TASAUF, sekadar berbual
Tasawuf dan sufism adalah 1 tajuk/topic yg baru, kerana di zaman Nabi Muhammad saw belum wujud lagi istilah ini.
Yang ada di zaman Nabi Muhammad saw adalah al Qur'an dan pimpinan Rasulullah saw sendiri.
Hanya setelah zaman baginda itulah timbul pelbagai tajuk pelajaran agama untuk memudahkan pelajaran.
Walaupun inti kpd pelajaran tasawuf / amalan sufi adalah berasal dari al Qur'an dan hadith Nabi saw, tetapi di zaman baginda itu ajaran2 tasawuf masih belum dijadikan 1 tajuk yg khusus.
Tujuan utama pelajaran tasauf atau sufism adalah berkaitan penyucian fikrah, sikap dan amalan agama.
Ia adalah pelajaran yg sangat menitik beratkan tentang hati, hawa nafsu, pemikiran, angan2, sikap dan tasawur / konsep hidup.
Pokok ajaran tasawuf adalah tauhid, iaitu mahu membersihkan aqidah tauhid dari sebarang syirik atau menyengutukan Allah.
Kerana itu tasauf sangat menumpukan kpd hal2 dalaman spt spt perasaan cinta dan takut kpd Allah, keikhlasan dalam beribadat, reda, tawakkal, zuhud, taubat, zikir, khusuk dll...
Dalam perkembangan tasauf dari abad ke abad, pengamal tasauf telah terbentuk menjadi bermacam2 aliran.
Puncanya ada macam2 .. kesan dari pengaruh dalaman dan luaran.
Saya sendiri pun sudah tentu terpengaruh oleh salah 1 dari aliran2 tersebut setelah saya berusaha mencari jalan pilihan hati dlm tempoh yg lama.
Pada saya, tasauf mesti bersumber dari al Qur'an dan hadis Nabi saw. Ia juga mestilah mengekalkan tauhid dan syariat. Mestilah mengutamakan yg dalaman tanpa meninggalkan yg luaran. Mestilah mengambil berat semua aspek diri dan kehidupan..
Sebagaimana aliran2 yg bukan tasauf, aliran ini juga tidak sunyi dari tergelincir.
Apabila istianah bukan lagi hanya kpd Allah, artinya dia sudah tergelincir.
Dan apabila diri mengaku sebagai Tuhan, maka dia juga sudah tergelincir.
Jika dia mengatakan yg perintah2 Allah yg terkandung di dalam syariat Islam itu tidak perlu diamalkan... cukup hanya sekadar makrifatullah, dia pun sudah ikut tergelincir...
Istianah ialah memohon pertolongan, sebagaimana yg tersebut didalam surah al Fatihah ... hanya kpd Mu kami mohon pertolongan.
Golongan sufi yg benar adalah mereka yg hanya istianah kpd Allah.
Selain dari isu2 pokok, ada juga orang yg mempersoalkan isu2 remeh ketika mereka mencerca aliran tasauf.
Pada saya, kita janganlah keterlaluan dlm memandang serong kpd amalan orang lain.
Jika kita berminat, eloklah kita kaji dgn lbh mendalam sehingga kita benar2 faham apa yg orang lain amalkan sebelum menghina dan mencerca.
Comments
Post a Comment