CINTA DAN CEMBURU

Bumi mana yg tidak ditimpa hujan .. kata orang Melayu, yg bermaksud ;   betapa baiknya kita ni, kita tetap melakukan kesalahan atau dosa. Pilihan yg terbaik untuk orang yg bersalah ialah MOHON AMPUN dan BERTAUBAT KPD ALLAH. Dan Allah adalah MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENERIMA TAUBAT hamba2-Nya. Bukan itu sahaja, bahkan dia adalah MAHA PENGASIH dan MAHA PENCINTA.

Tidak sukakah kita bahawa Allah, Tuhan kita itu Maha Pengampun, Penerima Taubat, Maha Pengasih lagi Maha Pencinta ?

Tetapi awas, kerana Yang Maha Pencinta itu juga adalah amat CEMBURU, dan tidak suka jika CINTA-NYA ITU DISIA2KAN oleh manusia.

Allah jadikan langit dan bumi untuk kita. Bumi ini adalah tempat kehidupan, dan langit pula sebagai perhiasan yg indah..  Kemudian Allah ciptakan manusia dan jin hanya untuk untuk jadi hamba2-Nya.

Allah mahu kita memperhambakan diri kpd-Nya dengan perasaan TAKUT dan CINTA, kerana Dia adalah RAJA  yang MAHA AGUNG lagi MAHA PENCINTA.

Untuk mereka yg menyia2kan cinta-Nya, YANG MAHA PENCINTA itu telah menyediakan ancaman yg besar, iaitu azab kubur dan azab neraka.. Silakanlah jika anda berani menyia2kan cinta-Nya..

Amukan Yang Amat Cemburu itu bukanlah sebarang amukan. Marahnya bukan sebarang kemarahan. Pedih azab-Nya adalah bukan sebarang kepedihan..

ALLAH adalah sangat cemburu, dan cemburu-Nya adalah lebih cemburu dari kecemburuan Nabi Muhammad saw dan kecemburuan Saad bin Muaz r.a.

Jika hentaman cemburu manusia masih mampu di tahan, tetapi hentaman cemburu Allah tidak akan mampu ditahan oleh sesiapapun. Awaslah kamu ? 

Jangan sesekali kamu menyembah selain dari-Nya.. Jangan mempertuhankan yg lain, walaupun yg kamu pertuhankan itu sekadar NAFSU atau WANG RINGGIT. Nabi sudah bersabda : Celakalah hamba dinar dan dirham !

Apabila si hamba itu mendahulukan nafsunya dari Allah, bermakna dia sudah mengundang CEMBURU ALLAH. Awaslah !  Kemarahan-Nya tidak akan mampu untuk kita tanggung.

Untuk lebih faham lagi, katakanlah saya ada isteri yg sangat penyayang lagi cemburu. Pantang saya silap sedikit, pasti berubah air mukanya. Tetapi jika dia juga seorang yg sangat pemaaf, itu semua bukanlah masaalah. Selagi saya mahu minta maaf, dia pasti akan maafkan. Ini hanyalah 1 misal atau contoh.

Maka, segeralah mohon ampun kepada Allah, dan kembalilah kepada-Nya. Saya percaya, Dia pasti akan menerima permohonanmu asalkan engkau bersungguh2 memohon kpd-Nya dan mahu kembali kpd-Nya.

Janganlah mohon ampun sambil lewa, kerana permohonan yg sambil lewa itu adalah ibarat bermain2 dan sikap SAMBIL LEWA itu adalah salah satu sebab doa tidak diterima.

Comments

Popular Posts