Bakat Spiritual
Apa yg dimaksudkan spiritual senses atau deria kerohanian ?
Sebenarnya, manusia memang mempunyai 2 macam deria .
Deria iatu ialah :
1. Lima deria yg ada pada jasmani kita
2. Deria yg ada pada batin kita. Batin ini pula ada 2 macam iaitu qolbu dan jiwa yg bukan fizikal
Jika spiritual senses atau deria batin kita lebih sensitif, maka itulah yg kita katakan SQ kita tinggi.
Manusia2 yg mempunyai SQ yg tinggi ialah para nabi dan Rasul. Dengan SQ tadi itulah mereka dapat berkomunikasi dengan para malaikat yg tidak kelihatan oleh mata jasmani kita.
Kanak2, mereka yg berpenyakit gangguan makhluk halus dan para dukun juga mempunyai SQ yg tinggi, tetapi SQ itu tidak menguntungkan mereka kerana mereka tidak menggunakannya dengan betul.
Orang2 yg alim dalam ilmu agama juga ada yg mempunyai SQ yg tinggi. Mereka yg memilih jalan kesufian biasanya akan menghargai dan rajin mengasah SQ ini.
Inilah yg disebut oleh imam al Ghazali sebagai ketajaman mata hati.
Peristiwa yg berlaku kpd Ibrahim bin Adham dan Abdul Qadir Jailani yg merupakan sejenis pengalaman spiritual telah membuatkan mereka terjun ke bidang mujahadah kesufian.
Potensi SQ sangat besar. Ramai manusia yg tahu perkara ini, tetapi kurang yg menggunakannya dengan cara yg betul.
Ketika kita belum lahir ke dunia, SQ kita sangat bagus.
Setelah kita dilahirkan, otak fikir kita mula berfungsi dengan sangat aktif. Selain itu kita sangat dependent kpd deria jasmani dan membiarkan deria batin kita bertambah tumpul.
Akhirnya, deria batin kita jadi rosak dan hampir tidak boleh digunakan lagi. Biasanya kerosakan yg paling teruk ialah pada orang2 yg paling banyak memerah otak FIKIR atau intelligence.
Kenapa begitu ?
Kerana apabila otak fikir menjadi sangat aktif, jalur rasa akan terkeluar dari jalur tengah di mana terletaknya hati, sistem limbik dan kelenjar pineal. Di jalur tengah inilah letaknya bakat SQ kita.
Comments
Post a Comment