SEBIJI BENIH

Sebiji benih telah diterbangkan angin ke 1 dataran. Tumbuhlah biji benih itu, mengeluarkan pucuk, daun dan cabang. Bila sampai waktunya, ia pun mengeluarkan bunga, menjadi buah dan akhirnya menghasilkan banyak biji benih. Sampai ratusan biji banyaknya..

Ketika itu, cuaca agak kering kerana tak hujan. Biji itu hanya bersepah di tanah, sedang ibunya dah agak tua dan mula menguning. Kehadiran biji benih itu tidak disedari oleh si tuan kebun.

Pada bulan Rejab, hujan pun mula membasahi bumi. Teransang oleh sentuhan air, biji2 benih itu segera mengeluarkan akar, berpucuk, berdaun dan permukaan bumi mula kelihatan sedikit hijau.

Rumput sudah kelihatan menutupi sebahagian dataran yg ada.

Ahh.. sedikit sahaja rumput tu. Tak ada masaalah..

Anak2 rumput itu pun sudah dewasa, dan setiap satunya mengeluarkan ratusan biji benih.

Dulu, 1 menjadi 100. Sekarang yg 100 menjadi 10,000 .

Benih yg banyak itu juga terus tumbuh, menjadi dewasa dan mengeluarkan biji benih lagi, kerana tiada gangguan dari tuan kebun. Apa nak kesah, kerana setelah 1 kali diracun, semuanya akan mati.

Padakali ini 10,000 rumput itu telah membiak menjadi 1,000,000 rumput. Berarti sudah 3 generasi ( 100 × 100 × 100 ) .

Jika 1,000,000 dibiarkan kelangsungannya, ia akan menjadi 100,000,000.

Dan seterusnya... 10,000,000,000

Apa itu ?   10 billion. Lebih sedikit dari bilangan manusia di bumi ini.

Kalaulah setiap mukmin mampu menjadi spt biji benih yg tumbuh subur tadi, seterusnya setiap menghasilkan 100 murid yg dididik dan disucikan, maka itulah jadinya. Bumi ini akan dipenuhi dengan kaum mukminin, yg kerana banyaknya, mereka itu seakan2 kelihatan spt rumput di steppe. Terlampau ramai !

Said Nursi hidup pada 1876 - 1960 . Hasil didikannya pada saat ini sudah berjumlah jutaan manusia diserata dunia sebagai gerakan Gulen.

Hasan al Banna pula pada 1906 - 1949 . Tak lama. Hasilnya ialah jutaan manusia juga dengan kesan diseluruh dunia.

Nabi Muhammad saw bermula hanya sendirian. Setelah seratus tahun, ummat Islam sudah mencapai bilangan jutaan jiwa.

Itulah natijah dari dakwah, tarbiah dan tazkiyah. Tanpa pembentukan , semua itu tidak berlaku.

Disemai, dijaga, maka kebun kita akan menjadi.
Disemai, ditinggalkan, nanti semuanya akan menjadi semak samun.

Comments

Popular Posts