JAMAAH DAN HARAKAH

Jamaah adalah alat. Bukan matlamat. Ada jamaah tetapi tiada dakwah, tarbiah dan tazkiyah, jamaah akan rosak.

Jamaah adalah ibarat tubuh kita. Dalam tubuh ada sistem. Sistem tubuh perlu berjalan dgn secara harmoni. Dakwah, tarbiah dan tazkiyah adalah sebahagian dari sistem yg perlu berjalan.

Perintah atau isyarat berjamaah memang ada.

Ada yg jelas, ada yg merupakan isyarat, dan ada yg difahami dgn hikmah pemikiran.

Kita semua pun mengakui kehebatan amal jamae berbanding amal fardi. Ia bagaikan tembok yg yg kuat yg tersusun kukuh.

Rasulullah saw pernah ikut sama perjanjian Hilf al Fudhul, iaitu 1 jamaah yg longgar untuk membantu org yg dizalimi. Ia berlaku ketika baginda masih muda belia.

Kemudian , setelah diutuskan sebagai utusan Allah, baginda menubuhkan dan memimpin 1 taifah Islamiah, iaitu harakah yg masih kecil. Orang yg sudah diseru dan menerima Islam akan dididik dan disucikan. Fikrah dibentuk, hati dan jiwa dibersihkan.

Bukan sunnah Rasul kerana belum menjadi Rasul, tetapi baginda adalah orang fatonah. Kecerdikan baginda patut diikuti.

Setelah hijrah ke Yathrib, dan taifah yg suci itu menjadi core group, pembentukan deen dalam bentuk negara pun bermula, tetapi tetap bertahap. Ketika itu, hampir setiap rumah org Arab Yathrib sudah ada penganut Islam.

Di antara yg awal dilakukan ialah :

1. Masjid. Masjid Quba dan masjid Nabawi.

2. Pemilihan pemimpin dan perlembagaan. Perlembagaan yg dibentuk telah memperlihatkan rupa negara Islam.
3. Mengekalkan dan menambah kekuatan jamaah yg sudah menjadi 1 negara. Mengenali ahli, kawan dan musuh. Ada musuh yg jelas, dan ada musuh yg kabur (munafik) .

4. Melatih pemimpin2 muda, pendidikan untuk anak2, sistem tarbiah masyarakat madinah yg sudah berjumlah ribuan, solat Jumaat, khutbah, puasa etc

5. Melicinkan internal system of islamic state,  dan contact dengan masyarakat luaran.

Sistem adalah penting. Bisnez tanpa sistem, ia bukan bisnez. Jamaah tanpa sistem, ia bukan jamaah. Negara tanpa sistem, negara itu akan rosak. Sudah ada hardware, perlu ada software.

Dalam masa 10 tahun di Madinah, Allah lengkapkan sistem, 1 per 1..

Ibadat spt solat 5 waktu telah diperintah tak lama sebelum hijrah. Ia adalah software untuk spiritual, terutamanya. Setelah hijrah, ada solat Jumaat dan khutbahnya yg perlu ditegakkan setiap minggu. Khutbah itu melengkapi sesi cerah  2x  seminggu untuk lelaki, dan 1x  untuk wanita.

Sistem2 itu adalah supportive structure untuk perlaksanaan Islam secara syumul

Asasnya ialah 13 tahun di mekah

Ketika di Makkah, sangat basic , tetapi essential.

Taifah yg merupakan harakah yg kecil ketika di Makkah, telah menjadi begitu besar hingga mampu menguasai negara. Harakah Islam yg asal telah menjadi tonggak negara. Hakikatnya, dakwah, tarbiah dan tazkiyah lah yg menjadi tonggak, kerana ia adalah software sistemnya.

Ketika itu, belum ada sistem demokrasi spt sekarang yg mana pilihan raya umum dilakukan setiap 5 tahun. Belum ada parti politik.

Ada perkauman, tetapi Nabi Muhammad saw berusaha keras untuk mengatasi asabiah.

Pengacau besar ialah orang yg mengaku Islam, tetapi hatinya kafir.

Bertuah sekali kerana ketika itu Nabi saw telah berjaya mendidik begitu ramai MUKMININ. Orang2 spt S Abu Bakar ,  Umar , Usman , Ali, Talhah, Zubir , Abdul Rahman bin Auf dan Abu Ubaidah adalah orang2 yg hebat, yg tiada tandingannya dizaman sekarang ini. Maklumlah, musuh pun hebat juga. Abu Jahal, Abdullah bin Ubai dan 3 puak Yahudi adalah di antaranya.

Apakah kunci kejayaan baginda Nabi saw ?  Tentunya dakwah, tarbiah dan tazkiyah.
Apakah platformnya ?  Jamaah atau taifah yg baginda didik dan bersihkan.
Setelah Allah berikan kekuasaan negara, baginda dengan jamaahnya telah berjaya menegakkan solat, sistem zakat, dan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Syabas kpd baginda Nabi Muhammad saw. Baginda telah berjaya dgn credit kpd Allah. Allah lah yg telah membimbing baginda,

Comments

Popular Posts