشَّكُورُ
Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). *Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih*.
Allah tidak sebutkan 1 per 1 siapa yg tidak bersyukur.. Allah hanya sebutkan sedikitnya orang yg bersyukur.
Jika kita termasuk di dalam golongan yg sedikit itu, sungguh Alhamdulillah.
Di antara tanda orang yg bersyukur adalah berterima kasih kpd Allah dengan memuji Nya apabila menerima nikmat Nya.
Berapa banyak kali kita menerima nikmat Allah dalam 24 jam ? Tentu sukar untuk mengira banyaknya..
Seorang guru yg saya pernah belajar dengannya mengamalkan mengucapkan terima kasih kpd Allah sebelum dia tidur malam. Dia akan sebut setiap 1 nikmat Allah yg dia terima sepanjang hari.
Tapi percayalah.. kita tak akan mampu menyebut kesemuanya.
Rasulullah saw pula menzahirkan kesyukuran dengan melakukan ibadah malam dengan begitu serius hingga seolah2 baginda beribadat itu kerana takutkan azab neraka.
Aisha tanya, yg maksudnya ialah kenapa beribadat begitu sekali sedangkan masa depan baginda sudah terjamin. Padahal bukan itu tujuan baginda beribadat bersungguh2, akan tetapi adalah untuk berterima kasih kpd Allah.
Saya sendiri berpendapat yg saya belum benar2 bersyukur kpd Allah. Tapi in syaa Allah, saya akan bersusaha untuk mencapainya.
*Ya Allah, bantulah kami untuk ingat kpdMu, bersyukur kpdMu dan membaiki ibadat kami kpdMu*
Amiin.
Comments
Post a Comment