Hati dan Jiwa
Kenapa HATI dan JIWA itu terpisah, dan bukan benda yg sama ?
Bukankah kedua2nya itu sentiasa ada kesan / pengaruh dalam amalan seharian kita ?
Untuk menjawab soalan ini, mari kita bincangkan lebih mendalam ..
HATI .
Hati ialah inti. Dalam bahasa Arab, ia dipanggil QALB , yg bermaksud; sesuatu yg berbolak balik.. bagaikan daun yg diikat benang dan ditiup angin.
Al Qur'an menyebutkan banyak kali tentang qalb :
Tentang hati yg keras
Hati yg lalai dari ingat kpd Allah
Hati yg sejahtera / qolbun salim
Hadis Nabi saw pula menyebutkan bahawa hati adalah raja. Jika ia baik, maka baiklah keseluruhan diri seseorang.
JIWA
Di dalam al Qur'an, jiwa disebut sebagai NAFS. Ia mungkin kotor dan mungkin bersih.
Al Qur'an menyebutkan : beruntunglah orang yg membersihkan jiwanya, dan merugilah orang yg mengotorinya.
Jadi, barangsiapa kembali kpd Allah dengan qolbun salim... dia akan bahagia
Dan barang siapa yg kembali dengan jiwa / nafs yg bersih... dia juga akan bahagia
TETAPI
Keputusan atau decision yg kita buat setiap hari adalah diputuskan oleh QOLBU, atau HATI.
Nafs adalah ibarat pembesar2 negeri. Jika raja atau qalb itu lemah, maka nafs akan mengambil alih pemerintahan negeri.
Unsur HAWA NAFSU yg merupakan 1/3 dari unsur nafs... hawa nafsu ini akan bermaharaja lela.
Walaupun hati adalah raja, ia hanya RAJA BONEKA..
Comments
Post a Comment