JALAN UNTUK TAUBAT

Allah SWT berfirman:

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلٰلُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالْأَاصَالِ

"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit maupun yang di bumi, baik dengan kemauan sendiri maupun terpaksa, (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan petang hari."
(QS. Ar-Ra'd 13: Ayat 15)


Assalamualaikum semua pembaca..

Ayat ini menyebutkan bahawa semua makhluq sujud kpd Allah. Bukan sahaja sujud, malah mereka juga bertasbih kpd Allah.

Sujud dan tasbih makhluq2 ini kita tidak sedar kerana ia tidak dapat dilihat dan didengar dengan pandangan dan pendengaran zahir, tetapi dengan deria batin.

Setiap yg zahir itu ada batinnya, contohnya kerusi meja, tanah dan tubuh kita. Yang batin itulah yg sujud dan bertasbih. Tubuh orang kafir sendiri pun bertasbih kpd Allah walaupun diri mereka engkar kpdNya.

Semua makhluq2 ini dicipta dari benda yg 1  ,  dan semuanya sujud dan bertasbih kpd Allah.

Manusia pula diberikan jiwa dan hati untuk diuji amanah dan taqwanya kpd Allah.. Gunung ganang menolak apabila ditawarkan, tetapi manusia menerimanya.

Kerana itu kita diberi kemampuan untuk memilih. Kita diilhamkan yg fujur dan tawa, dan disuruh pilih.. ada yg memilih taqwa lalu Allah memberinya dan ada yg pilih fujur dan Allah pun memberinya.

Seperti Fir'aun pilih fujur.. lalu Allah biarkan dia terus berkuasa, membunuh dan menentang. Padahal jika Allah tak beri kekuatan itu melakukannya, si Fir'aun tidak akan mampu melakukannya.

Pada hari ini Allah beri kita peluang untuk pilih... mana yg kita pilih, Allah boleh kabulkan ikut kehendak Dia. Oleh itu, berhati2lah memilih..


Yang memilih ialah diri kita yg di dalam. Diri kita yg luar ini iaitu jasmani hanya alat sahaja kpd diri yg di dalam.

Allah akan ubah nasib kita jika kita ubah yg diri yg di dalam.

Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum hingga mereka ubah apa yg di dalam diri mereka sendiri.

Sebab itu kita kena kaji diri dalaman kita sendiri ... bagaimana diri dalaman kita berfungsi.

Apa yg kita usahakan bermula dari hati atau qalb kita. Hati itu ada akal dan kita panggil ia akal hati. Akal hati inilah yg digunakan oleh ulul albab untuk untuk tafakkur alam dan mengenal Allah.

Seterusnya kita ada akal fikiran yg di dalam kepala, hawa nafsu (keinginan) dan angan2. Selain itu, kita juga ada keazaman dan cita2.. Memang cukup kompleks penciptaan diri kita ini.

Yang lain2 itu adalah rakyat kpd hati kita. Jika hati dan akal hati suka kembali kpd Allah, hati akan perintahkan rakyatnya untuk patuh kpd Allah dan kembali kpdNya.

Tetapi jika hawa nafsu yg jahat sudah terlampau perkasa, dan hati dan keazaman pun lemah, padahal ia sukakan kebaikan... maka hawa nafsu yg jahat tadilah yg akan memerintah.

Ketika itu, jadilah kita ini hamba hawa nafsu. Tidakkah kamu lihat orang2 yg menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan ?


Salah 1 tujuan pendidikan di dalam Islam ialah bagaimana mendidik hati agar menjadi hati yg taqwa. Bagaimana menghidupkan akal hati agar menjadi ulul albab. Dan bagaimana mendidik hawa nafsu untuk mengubahnya dari jahat kpd hawa nafsu yg baik, yg cenderung kpd perkara2 yg baik... dan seterusnya.

Pendidikan dalaman inilah yg akan dapat merubah sesuatu kaum. Pendidikan akal fikiran yg didalam kepala hanyalah salah 1 dari tuntutan keseluruhan pendidikan

Jika kita hanya mendidik akal fikiran yg di dalam kepala, tetapi gagal mendidik hati, akal hati, hawa nafsu, angan2, keazaman ... maka hawa nafsu kita akan rampas kuasa. Hawa nafsu akan jadi firaun dan namrud. Kalahlah hati kita sebab hati kita lemah dan sakit.


Pada 1 hari, cuba kita pergi ke pantai, ke gunung atau ke hutan.

Lihatlah alam ini.. tenangkan akal fikiran yg di dalam kepala. Tumpukan rasa ke hati yg di dalam dada

Rngsanglah hati untuk merenung segala ciptaan yg menakjubkan itu.. dan biarkan ia bersuara. Dengar dan rasakan lah suara hati kita itu, tetapi ia sangat halus.

Apa yg ia sebutkan ialah tentang hubungan kita dengan Pencipta. Tentang ibadah kita kpd Nya. Tentang kebesaranNya. Tentang taubat .. Tentang kembali ..Tentang hidup di dunia ini tidak kekal..

Jika kita ikuti akal hati ini, in syaa Allah kita akan jadi ulul albab

Inilah sebahagian dari IQ spiritual

Comments

Popular Posts