Rabb Maha Suci Lagi Maha Tinggi

Al-Isra' : 42

قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُۥٓ ءَالِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَّابْتَغَوْا إِلٰى ذِى الْعَرْشِ سَبِيلًا

Katakanlah: "Jikalau ada tuhan-tuhan di samping-Nya, sebagaimana yang mereka katakan, niscaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai 'Arsy".

Kalau ada tuhan2 yg lain selain dari Allah, pasti semua tuhan2 itu akan mencari jalan kpd Tuhan empunya Arasy, mengharapkan wajah dan pertemuan dengan-Nya.. Kenapa manusia tidak mengharapkan pertemuan dengan Allah dan enggan MENUJU kpd-Nya ?  Kenapa ?

Tidakkah manusia tahu bahawa pertemuan dgn Tuan Punya Arasy dan keredaan-Nya adalah sebesar2 kemenangan dan kebahagiaan ?  Adakah mereka belum mahu BENAR2 BERIMAN ?

Al-Isra' : 43

سُبْحٰنَهُۥ وَتَعٰلٰى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang sebesar2nya..

Orang yg mencintai Rabb-nya dan mengharap untuk bertemu dengan-Nya perlulah faham, bahawa Rabbnya itu Maha Suci lagi Maha Tinggi, dengan ketinggian yg setinggi2nya. Pemilik dan Pencipta Arasy itu tidak ada di dalam batu, pokok atau gunung.. Pemilik Arasy itu bukanlah matahari, bulan atau bintang, tetapi Dia adalah Rabb yg Maha Suci lagi Maha Tinggi, tinggi setinggi2nya..

Tiada yg lebih tinggi selain Dia..

As-Sajdah : 4

اللَّهُ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia BERSEMAYAM DI ATAS ARASY . Tidak ada bagi kamu selain dari pada-Nya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

As-Sajdah : 5

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَآءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِى يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُۥٓ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

As-Sajdah : 6

ذٰلِكَ عٰلِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهٰدَةِ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.

Begitu jelasnya Allah menerangkan tentang DIRINYA. Sepatutnya manusia sudah tidak keliru lagi.. Dengan pelbagai ' description ' Dia terangkan tentang DIRINYA, agar manusia benar faham dan mendapat jalan yg lurus.

Yang menjadikan manusia keliru ialah apabila mereka mencari PENJELASAN2 LAIN selain dari penjelasan dari-Nya.

Comments

Popular Posts