Tazkiyyah untuk Firaun
Kalau tidak mampu menghalang penindasan dan kezaliman, sekurang2nya perlulah ada perikemanusiaan. Sekurang2nya, kalau mampu menyelamatkan nyawa.. bantulah.
Menyelamatkan nyawa itu dhoruri, sehingga jika terpaksa makan benda2 yg diharamkan pun, kita dimaafkan kerana terpaksa menyelamatkan nyawa. Asalkan jangan berlebih2an.
Agaknya, kita tak tahu ganjaran Allah kpd orang yg menyelamatkan nyawa manusia esp Muslim. Selamatkan anjing pun dapat maauk syurga.
Saya fikir bukannya kita tak tahu, tetapi kita sebenarnya tak kesahkan ajaran agama. Malah, 80 % dari ummat Islam di Malaysia pun tak mendirikan solat sepenuhnya.. Sosiopolitik janganlah di kata..
Jiwa perlu dibersihkan sebagaimana yg Rasulullah lakukan pada peringkat awal pembentukan..
Hati perlu diubat .. supaya sihat kembali.
Biarpun ilmu kita tinggi melangit, spt Iblis, tetapi hati dan jiwa kita keras dan kotor, ilmu itu tak akan mendekatkan diri kita kpd Allah. Al-Baqarah : 75
أَفَتَطْمَعُونَ أَن يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلٰمَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُۥ مِنۢ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?.
Tiada gunanya kita berebut untuk memimpin ummat tetapi kita melupakan jiwa kita sendiri. Kita berhujjah yg kita mahu menawarkan bakti kpd ummat, untuk memajukan ummat , tetapi diri kita sendiri pun kita tak faham dan melupakannya.. mulut manis bagaikan madu, hati pahit bagai hempedu.
Hati dan jiwa perlu dibentuk kembali, sebagaimana yg Allah perintahkan dan Rasulullah saw kerjakan.
Jikalaulah kita mampu melihat hati dan jiwa dengan pandangan mata hati, pasti kita semua akan terperanjat besar.
Al-Baqarah : 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitqb itu ? Maka tidaklah kamu memikirkan ?
Tetapi nampaknya kejahatan telah mengalahkan kebaikan. Al hafidz Ustaz Mursi pun dijatuhkan hukuman bunuh. Dan bukan dia sahaja ...
Hati, hati, hati ...
Jiwa, jiwa, jiwa...
Kalau kita tak kesahkan hati dan jiwa kita, bagaimana kita mendirikan solat ? Kearah siapa hati kita mengadap ketika kita solat ?
Ketika Firaun memerintah Mesir dan mengaku sebagai Tuhan, Nabi Musa telah diperintahkan Allah untuk berdakwah kpd nya.
Apakah yg Allah suruh kpd Nabi Musa as ? An-Nazi'at : 17
اذْهَبْ إِلٰى فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغٰى
"Pergilah kamu kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas .
Kemudian, apalagi suruhan Allah ? Barang diingat, Firaun adalah seorang yg sangat jahat, dan telah membunuh ramai anak2 lelaki bani Israil, dan memperhambakan bani Israil.
Tetapi, apa yg Allah suruh nabi Musa as katakan kpd Firaun ? An-Nazi'at : 18
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلٰىٓ أَن تَزَكّٰى
dan katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri ? ".
Ya, Firaun ditawarkan untuk membersihkan diri..
Kebanyakkan orang akan terus mengatakan bhwa yg dimaksudkan dgn membersihkan diri ialah percaya kpd Allah, hari akhirat dan rukun2 iman yg lain. Setelah itu, belajar pula rukun Islam.
Tetapi, apakah lanjutan dari ayat itu ?
An-Nazi'at : 19
وَأَهْدِيَكَ إِلٰى رَبِّكَ فَتَخْشٰى
Dan kamu akan kupimpin kepada Tuhanmu, maka kamu jadi takut kepada-Nya?"
Firaun adalah raja yg sangat jahat. Menzalimi bani Israil, dan mengaku sebagai Tuhan. Samalah tarafnya dengan Namrud.
Dakwah pula ada sistemnya..
Untuk kita menjadi Mukminin dan Muqorrobiin pun ada sistemnya.
Langkah kita perlu dimulakan dgn pembersihan diri.. samalah spt apa yg disuruh kpd Firaun :
1 . Sucikan diri
2 . Dekatkan diri kpd Allah, iaitu menuju kpd Nya
3 . Menjadi orang yg takut kpd Allah.
Setelah Firaun mahu menjalani proses penyucian diri dengan menuju kpd Allah, iaitu mendekatkan diri kpd Nya.. natijahnya ialah Firaun akan menjadi orang yg takut kpd Allah.
Mungkin kita sudah semakin faham apa maksudnya MENYUCIKAN DIRI.
Diri apa yg kita mahu sucikan. Diri kita yg sebenar itu sebenarnya apa ?
Mungkin juga kita sudah semakin faham bahawa semua kedurjanaan adalah bermula darI hati dan diri/jiwa dalaman yg berpenyakit dan kotor.
Kejahatan, kebakhilan, kefasikan, khianat, kezaliman etc bermula dari HATI dan JIWA.
Firaun pun begitu. Namrud pun sama. Abu Lahab dan Abu Jahal pun sama. Haman dan Qarun pun tiada bezanya.
Iblis adalah makhluq yg pandai dan tahu banyak perkara. Dah lama dia beribadat dan telah dilantik menjadi pemimpin kpd para malaikat. Tetapi, masaalahnya dia masih ada sifat membesar diri atau takabbur. Kerana itulah dia enggan mematuhi taklif untuk sujud kpd Adam.
Aku diciptakan dari api, tetapi Adam dicipta dari tanah. Aku lebih mulia dari Adam, fikir iblis.
Apabila Allah bertanya, kenapa engkau enggan sujud, iblis menjawab : Al-Hijr : 33
قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُۥ مِن صَلْصٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"
Iblis itu telah bertahun2 memperbaiki luaran dirinya, tetapi malangnya diri dalamannya tidak selesai.. masih ada kesombongan didalam diri.
Akhirnya, apabila sampai saatnya, terserlah jua apa yg tersembunyi itu iaitu KESOMBONGAN.
Memandang dirinya lebih hebat dari Adam, kerana itu dia enggan patuh kpd perintah Allah.
Berdasarkan hujah itu, kita tentunya semakin faham, kenapa TAZKIYYAH jiwa itu sangat penting. Jiwa dan hati yg mahu dibersihkan adalah benda DALAMAN dan caranya juga adalah DALAMAN .
Samalah spt KHUSUK HATI , ia adalah perkara dalaman.. Jika tidak dipelajari dengan bersungguh2, akhirnya ILMU itu akan diangkat dengan kematian orang2 yg tahu.
Bukan surah an Naziat sahaja yg mengajarkan kepentingan tazkiyyah diri. Banyak lagi ayat2 spt di dalam surah al A'la, as Syam, al Mudathir dan surah Abasa.
Abasa : 1 - 4
عَبَسَ وَتَوَلّٰىٓ
Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
أَن جَآءَهُ الْأَعْمٰى
karena telah datang seorang buta kepadanya.
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكّٰىٓ
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرٰىٓ
atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
Maaf, saya tercopy, membersihkan diri dari dosa. Ini adalah tafsiran yg kurang tepat. Tafsiran yg sebegini akan membuatkan mesej yg sebenar jadi tenggelam kerana tafsiran yg sempit.
Surah as Syam ayat 8 - 10 : Maka Dia ilhamkan fujur dan taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yg mensucikan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yg mengotorinya.
Iblis gagal menyucikan dirinya, walaupun beribadat begitu lama. Dirinya masih bersalut dgn kesombongan, padahal takabbur adalah milik Allah dqn Dia sangat benci kpd jiwa yg takabbur.
Kita perlu cari jalan, bagaimana caranya menyucikan diri.
Tentang dosa2 kita kpd Allah.. Allah Maha Pengampun. Janganlah terlalu risaukan dosa2 kita, sehingga kita lupa untuk menyucikan hati dan jiwa.
Janganlah terlampau risaukan dosa2 kita, sehingga kita lalai dari KHUSUK HATI INGAT KPD NYA..
Berusahalah masuk ke dalam golongan al mukhbitin.
Dah panjang sangat saya tulis, tetapi point pertama yg saya nak sebut ialah : KITA PERLUKAN PROSES TAZKIYYAH, sebagaimana juga Iblis, Firaun, Haman, Qorun, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab perlukan proses tazkiyyah.
Tazkiyyah bukanlan perkara furu, kerana surah2 Makkiyyah sebenarnya menekan perkara2 yg PENTING dan USUL.
Tazkiyyah, Tasauf, Sufi dan aliran2 yg sptnya telah dipandang rendah oleh sebahagian ulamak Islam kerana kesalahan segolongan darinya, dan BUKAN kerana KEREMEHAN proses tazkiyyah itu sendiri.
Bagaimana kita sanggup meremehkannya, sedangkan telah berulang kali ia disebutkan di dalam al Qur'an ?
Bagaimana kita sampai kebingungan, sedangkan keunggulan jenerasi pertama bimbingan Rasulullah saw adalah kerana proses hati dan jiwa.
Comments
Post a Comment