AL ISRA : 27

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah solat Isya.. marilah kita bikin wejangan, atau kata2 nasihat.

Ini nombor yg menarik, iaitu 1727.  Apa tu 1727 ? 

Oh... ini bukan nombor ekor untuk ditikam, tetapi adalah no surah dan no ayatnya ..

Lihat surah 17  (al Isra') , ayat 27

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا إِخْوٰنَ الشَّيٰطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Professor dr Hamka menterjemahkan begini : Sesungguhnya, orang2 yg pemboros itu adalah kawan2 dari syaitan2, dan adapah syaitan itu terhadap Tuhannya tidak mengenal terima kasih

Boros, iaitu terjemahan dari kata mubazzir atau tabdzir telah dijelaskan oleh para ulama sebagai berikut :

Imam Syafie : Mubazzir ialah membelanjakan harta tidak pada jalannya

Imam Malik : Mubazzir ialah mengambil harta dari jalan yg munasabah, tetapi membelanjakan secara yg tidak munasabah.

Dan pendapat imam2 lain yg tak payahlah saya salinkan di sini.

Pada awal tahun 1990, saya bertandang ke rumah imam parit Jawa, Muar di waktu malam. Setelah saya naik ke rumahnya, imam telah menutup lampu anjung walupun hanya sebiji mentol.. lalu dia baca permulaan ayat di atas, yg bermaksud pemboros2 adalah saudara syaitan.

Hingga kini saya masih ingat tazkirahnya itu... jangan mubazzir biarpun hanya sedikit.

Ada juga peristiwa yg mana Rasulullah saw menegur seorang sahabat baginda agar jangan mubazzir ketika wudu. Jangan mubazzir walaupun wudu itu pekerjaan yg baik, tetapi menggunakan air secara belebihan adalah dilarang agama.

Ketika makan juga Rasulullah saw pesankan agar jangan mubazzir, sehingga kalau ada lebihan makanan di jari kita pun jangan dibazirkan..

Artinya, jangan pandang pada sikitnya pembaziran itu, tetapi pandanglah kepada sikap tidak berterima kasih kpd si pemberi nikmat.

Katakanlah kita ada jiran yg miskin yg memerlukan wang. Kita pun bantulah dia dengan sedikit pemberian. Tetapi pemberian yg sedikit itu pula dibelanjakan bukan pada jalannya yg betul. Setelah itu, dia masih mengharapkan bantuan kita lagi ...  Sudah tentu kita akan luahkan wejangan, atau nasihat yg baik kpdnya.

Syaitan itu memang kuat membazir. Diberi kpdnya umur dan kesihatan, dibazirkan dengan keingkaran. Tiada 1 pun nikmat Allah yg disyukuri.

Comments

Popular Posts