MINDA : ANTARA MEMORI DAN PROCESSOR
MINDA : ANTARA MEMORI DAN PROCESSOR
Ingat peperangan antara penduduk Nusantara melawan penjajah Eropah. Akhirnya Nusantara di jajah oleh mereka selama ratusan tahun, lebih lama berbanding penjajahan Turki ke atas Eropah.
Apakah kelebihan Inggeris sehingga mereka dapat membentuk empayar yg begitu luas ? Dan hampir kebanyakan negara di benua Eropah ketika itu mampu memiliki tanah jajahan masing2. Bagaimana kekuatan mereka bermula ? Apa yg dapat maintain kekuatan mereka sehingga ratusan tahun ?
Inggeris, Belanda, Pertugis, Spanyol, Perancis dan Itali, semuanya pernah merasai menjadi sebagai penguasa tanah jajahan selama ratusan tahun.
Kenapakah negara2 di Arika utara iaitu Maghribi dan Mesir, Andalusia, Syam, Baghdad, Turki dan Kerajaan Islam Moghul di India menjadi semakin lemah dan akhirnya di jajah oleh negara2 Eropah. Nusantara juga yg berpenduduk ramai, ada ilmu keris terbang, ilmu putih dan hitam pun menjadi mangsa penjajahan selama ratusan tahun ?
Adakah kerana mereka telah menjadi bangsa yg takut mati ?
Saksikan bagaiamana ketika pemerintahan Uthmaniah Turki semakin lemah, mereka telah cuba bangkit dari penyakit yg menimpa, dengan pelbagai macam pengobatan tetapi masih tidak berjaya. Akhirnya Mustapha Kamal telah merampas kuasa dan membaratkan Turki.
Dan negara2 Arab yg menjadi kegerunan Muslimin Nusantara, hanya merupakan sebagai alat permainan catur bangsa-bangsa Eropah. Hingga akhirnya setelah berlaku perang dunia, dan pemberontakan halus dan kasar, barulah imperialist Eropah sudi melepaskan negara taklukannya.
Aku tentu setuju, ia adalah ilmu. Tetapi ilmu yg bagaimana ?
Sebagai contohnya, adakah mencukupi jika semua ummat Islam mampu menjadi hafiz al Qur'an dan menghafaz hadith2 Nabi saw ? Mampukah mereka menandingi Eropah, dan menjulang tamaddun kpd lebih tinggi dengan cara itu ?
Pada pendapatku, ilmu yang paling penting ialah ilmu bagaimana kita berfikir. Bagaimana menggunakan minda kita.
Minda adalah ibarat 1 komputer besar, dengan processor yg termaju. Bagaimana kita gunakan minda kita ? Adakah tahap sekolah rendah, ataukah tahap perdana menteri ?
Ingat, Saidina Umar bukanlah seorang Hafiz al Qur'an, tetapi beliau adalah seorang Imam Mujtahid. Beliau juga adalah Khalifah yg tersohor, mampu memajukan ummat, negara, dan mengawal unsur2 jahat dalam negara daripada menjahanamkan ummat. Bagaimana caranya Saidina Umar berfikir ??
Begitu juga Sultan Muhammad al Fateh yg begitu gemilang di Turki. Bagaimana cara baginda menggunakan komputer besar di dalam kepalanya ?
Ilmuan seperti Ibnu Khaldun yg menulis Mukaddimah yg begitu menarik dan menyeronokan. Menghairankan, kerana tanpa google dan multi media moden, beliau menjadi begitu berjaya di dalam bidangnya. Bagaimana otak beliau mencerap dan memproses segala perkara hingga mampu menghasilkan penulisan yg begitu bermutu ? Dengan kata lain, bagaimana beliau memperalatkan komputer aslinya ?
Kemajuan fizikal Barat juga bermula dengan perubahan cara berfikir, dan bukannya quantiti maklumat yg disimpan di dalam minda. Quantiti maklumat itu penting, tetapi bagaimana processor itu memproses apa yg dicerap adalah jauh lebih penting.
Seperti Tuan Syed arkitek berjaya kita, kelebihan beliau ialah pada processor minda, dan bukan tertumpu kepada apa yg tersimpan di dalam memori. Beliau mencari sebanyak mungkin pendedahan dan maklumat yg baru, tetapi kekuatan sebenarnya ialah kemampuan processor mindanya..
Di zaman dahulu, kita ( kaum kita ) sangat bergembira apabila dapat belajar kitab kuning. Sewajarnya yg lebih penting ialah mereka belajar berfikir, memproses, apa yg Allah telah tanzilkan di dalam al Qur'an yg mulia, dan memproses maklumat yg terdapat di dalam hadith2 Nabi Muhammad saw. Semua itu digarap dengan teliti dan berwawasan, dengan mengambil kira segala perkara lain yg ada di dalam simpanan memori minda. Itulah yg akan menimbulkan kekuatan, yang lebih kuat dari penjajah Timur dan Barat.
Jikalau processor komputer mendapat kekuatanya dari reka bentuk dan ciptaannya di kilang komputer, kemudian di satukan dengan kekuatan software yg paling moden, maka minda kaum Muslimin juga perlu dibina bersungguh2... Bukan hanya pada kekuatan memory, tetapi juga pada kekuatan processor dan bagaimana processor itu diaktifkan.
Cuba perhatikan, sebagai contohnya cikgu Aris. Beliau mampu menulis benda2 yg meransang minda dan ganjil2 adalah kerana processor mindanya. Processor itu memilih apa yg di perlukan yg terdapat di dalam memory minda, dan menghasilkan sesuatu yg kreatif. Ia bukanlah kerana kekuatan memorinya kerana barangkali memorinya pun 2x5 dengan kita, tetapi ialah pada bagaimana beliau menggunakan processornya.
Jadi bagaimana seharusnya orang Mukmin berfikir, atau dengan kata lain, bagaimana Mukmin menggunakan processor mindanya ? Bagaimana caranya membina, membentuk dan mengasah processor minda agar ia menjadi semakin aktif dan cekap. Kalau tahun lepas ia hanya mampu mencipta basikal, tahun ini motorsikal, dan tahun hadapan pula kereta roda tiga.. bagaimana caranya meningkatkan kecekapan dan ketajaman processor minda ?
Dan apabila processor minda itu digunakan untuk membangunkan dinamisma ummat, maka ummat akan menjadi bertambah dinamik, maju dan berdaya maju. Al Qur'an adalah petunjuk atau panduan. Pencapaian hendaklah diusahakan. Al Qur'an yg telah berjaya membawa tamaadun Islam ke kemuncaknya di suatu ketika dahulu, adalah al Qur'an itu juga yg akan membawa kita ke mercu kejayaan yg akan datang. Semuanya dengan penggunaan komputer mega kita secara lebih kreatif, maka ia akan menjadi senjata yg sangat powerful !!!
Comments
Post a Comment