KONSENTRASI RASA KE HATI
Assalamualaikum warga diskusi sufi yg dikasihi
Pertanyaan yg kerap ditanya ialah :
Apakah bacaan ketika konsentrasi ?
Saya sudah terangkan bahawa konsentrasi ialah 1 bentuk zikrullah yg khusuk, tanpa huruf, tanpa suara, tetapi dengan rasa. Konsentrasi di dalam ilmu ini bermakna melakukan penumpuan dengan rasa.
Untuk memahami makna penumpuan (atau konsentrasi) .. tentu kita tahu bahawa ahli sukan spt sukan memanah, dart, golf, jimnastik, bola jaring/keranjang, bola lisut, badminton , bahkan apa juga jenis sukan memerlukan penumpuan.
Berpidato, memasak, menulis cek, melukis atau menghasilkan hasil2 seni, bertukang rumah, belajar, mengajar, berbincang, berlakon ... semuanya perlukan penumpuan jika mahu hasil yg baik.
Ada penumpuan yg kita lakukan dengan mental spt berpidato, bermain dam aji atau chess.
Ada penumpuan dengan menggunakan mata dan tangan spt dart dan memanah..
Kalau orang tanya : Apa bacaan ketika melakukan penumpuan ?
Jawabnya tentulah penumpuan itu sendiri adalah 1 aktiviti bukan bacaan.
Tetapi kalau kita melakukan penumpuan ketika kita membaca buku, maka tentulah kita kena membaca.. Penumpuan adalah penumpuan, membaca adalah membaca. Ketika membaca buku, kita perlu ada penumpuan.
Ketika membaca buku pelajaran, kita buat penumpuan mental dan mata. Dengan itu, barulah kita faham apa yg kita baca. Jika ketika membaca buku itu fikiran kita menerawang ke tempat lain, tentulah kita tidak faham apa yg kita baca.
SOLAT adalah 1 tugas yg perlukan penumpuan oleh seluruh diri kita zahir dan batin.
Hati, otak, mata, telinga, jasmani, lidah dan apa sahaja ... kesemua kita libatkan dalam penumpuan ketika solat.
Contohnya, ketika kita solat, kita tak boleh dengar perbualan orang di sebelah kita. Tak boleh dengar bacaan tahlil jika ketika itu ada kumpulan tahlil sedang bertahlil. Tak boleh menikmati nyanyian di radio. Pendengaran kita hanya ditumpukan kpd dialog di antara kita dengan Allah
Sebenarnya kita faham semua yg di atas.. tetapi bagaimana nk melakukannya dengan sempurna dan mengekalkan hasilnya pada setiap kali solat ?
Sebab itulah kita perlukan ILMU KONSENTRASI.
Oleh sebab SOLAT adalah penyembahan, perhubungan dan dialog diantara kita dengan RABB yg kita sembah, maka paling penting sekali ialah kita mesti tahu, ketika kita solat, kearah mana KONSENTRASI KITA ITU KITA ARAHKAN..
Contohnya, jika kita sedang berbual dengan kawan yg berada dihadapan kita, maka tentulah kita arahkan konsentrasi kita tadi ke hadapan. Mustahil kita arahkan konsentrasi kita ke arah tepi atau belakang, sbb jika demikian itu yg kita lakukan maka kita jadi kurang adab dan kurang penumpuan kpd kawan kita tadi.
Begitu juga ketika kita berdialog dgn Allah, kearah manakah kita patut hadapkan atau tujukan konsentrasi kita itu ?
Ada DUA arah penting yg patut kita arahkan konsentrasi kita, iaitu
1. Kearah QOLBU atau hati yg ditengah dada... diatas 2 sebab. Pertama, kerana Allah firmankan bahawa DIA lbh hampir kpd kita dari urat leher kita. Kedua, kerana Allah melihat kpd amalan dan hati kita. Dengan menumpukan ke arah hati dan menyatu dengan hati maka HATI KITA AKAN IKUT SERTA DALAM SOLAT.
Hasil dari konsentrasi ke hati ini ialah hati akan berubah menjadi bersih, bercahaya dan selalu ingat kpd Allah kerana hati telah ikut serta dlm ZIKRULLAH.
Kedua, hasilnya ialah kita akan dapat rasa betapa hampirnya DIA dengan kita, sehingga lebih hampir dgn kita berbanding urat leher kita sendiri.
Kita akan rasa ada perubahan dlm hidup kita, ada kepuasan dari solat dan solat akan lbh bermakna lagi.
Amalan konsentrasi ke hati ini kita gunakan PENUMPUAN MENGGUNAKAN RASA, dan BUKAN PENUMPUAN MENTAL atau BAYANGAN MENTAL.
Sekali lagi saya tekankan... kita gunakan penumpuan RASA.
Ok... bila sampai bab bagaimana nk buat penumpuan rasa inilah yg kita payah nk buat jika tidak berguru.
Ada yg hanya menumpukan rasa ke arah kulit di hadapan dada. Ada yg tumpukan ke jantung. Ada yg ke perut tempat kena gastrik. Ada yg ke kanan atau ke kiri.
Yang betulnya ialah penjmpuan ke titik tengah yg terletak di tengah2 dada.
Bila sudah dapat melakukan penumpuan ke titik tengah ini, kita kena berlatih bagaimana membaca menggunakan titik tengah ini... artinya membaca dengan hati, dan bacaan mulut menurut bacaan hati.
Ilmu begini sepatutnya kita kena keluar berguru, tetapi saya cuba juga menuliskannya.. mudah2an kita akan ada kesempatan untuk berguru pada 1 hari nanti.
Untuk melakukan konsentrasi rasa ke hati ini memang perlukan latihan yg banyak, terutama pada kawan2 yg terlampau bijak dan aktif menggunakan berfikir menggunakan otak.
Bukan mudah untuk alihkan penumpuan dari penumpuan ke otak kpd penumpuan ke hati.. tetapi jika kita tak mahu melakukannya, kita akan jadi orang yg rugi. Belajarnya sedikit tetapi hasilnya banyak. Hati akan hidup, aktif mengatur kehidupan kita... Bukankah Nabi saw sendiri ada berdoa : Jadikan di hatiku cahaya ?
Bila konsentrasi rasa sudah mampu dilakukan dengan baik, atau 100% tertumpu ke hati yg di dalam dada ketika kita solat, dan kemudian kita mampu membaca dgn hati (mulut ikut hati) , langkah seterusnya ialah memahami apa yg kita baca agar setiap kalimah yg kita ajukan kpd Allah akan ada kefahaman... bukan spt burung tiong yg tak faham apa yg dia kata.
Tapi ingat, jika latihan penumpuan rasa ke dalam dada belum cukup baik, sedangkan kita terlampau stress kpd makna bacaan.. hasilnya ialah penumpuan ke otak dan aktiviti mental akan meningkat.
Apa salahnya jika aktiviti mental meningkat ? Ya ... ada kekurangannya iaitu bakat spiritual kita akan tersekat oleh aktiviti mental.
Spiritual adalah kerohanian
Mental adalah fikiran.
Comments
Post a Comment