MENCARI IMAN dan ULUL ALBAB

Assalamualaikum. Semoga anda ceria dan bahagia di dunia dan akhirat

Ta Ha : 120

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطٰنُ قَالَ يٰٓـَٔادَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلٰى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلٰى

Kemudian syaitan membisikkan keraguan kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

Asal perkataannya ialah was-was yg diterjemahkan kpd keraguan. Datangnya keraguan itu sebagai lawan kepada keyakinan. Datang ragu maka goyahlah keyakinan.

Maka keyakinan perlu dibaja, diperkukuhkan agar ia tidak jadi condong dan tumbang dek angkara keragu-raguan atau was was..

Keyakinan kpd kebenaran adalah dari Allah..Ia membawa kpd keredaanNya. Datangnya keyakinan itu dari hidayah yg ada di mana2 dan dari cahaya yg masuk ke hati kita.

Hidayah ada di langit, di bumi dan di dalam diri kita sendiri.. hidayah yg diartikan sebagai petunjuk. Hidayah ini perlu kita resapi dengan akal dan hati.

Pandangan kita akan jadi lemah dan tertunduk dengan perasaan kagum apabila kita tekun mengkaji kesempurnaan dan kerumitan alam ciptaan Allah ini.

Saya sendiri telah merasai bagaimana keraguan saya telah bertukar kpd keyakinan hasil dari pelajaran tentang tubuh manusia, iaitu pada peringkat awal pengajian perubatan dahulu, di awal2 tahun2 80an.

Sayang sekali kerana ilmu yg terperinci tentang diri manusia ini hanya terdedah kpd segelintir orang. Padahal jika semua orang berpeluang menyelaminya, saya yakin bahawa akan jelaslah kpd mereka apa yg masih menjadi keraguan.

+++

PERCAYA ITU ADA 3 PERINGKAT.

1. Percaya budak2, iaitu percaya polos, lurus.. tanpa perlukan pertimbangan akal.

2. Percaya kerana akal fikiran sudah percaya, hasil dari pertimbangan akal yg sihat kerana ada dalilnya.

3. Percaya yg sudah melepasi peringkat akal... Ia sudah masuk ke hati, lalu menimbulkan hasil atau kesan berbentuk perasaan.

Tidak ramai orang yg melepasi peringkat 1 di atas, iaitu percaya tanpa dalil. Kebanyakan orang akan membuang was2 dengan melupakan apa yg diwas2kan, iaitu melupakannya dengan pujukan kpd diri sendiri agar melupakan apa yg diwas2kan.

Al Qur'an pula menyuruh kita berfikir tentang penciptaan langit dan bumi, demi untuk mendapatkan  keyakinan. Inilah langkah2 para ulul albab.

Mereka perhatikan alam ini, lalu mereka mendapat keyakinan bahawa alam ini ada PENCIPTA dan ada TUAN PUNYA. TUAN PUNYA ALAM inilah yg benar2 berhak kpd alam ini. Perintah2Nya mesti dipatuhi.. Dia mesti selalu diingat dan dipuja..

Ulul albab percaya bahawa alam ini tidak dijadikan dengan sia2.. artinya pasti ada tujuan yg benar alam ini diciptakan.

Keyakinan tersebut terhasil dari penelitian.  Para ulul albab adalah orang yg percaya kpd Allah dan hari akhirat dan mereka itu banyak mengingat Allah. Para ulul albab adalah orang2 yg sangat baik, tetapi mereka belum rasa puas dengan keimanan yg sudah dicapai.

Setelah dia berjaya mencapai keyakinan akal fikiran yg di kepala dan kesadaran, ulul albab ini akan berusaha pula untuk melangkah setapak kehadapan lagi.. iaitu bagaimana cara untuk benar2 memasukkan iman ke dalam hati. Keyakinan di hati inilah yg final, iaitu yg akan menjadikannya seorang yg benar2 yakin.

Dalam proses memasukkan iman ke dalam hati ini, si ulul albab akan menggunakan beberapa kekuatan, iaitu

1. Doa dan bantuan Allah

2. Ikhlas kepada Allah

3. Ilmu syariat dan hikmat/rahsia di sebalik syariat yg diamalkan..

4. Usaha yg bersungguh2 dan kesabaran. Beribadah dan ingat kpd Allah sebanyak mungkin.

xxxxx

Hasil dari usaha yg tidak mengenal jemu itulah, in syaa Allah, dada si ulul albab akan dipenuhi dengan cahaya iman.

Kesemua keraguan telah digantikan oleh oleh Allah dengan keyakinan. Dia sudah benar2 arif atau kenal.. Hidup ini hanya sementara. Kuasa Allah menyelubungi kesemuanya. Apa yg dilalui kesemuanya dipandang baik. Dia sentiasa tabah dan gembira. Janji Allah pasti akan berlaku.

An-Najm : 11

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأٰىٓ

Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.

An-Najm : 18

لَقَدْ رَأٰى مِنْ ءَايٰتِ رَبِّهِ الْكُبْرٰىٓ

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.

Comments

Popular Posts