ALAM INI DICIPTA DGN TUJUAN
Alam ini diciptakan dengan tujuan.
Apabila kita membuat sesuatu spt bercucuk tanam, berternak, membuat sesuatu peralatan, menghidupkan api dll , sudah tentu ada tujuannya. Amat ganjil sekali jika kita membuat itu dan ini tanpa tujuan tertentu.
Dan katakanlah kita terjumpa seseorang yg sedang memotong kayu rambutan dengan gergaji lalu disusunnya dengan begitu rapi di bawah bangsal, tentunya kita terfikir yg dia mahu menggunakannya sebagai kayu api. Kalau tidak, mustahil dia akan bersungguh2 melakukannya.
Kemudian kitapun bertanya : Untuk apa awak potong kayu ini ?
Dia jawab : Saya memotong2 kayu ini tanpa apa2 tujuan.
Lalu kita terfikir :
1. Boleh jadi orang itu cuba mempermainkan kita kerana mustahil dia bersusah payah melakukan kerja yg begitu sempurna tanpa sebab.
2. Dia menipu kita..
3. Dia itu orang gila yg tidak berakal, kerana orang yg tidak berakal sememangnya sering melakukan sesuatu yg tidak masuk akal.
Otak yg waras sudah pasti akan mengatakan apabila seseorang melakukan sesuatu yg besar dengan bersungguh2, istimewa, rapi dan begitu terperinci, ia mestilah ada sebabnya.
Sekarang cuba pula kita perhatikan diri kita dan alam di sekitar kita yg luas terbentang. Orang kafir mengatakan Rabb atau Allah yang telah menciptakannya. Malangnya mereka tidak menghiraukan untuk memikirkan kenapakah Allah menjadikan ini semua.
Mereka kata : Semua ini dijadikan saja2, aimlessly, tanpa sebarang tujuan. Samalah spt jawaban orang yang memotong2 kayu, membawa ke bangsal dan menyusunnya dengan rapi itu tadi. Adakah logik pada akal kita semua ini yang telah di ciptakan Allah dengan begitu hebat lagi sempurna, tetapi tanpa sebarang tujuan ?
Sad : 27
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَآءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بٰطِلًا ۚ ذٰلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka akan masuk neraka.
Mengatakan yg semua ini diciptakan tanpa sebarang tujuan adalah sama spt menafikan sesuatu yg sudah sangat jelas.
Menutup sesuatu kebenaran yg memang sudah diketahui itulah kufur. Satu lagi makna kufur ialah ingkar.
Comments
Post a Comment