AMAL YG UTAMA

 Assalamualaikum ... ceria selalu.

Allah SWT says:

وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَـنُكَفِّرَنَّ  عَنْهُمْ سَيِّاٰتِهِمْ وَلَـنَجْزِيَنَّهُمْ اَحْسَنَ الَّذِيْ كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ
"And those who believe and do righteous deeds - We will surely remove from them their misdeeds and will surely reward them according to the best of what they used to do."
(QS. Al-Ankaboot: Verse 7)


Dan orang2 yg percaya (iman) dan beramal dgn amal saleh, sesungguhnya kami akan hapuskan dosa2 mereka dan membalas dengan yg lebih baik dari apa yg mereka usahakan.

Di dalam ayat ini, ada 1 rahsia sebagai panduan untuk berjaya dan mendapat apa yg lbh baik, iaitu ... (1) percaya   (2) mengerjakan banyak amal kebaikan

Tentang percaya, kita semua sudah percaya... cuma kita perlu pupuk keyakinan kita itu dengan cara fikir ulul albab.

Cara fikir ulul albab ialah cara fikir kebatinan dan kesedaraan, dan bukan hanya permainan fikiran untuk tujuan duniawi.

Berfikirnya ulul albab membawa kpd kemasukan cahaya ke dalam dada.. kesedaran, ketakjuban dan ingin kpd kpd Rabbnya.

Jelas sekali yg  cara fikir para ulul albab ini cukup berbeza dari cara fikir ahli2 fikir yg lain...

Kita lihat, orang2 Barat banyak berfikir ... contohnya para ahli falsafah mereka. Tapi hati mereka tetap tidak mendapat cahaya untuk menerima Islam. Tetapi ramai orang Barat, terutama yg gadis dan pemuda2nya yg berjaya mendapat hidayah.

Sebenarnya, bila niat hati mereka itu betul, dan mereka ada rasa takut kpd Rabb yg Maha Pemurah.. nanti in syaa Allah, Dia akan memasukkan cahaya hidayah ke dalam hati.

Setelah medapat cahaya iman, apa yg perlu dilakukan ialah membanyakkan amal saleh dengan mendahulukan amal yg besar2 dahulu.

Dijadikan sebahagian amal itu lebih besar nilainya dari yg lain ialah supaya kita berfikir dan memilih. Jangan tak pilih...Apa gunanya aqal jika tak digunakan untuk memilih

Contohnya, ada hadis yg menyebutkan tentang keutamaan amal.. apabila disoal oleh sahabat2 baginda, baginda menerangkan :

Amal yg paling utama ialah solat di awal waktu, berbakti kpd ibubapa dan jihad fisabilillah.

Solat awal waktu itu sudah tentu dengan menyempurnakan syarat2nya, dengan niat yg paling baik dan dengan hati dan jiwa yg pling khusuk. Nilai solat yg sebegini adalah lbh besar dari berbakti kpd ibu bapa yg telah tua...

Dan berbakti kpd ibu bapa dengan niat yg paling baik, berbakti dengan bersungguh2 biar menghadapi banyak masaalah... spt ibu bapa yg kena stroke atau sudah bersikap spt kanak2 adalah lbh utama dari berhempas pulas fi sabilillah.

Tidak hairanlah maka Rasulullah saw menyuruh seorang lelaki untuk tinggal menjaga ibunya dari pergi berperang fi sabilillah.



Mungkin timbul di fikiran kita, alangkah beruntungnya orang2 yg berada di medan perang fi sabilillah.

Tetapi, bukan semua orang dapat berada di sana.. Walaupun begitul kita masih boleh betjihad fi sabilillah dalam bentuk yg lain, asalkan tujuannya ialah untuk memenangkan agama Allah.

Banyak sangat yg boleh kita kerjakan sebagai jihad (berhempas pulas) fi sabilillah (di jalan Allah)... bukan hanya berbunuh2an

Tetapi ada yg lbh utama nilainya dari itu, iaitu jika kita masih ada ibu bapa. Mereka dah tua, lemah dan bergantung kpd orang lain untuk kehidupan seharian. Amal menjaga ibu bapa spt itu adalah lbh mahal dari keluar jihad fi sabilillah.

Ok... kalau kita tak ada ibu bapa lagi, tapi hajat sangat nk melakukan amal yg nilainya sebesar  jihad fi sabilillah atau menjaga ibu bapa.. kita ada peluang yg besar.

Apa kerjanya ?  Solat awal waktu dengan sebaik2 solat dan sebersih2 niat. Solat awal waktu dengan sebegini adalah lebih besar nilainya dari dua yg di atas.

Tetapi janganlah merendah2kan keluar jihad fi sabilillah. Mereka itu terus menerus dalam amal jihad selagi belum pulang... siang dan malam. Kalau 1 bulan, maka 1 bulanlah mereka berjihad.

Comments

Popular Posts