SUNNAH
SUNNAH
Kita selalu dengar kata2 : berpegang teguh kepada al Qur'an dan as Sunnah. Apakah yg dimaksudkan dengan as Sunnah ?
Marilah kita cuba memahami istilah SUNNAH, apakah maksudnya. Perhatikan 2 hadis Nabi saw ini..
Rasul SAW bersabda:
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda ,
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakannya hingga hari qiamat, dan barang siapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakannya hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
APA ITU SUNNAH
Berpandukan kedua-dua hadis tersebut jelaslah istilah sunnah itu bermaksud PERJALANAN, CARA atau SISTEM.
Maka yg dikatakan Sunnah Nabi Muhammad saw itu adalah keseluruhan perjalanan kehidupan baginda. Ia menjadi sumber rujukan ummat Islam dalam mengatur kehidupan mereka. Di dalam perjalanan hidup baginda itu terkandung pelbagai macam maklumat untuk rujukan ummatnya.SUNNAH ADALAH BAGAIKAN SATU KITAB RUJUKAN HIDUP YANG TEBAL , yang darjatnya adalah yang kedua setelah al Qur'an.
Keseluruhan perjalanan hidup baginda adalah merupakan panduan hidup ummat Islam, dan darjatnya sebagai dasar hukum adalah yang kedua setelah kitab suci al Qur'an.
Sebagaimana kaum Muslimin telah menerima bahawa al Qur'an adalah sumber hukum yang pertama, begitu jugalah mereka pun menerima SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SUMBER HUKUM YANG KEDUA.
Hukum pula secara umumnya terbahagi kepada 2 macam.
Pertama berdasarkan darjat berat ringannya. Yang paling berat ialah DHORRURIAT yg bermakna sangat perlu. Yang kedua ialah HAJJIYAT atau yg dikehendaki. Yang ketiga pula ialah TAKHSINIAT yang bermaksud untuk menyempurnakan atau mengindahkan.
Kedua pula ialah berdasarkan tahap kewajipannya, yang terbahagi kepada 5 hukum iaitu wajib, sunnat, harus, makruh dan haram.
Selain itu, di dalam sunnah juga terkandung perintah-perintah hidup yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw yg di sebut perintah syariat, dan terkandung juga hikmat syariat. Hikmat syariat ialah rahsia berharga di sebalik sesuatu perintah agama.
Apa lagikah pengajaran yg terkandung di dalam Sunnah? Sunnah juga mengandungi ilmu tentang bagaimana caranya agar kita mampu TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH dan BAGAIMANA PULA MENJALIN HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Dengan lain kata bagaimana dapat BAIK HUBUNGAN DENGAN PERINTAH dan BAIK HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Comments
Post a Comment