SOLAT MALAM
SOLAT MALAM
Al-Isra' : 79
وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسٰىٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
Daripada Aisyah r.a beliau berkata:
Baginda bangun berqiamullail sehingga bengkak-bengkak kakinya.”
Aisyah pun bertanya “Kenapa engkau beribadah sebegini Ya Rasulullah sedangkan dosa-dosa engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?”
Rasulullah SAW pun bersabda: “Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yang berdoa akan ku perkenankan. Siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim )
Sabda Nabi s.a.w: Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun di sepertiga yg akhir dan tidur semula seperenam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari.
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Untuk orang2 yg mahu mencapai tingkat hati yg khusuk, solat malam adalah pilihan yg terbaik. Walaupun ia adalah solat sunnat, tetapi kesan kpd jiwa adalah begitu istimewa jika ia didirikan dengan ilmu.
Tetapi kalau hanya mementingkan banyaknya rakaat semata2, tanpa memberi penumpuan yg lbh untuk meningkatkan khusuk kpd Allah, tentulah dia hanya akan mendapat apa yg dia usahakan.
Jadikanlah solat malam sebagai wasilah untuk membaiki khusuk, kerana Allah sangat suka kpd hati yg khusuk dalam zikrullah ( al Hadid ayat 16 ) .
Mudah2an Allah memberi kemampuan kpd kita untuk mendirikannya..
Al-Muzzammil : 6
إِنَّ نَاشِئَةَ الَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْـًٔا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu') dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
Comments
Post a Comment