MENGEJAR HIDAYAH
Sementara menunggu majlis latihan khusuk solat pada jam 9.30 nanti, elok juga kita tadabbur ayat berikut
As-Sajdah : 13
وَلَوْ شِئْنَا لَءَاتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدٰىهَا وَلٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّى لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
*Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari pada-Ku* : "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama".
Yang saya nk ajak kita sama2 fikir di sini ialah tentang petunjuk.. betapa pentingnya kita mengejar petunjuk Allah.
Petunjuk itu ada petunjuk spt kitab dan dalil2 yg dapat kita lihat di alam ini.
1 lagi jenis petunjuk ialah cahaya hidayah yg masuk ke hati yg menimbulkan kesedaran akan jalan hidup yg benar.
Firaun sudah didatangi hidayah dlm bentuk seruan Rasul dan mukjizat yg besar, tetapi hawa nafsunya membuatkan dia memilih untuk menolak kebenaran.
Kerana itu Allah tutupkan pintu hatinya dari menerima cahaya hidayah. Dadanya terus menerus gelap dan keras.. Akhirnya, dia hanya mahu masuk Islam ketika sampai saat tidak boleh bertaubat lagi. 8
Nampaknya ada 2 cara untuk menyampaikan hidayah kpd diri kita dan kawan2.
Pertama, ialah kita cari hidayah itu dalam bentuk ilmu .
Kedua, kita cari suasana yg membolehkan cahaya hidayah masuk ke hati kita.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita tidak berusaha mengubahnya.
Firaun tidak berusaha untuk menundukan hawa nafsunya dari menentang Tuhan, bagaimana Allah akan membuka tembok hatinya untuk menerima cahaya hidayah ?
Saya pernah terbaca bagaimana Malik Nor juara bina badan mendapat hidayah untuk lbh mendekati Islam. Dia sendiri bercerita bagaimana pada 1 subuh yg hening di KL , dia telah terdengar azan subuh yg kesannya meresap ke hati.
Dari saat itulah dia ambil keputusan untuk bersungguh2 taubat atau kembali ke jalan yg lurus.
Dia bercerita bagaimana dia telah melakukan kesilapan yg banyak.. semenjak masih muda. Tapi alhamdulillah cahaya hidayah telah masuk ke hatinya.
Sungguh beruntung en Malik tu... Allah pilih dia untuk menerima hidayahNya.
Ramai lagi orang2 yg menerima cahaya hidayah ketika terdengar laungan azan, lalu dengan sabar dia hayati suara azan itu hingga dadanya menjadi luas dengan kemasukan cahaya kesedaran ..
Bagaimana jika mereka berhati sombong kerana kebencian kpd orang2 Islam ? Apabila mendengar azan, mereka pun tutup telinga ? Bagaimana cahaya kesedaran itu akan dapat memasuki pintu hati yg tertutup ?
Kita sama2 fikirkan ..
Comments
Post a Comment