Mereka solat bersama kami

Mereka solat bersama kami

👬 😉 👬 😉 👬 😉 👬

استكثروا من الأصدقاء الصالحين ❗
استكثروا من الأصدقاء الصالحين ❗
استكثروا من الأصدقاء الصالحين ❗
'Perbanyakkanlah sahabat sahabat yang soleh !!!!'

Dari Abu Said al-Khudri RA dalam hadis yang panjang, Rasulullah SAW bersabda tentang syafaat di hari kiamat :

إِذَا خَلَصَ الْمُؤْمِنُونَ مِنْ النَّارِ ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ بِأَشَدَّ مُنَاشَدَةً لِلَّهِ فِي اسْتِقْصَاءِ الْحَقِّ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ لِلَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِإِخْوَانِهِمْ الَّذِينَ فِي النَّارِ، يَقُولُونَ : رَبَّنَا كَانُوا يَصُومُونَ مَعَنَا، وَيُصَلُّونَ، وَيَحُجُّونَ. فَيُقَالُ لَهُمْ : أَخْرِجُوا مَنْ عَرَفْتُمْ . فَتُحَرَّمُ صُوَرُهُمْ عَلَى النَّارِ، فَيُخْرِجُونَ خَلْقًا كَثِيرًا قَدْ أَخَذَتْ النَّارُ إِلَى نِصْفِ سَاقَيْهِ، وَإِلَى رُكْبَتَيْهِ، ثُمَّ يَقُولُونَ : رَبَّنَا مَا بَقِيَ فِيهَا أَحَدٌ مِمَّنْ أَمَرْتَنَا بِهِ.
فَيَقُولُ : ارْجِعُوا، فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ دِينَارٍ مِنْ خَيْرٍ فَأَخْرِجُوهُ . 
فَيُخْرِجُونَ خَلْقًا كَثِيرًا ثُمَّ يَقُولُونَ : رَبَّنَا لَمْ نَذَرْ فِيهَا أَحَدًا مِمَّنْ أَمَرْتَنَا .
ثُمَّ يَقُولُ : ارْجِعُوا فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ نِصْفِ دِينَارٍ مِنْ خَيْرٍ فَأَخْرِجُوهُ. فَيُخْرِجُونَ خَلْقًا كَثِيرًا ثُمَّ يَقُولُونَ : رَبَّنَا لَمْ نَذَرْ فِيهَا مِمَّنْ أَمَرْتَنَا أَحَدًا.

"... Setelah orang-orang mukmin itu dibebaskan dari neraka, demi Allah, Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sungguh kalian begitu gigih dalam berdoa kepada Allah untuk membebaskan saudara-saudara mereka yang berada di dalam neraka pada hari kiamat.

Mereka memohon:
" Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, solat, dan juga haji".

Allah menjawab :
" Keluarkan (dari neraka) orang-orang yang kalian kenal.”
Hingga wajah mereka diharamkan daripada dibakar oleh api neraka.

Penghuni syurga ini pun mengeluarkan ramai saudara mereka yang telah dibakar di neraka, ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.

Kemudian orang mukmin itu bertanya kepada Allah :
" Ya Tuhan kami, sudah tidak berbaki orang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan dari neraka.”

Allah berfirman :
" Kembali lagi, keluarkanlah mereka yang masih memiliki iman seberat dinar.”

Maka orang mukmin itu mengeluarkan banyak sekali mereka  yang disiksa di neraka.

Kemudian mereka berkata :
" Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan…”
(HR. Muslim no. 183).

Dalam memahami hadis ini, Imam Hasan al-Bashri menasihatkan :

"استكثروا من الأصدقاء المؤمنين فإن لهم شفاعة يوم القيامة"

”Perbanyakkanlah berteman dengan orang-orang mukmin yang soleh. Karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat.”

Imam Ibnul Jauzi menasihatkan kepada teman-temannya :

"إن لم تجدوني في الجنة بينكم فاسألوا عني وقولوا : يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك"

”Jika kalian tidak menemukan aku di syurga, maka tanyakanlah tentang aku kepada Allah. Ucapkan:
" Wahai Tuhan kami, hambaMu si fulan, dahulunya pernah mengingatkan kami agar mengingatiMu. Maka masukkanlah dia bersama sama kami di syurga".

Kemudian baginda menangis.

RENUNGKAN SABDA BAGINDA SAW :

Wahai Tuhan kami, mereka pernah puasa bersama kami, juga solat dan mengerjakan haji ...

RENUNGKANLAH .. kenapa mereka berada di dalam api neraka ?

-- Al Qur'an menyebutkan, solat mencegah keji dan mungkar.

-- Berjayalah org yg beriman, iaitu yg khusuk dalam solatnya.

-- Dan sabda Nabi saw : Yg mula2 diperiksa di hari kiamat ialah solat. Jika ia baik, maka baiklah semua baki amalnya..

-- Sabda Nabi saw :  Telah mendahuluilah yg menyendiri. Iaitu laki2 dan wanita yg banyak ingat Allah...

-- Dan sesungguhnya, ingat Allah itu lebih utama.

-- Dan dirikanlah solat untuk ingat kpd Aku ( To Ha : 14 )

Comments

Popular Posts