IMAM SYAFIE
Mari kita cerita sejarah pula, supaya tak jemu.
Kita tentu kenal dengan Imam Syafie dan kitabnya al Umm.
Imam Syafie adalah pengasas mazhab fikh yg banyak diikuti di Mesir, Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, dan beberapa negara Afrika spt Somalia.
Beliau adalah keturunan Quraisy, dilahirkan di wilayah Palestin pada tahun hijrah 150.
Pada tahun 150H itulah tahun kematian pengasas mazhab Hanafi. Pada tahun itu, gurunya imam Maliki sudah dewasa, dan muridnya imam Hanbali belum lahir lagi.
PELAJARAN
Ketika masih kecil, Syafie belajar di Makkah.
Hafaz al Qur'an ... usia 7 tahun
Hafaz al Muwata imam Malik .... usia 10 tahun.
AlMuwata ialah kitab hadith dan fikh yg dikarang oleh imam Malik dengan mengambil masa 40 tahun. Di dalamnya mengandungi 1843 hadith yg kebanyakannya sahih. Pada pertengahan kurun ke 2 hijrah itu, al Muwata adalah kitab fikh dan hadith yg terbaik pada masanya.
Diizinkan berfatwa atau keluarkan pendapat ... usia 15
Pergi ke Madinah utk belajar dgn imam Malik... pada usia 13 tahun atau 22 tahun.. sejarawan tak pasti
KERJAYA SELEPAS USIA 30 TAHUN
Pada usia 30 tahun, dia ditawarkan kerja kerajaan di Yaman, tetapi kemudian dituduh membantu golongan Alawiyeen, lalu di heret ke Baghdad dan diadili dihadapan khalifah bani Abbassiah Harun Al Rashid.
Beliau lepas.. tapi yg lain2 kena hukum bunuh.
Di Bagdad, Iraq... imam Syafie masih menjadi cenderung kpd fikh mazhab Maliki, walaupun sudah ada pendapat sendiri.
Iraq pula dikuasai mazhab Hanafi.. dan imam Syaibani adalah ustaz mazhab Hanafi di sana.
Di sana, Syafie turut terlibat dalam perdebatan fikh..dia tak tunduk kpd mazhab setempat. Ada orang Baghdad tak puas hati .
Maka belum lama di Baghdad, imam Syafie pun hijrah ke Makkah dan mengajar di sana. Diantara penuntutnya ialah Hanbali yg kemudian mengasaskan mazhab fikh sendiri.
Pada saat itu Syafie sudah terdedah kpd 2 mazhab dan dapat melihat kelebihan2 pada mazhab Hanafi yg mahir logika.
Imam Syafie sudah serik untuk kerja kerajaan yg sudah tentu tidak terlepas dari cengkaman politik... Imam Syafie hanya fokus membaiki ilmunya dan mengajar agama
Diringkaskan kisah, imam Syafie kemudian mastautin di Mesir dan dia lega kerana ada orang yg bantu kewangannya. Di sana juga Syafie dapat mendalami agama dari seorang guru wanita..
DEBAT YG MEMBAWA KPD KEMATIAN
Ketika di Masir inilah pemikiran fikh Syafie sudah cukup matang. Dia mengambil kelebihan2 pada mazhab Maliki, Hanafi dll dan menggunakan kecekapannya untuk mengasaskan mazhabnya sendiri yg kukuh. Pendapat2nya ketika di akhir hayatnya di Masir itulah dipanggil qaul Jadid atau pendapat baru yg lbh baik dari pendapat lama ketika belum hijrah ke Masir.
Sayangnya, perdebatan fiqh di Masir dengan pengikut mazhab Maliki telah menimbulkan tindak balas ganas hingga Syafie cedera dan membawa kpd kematiannya..
Syafie telah dikebumikan di Masir.
KOMEN SAYA :
Kita sepatutnya jangan terlampau fanatik dengan pendapat fikh yg kita pegang kerana masih ada kemungkinannya kita tersilap. Janganlah sampai jadi spt orang2 yg pukul imam Syafie hingga beliau meninggal semata2 kerana perbezaan faham fikh. Bukankah membunuh orang Mukmin itu hukumannya di akhirat nanti sangat berat ?
Daripada kita bergaduh pasal perkara khilafiah dalam fikh, lbh baik kita kita baiki hati dan jiwa kita.
Allah sudah janjikan kejayaan/keuntungan utk orang yg menyucikan dirinya. Begitu juga kita berharap dapat kembali kpd Allah dgn hati yg sejahtera. Amiin
Comments
Post a Comment