KEMATIAN

Kematian tidak dapat dielakkan kerana ia adalah ketetapan Allah. Seorang jiranku baru sahaja meninggal dunia pada minggu lepas dan meninggalnya ketika menjalani pembedahan tulang belakang yg bengkok. Usianya ketika meninggal adalah 70an tahun.

Sebelum pembedahan tersebut, aku lihat dia sihat dan bekerja seperti biasa, iaitu sebagai tauke kedai runcit.

Barangkali kerana tulang belakang terasa sakit, atau beliau ingin dapat tegak seperti biasa, beliau pun menjalani pembedahan yg sudah tentu tinggi kosnya.

Ketika pembedahan itulah tekanan darahnya turun dan berlaku perdarahan. Semuanya gagal dikawal.. akhirnya kematian.

Allah sudah berfirman di dalam al Qur'an yg bermaksud setiap jiwa akan merasai mati.

Sekiranya sudah ditakdirkan kematian pada minggu lepas, jiran saya itu pasti tidak akan dapat mengelak..

Biarpun dia hanya berbaring di atas katil, atau bekerja di kedainya, dia akan tetap mati.

Comments

Popular Posts