HUD : 6 , LUH MAHFUDZ
Mari kita fikir2kan begini :
Ada 1 dewan yg besar, dan ada ramai orang di dalamnya. Semuanya sibuk dengan aktiviti..
Di dewan itu juga ada banyak cctv yg merakam segala yg berlaku. Semuanya direkodkan dalam bentuk digital di dalam harddisc yg cukup besar.
Tidak ada 1 pun yg berlaku di dalam dewan itu yg tidak ada rekodnya di dalam tempat simpanan rekod tadi.
Sudah berlaku.. baru direkodkan kan, tetapi semuanya ada direkodkan, dan tiada yg tinggal.
Sekarang kita tadabburkan ayat berikut :
Hud : 6
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ
Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. *Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)*.
Keajaiban lauh mahfush ialah segala2nya sudah ada rekodnya, biarpun perkaranya belum berlaku.
Ia bukan rekod yg telah berlaku, tetapi rekod perkara2 yg belum berlaku...
Entah berapa besarlah saiz memorinya...
Rekod sudah tersedia, tinggal nk dimainkan sahaja. Apa yg kita lihat ini semua adalah permainan rekod di atas sana.
Apa yg lbh ajaib lagi ialahl walaupun seolah2 semuanya terjadi seakan2 sebagai paksaan, tetapi di dalam paksaan itu pula ada kebebasan untuk memilih, hingga kita pun tidak mampu nak memahami dgn sepenuhnya.
Serahkan sahajalah kpd Allah.. Kita berusaha, Allah yg menentukan dan memberi.
Comments
Post a Comment