Sedikit pesanan dariku

Sambil merawat pesakit, saya bercerita hal2 agama serba sedikit. 

Alhamdulillah, kata2 saya itu disambutnya dengan keluhan : SUSAHNYA NAK DAPAT KHUSUK DALAM SOLAT...

Rupa2nya, ramai juga kawan2 kita yg risaukan solat yg tidak khusuk.

Saya berikan maps rumah saya dan minta dia datang waktu malam selepas  'Isya . 

Saya harap dia datang...  1/2 jam pun cukuplah.

Kalau di sekolah atau di universiti, tempoh  1/2  jam ini tak cukup pun untuk pendaftaran masuk ke sekolah.

Tapi untuk belajar ilmu khusuk, in syaa Allah mencukupi jika dipermudahkan Allah.

Kenapa kita risaukan perkara KHUSUK SOLAT ini ?

Tidakkah lbh bijak jika kita serahkan sahaja kpd Allah untuk menilainya ? 

Sudah tentu tidak boleh.

Kalau kita sudah tahu yg solat kita itu diselubungi kelalaian.. kenapa kita tidak berusaha membetulkannya ? 

Sudah pasti ia lebih bijak jika dibandingkan jika kita membiarkannya hingga hari Kiamat nanti.

Di hari Kiamat nanti, kita sudah tak boleh nak membetulkannya.

Selagi hayat dikandung badan, kita kena sentiasa berusaha untuk membaikinya.

Ia bukanlah 1 perkara yg mustahil. 

Spt kata almarhum guru saya :  Setelah 3 - 4  bulan, maka saya pun mencapai apa yg dikatakan solat KHUSUK.

Kejayaan kita mencapai solat KHUSUK adalah lbh berharga berbanding wang jutaan RM, atau ijazah universiti.

Yang mula2 akan diperiksa di hati Kiamat nanti ialah SOLAT.

Jika solat kita bagus, situasinya adalah bagaikan kita mandi di sungai yg mengalir di hadapan rumah kita sebanyak 5x setiap hari... in syaa Allah, kita akan bersih dari setiap kotoran.

Di dunia ini pun, jarang2 ada orang yg sanggup mandi 5x sehari.

Jika sudah bersih begitu, lalu kita kembali kpd Allah , maka in syaa Allah kita kembali dalam keadaan suci bersih..

Alangkah gembiranya kita kpd Allah, dan gembiranya Allah terhadap kita.

Dia berfirman :  Wahai jiwa yg tenang, kembali kpd Rabb mu dalam keadaan kamu gembira kpd Nya dan Dia gembira kpd mu .

Tidakkah itu keadaan yg sangat menggembirakan ?

Oleh itu, perbaikilah KHUSUK solat kita dan KHUSUK HATI kita kpd Allah di dalam solat.

Jadikan lah ia mujahadah kita sepanjang hari.

Janganlah hanya bermujahadah mengumpul duit dan kebun kerana itu semua akan kita tinggalkan.

Kita tidak akan dikebumikan di dalam kebun sawit kita atau di dalam rumah kita...

TETAPI kita akan bawa solat kita bersama.

Setelah kita mati nanti, dan kita dibawa ke langit, di langit yg bawah itu, yg akan diperiksa ialah SOLAT... bukannya wang, geran tanah atau geran kereta.

Comments

Popular Posts