LATIHAN RASA
LATIHAN RASA
Tasauf zikir konsentrasi adalah langkah awal kepada mendapatkan zikir tawajjuh. Konsentrasi menggunakan alat rasa, sebagaimana kita makan, minum, merokok dan pelbagai nikmat lain, kita menggunakan rasa. Perbezaan di antara jenis buah itu dan ini adalah pada rasanya, begitulah pada pandangan orang ahli ilmu rasa. Mereka tidak membicarakan isi atau content, tetapi pada rasa.
Adapun dalam hal memakan makanan dan menghisap rokok, rasanya dicapai dengan saraf indera jasmani tetapi berlainan pulalah konsentrasi ketika zikir kerana rasanya adalah rasa yang timbul dari indera batin. Kemampuan manusia pula adalah berbeza, ada yang sangat sensitif, sederhana, dan ada pula yg sangat sukar merasa dengan indera batin tersebut.
Bila indera batin sudah tidak sensitif lagi, apa yang mereka mungkin dapat rasa adalah sangat halus/ latief ( very fine ) , bagaikan sehelai rambut, atau hembusan angin yang sangat lemah. Indera rasa batin ini perlulah dipulihkan kembali, agar kita dapat menggunakannya sebagai alat konsentrasi. Apabila ia menjadi bertambah sensitif, maka bertambah baiklah konsentrasi kita.
Untuk merangsang kembali sensitiviti itu, cuba usahakan berlatih di saat yang paling tenang, iaitu ketika solat sunat tahajud di 1/3 malam yang akhir. Cari dan cuba tumpukan konsentrasimu kepada rasa sejuk yang halus dan nipis yang terletak di tengah-tengah dada. Paling penting yang perlu difahami ialah, latihan itu ialah latihan rasa. Bukan latihan fikiran atau angan2.
Latihan yang pertama ialah menumpukan rasa ke titik wusto.
Untuk dapat menumpu kepada titik wusto yang terletak di tengah dada, paling mudah ialah cuba dulu merasa hawa yang terletak di bahagian depan dada, di area 1/3 bawah sternum. Dengan latihan berterusan, dengan beransur2 kita akan mula terasa sedikit dingin di bahagian situ. Rasa dingin itu pula kemudiannya dgn perlahan2 diserap masuk, hingga sampai ke titik tengah dada.
Kalau memang tak mampu nak tumpukan kpd rasa di dada, gunakanlah ais atau apa2 yg sejuk. Ada juga orang yg gunakan tumpuan kpd nafas yg naik turun di dada, hingga dapatlah dia merasa kedinginan di dada. Setelah ada rasa dingin, jangan tumpukan lagi kpd nafas, tapi tukarkan tumpuan kpd rasa.
Cara kedua ialah, di 1/3 malam yang akhir, lakukanlah mikraj batin. Caranya ialah dengan tenang dan menggunakan alatbrasa juga, gerakkan diri kita meluncur ke atas langit seperti roket yang meluncur laju. Kerika itu, cuba rasakan gerakan tubuh kita itu ke atas. Perbandingannya ketika itu ialah seolah-olah seperti kita sudah mati dan kita sedang kembali kepada Allah.
Selamat mencuba. BELAJAR MATI SEBELUM MATI !
Gerakan naik itu boleh di rasakan ketika anda tegak berdiri, atau sambil duduk. Kepala kena tunduk sedikit. Hati dan fikiran kena tenang, tidak berfikir atau berangan-angan.
Naik itu dipanggil mikraj jiwa atau NAFS. Jiwa yang sebenar iaitu nafs bergerak naik tegak 90 darjah menuju ke atas langit. Boleh disebut mikraj roh, tetapi ialah ROH MANUSIA. Roh manusia pula di dalam al Qur'an dipanggil ' nafs ' , atau dalam bahasa Melayu ialah 'jiwa '. Apabila al Qur'an menyebut roh, setiap kali itu al Qur'an bermaksud ROH YG DATANG DARI ALLAH.
Roh manusia pula tidak datang dari Allah, tetapi dicipta oleh Allah.
Ar-Rahman : 33ٍ
Hai jama'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan.
Boleh pilih salah satu, tapi pastikan fikiran dan hati sedang tenang betul. Latihan mikraj tidak boleh dibuat ketika fikiran banyak atau bercelaru, kerana ia boleh menimbulkan rasa pening kepala.
Anda juga boleh melakukannyamdengan berpejam mata atau membuka mata, sesuai dengan bakat masing-masing
Untuk dapat mengurangkan angan2 atau gangguan fikiran, tumpukanlah sahaja kepada rasa. Tiada yang lain melain rasa.
Paling penting yang perlu difahami dan sedari ialah, latihan itu ialah latihan rasa. Bukan latihan fikiran atau angan2.
Ok, mulakan dahulu dengan mengenal rasa pada tubuh kita. Cuba rasakan apa yang terasa pada bahagian depan dada.
Untuk dapat menumpu kepada Roh yg di titik wusto, paling mudah ialah cuba dulu merasa hawa di bahagian depan dada, di area 1/3 bawah sternum. Dengan latihan berterusan, dengan beransur2 kita akan mula terasa sedikit dingin di bahagian situ. Rasa dingin itu pula kemudiannya dgn perlahan2 di absorb masuk, hingga sampai ke titik tengah dada.
Kalau memang tak mampu nak tumpukan kpd rasa di dada, gunakanlah ais atau apa2 yg sejuk. Ada juga orang yg gunakan tumpuan kpd nafas yg naik turun di dada, hingga dapatlah dia merasa kedinginan di dada. Setelah ada rasa dingin, jangan tumpukan lagi kpd nafas, tapi tukarkan tumpuan kpd rasa.
PERTANYAAN: Apabila bacaan solat keluarnya dari titik tengah dan barulah diikuti oleh mulut, memang fikiran tidak mengembara tapi seolah olah "blank" dan hanya menumpu pada solat, adakah ini juga kira ingat pada Allah ?
Betul, ingatan pada Allah sudah bagus, walaupun belum cukup sempurna. Ketika anda menumpu ke titik tengah dada dan bacaan bermula di situ, apa yg berlaku ialah :
1. Hati sudah ikut serta dalam solat
2. Hati sudah mula bercahaya
3. Jiwa tidak mengembara kemana-mana
4. Jiwa mula menumpu ke hati
5. Anda sedang menumpukan kearah posisi yg paling hampir dengan diri anda sendiri, malah lebih hampir dari urat leher anda.
Latih itu sehingga mantap. Pastikan penumpuan itu menggunakan alat rasa, hingga nanti akan terbit rasa sejuk di tengah dada tersebut. Bila sudah dapat rasa sejuk, maksudnya penumpuan anda sudah semakin baik kerna rasa sejuk itu ialah hawa nur yang ada di tengah dada. Nur itu ialah nur alam malakut yang terbit dari ingatan kepada Allah, dan hanya dapat di rasa dengan indera batin ( mata hati ).
Oleh kerana mata batin belum benar2 terbuka, anda teruskan guna alat rasa untuk mengesan keujudan jiwa ( nafs ) . Sambil menumpukan ke qalbu, cuba gerakan diri anda ke atas. Alat untuk menggerakkan diri anda ialah niat (hasrat) dan rasa . Jika ketika itu indera batin sudah semakin baik, anda akan terasa seperti tubuh anda terapung ke udara, dan anda akan nampak ada sebuji bintang terang macam cahaya lampu suluh menyuluh dari atas langit. Cahaya itu berda tepat 90 darjah diatas. Gerakkan diri anda meluncur kearah cahaya itu. Tetapi jika anda belum mampu melihat suluhan lampu itu, anda hanya perlu teruskan tumpuan rasa ke hati dan rasakan tubuh anda bergerak menuju ke atas.
Apabila niat anda betul2 ikhlas untuk bertemu dengan Allah, zauk pertama yg anda akan rasa ialah kerinduan, dan anda akan mula menangis di dalam solat. Bukan tangisan kerana rasa berdosa, atau tangisan simpati diri, tetapi tangisan kerinduan kepada Allah.
TAHAP-TAHAP ILMU DAN IBADAH
Ketika anda mula menjejakkan kaki dalam darjah satu, anda ke sekolah untuk menuntut ilmu. Ketika itu anda belajar mengenal huruf a, b, c ... 1, 2, 3 ... Anda fikir, itulah ilmu. Setelah anda kenal huruf dan suku kata, anda pun rasa seperti anda ada ilmu, tetapi sekadar ilmu boleh membaca. Setelah itu, anda belajar tawarikh, barulah anda faham, rupa2nya anda pergi ke sekolah, mengenal huruf dan belajar membaca, kesemuanya itu adalah supaya anda mengetahui apakah yg berlaku 600 tahun dahulu ketika Negeri Melaka dibuka oleh Parameswara, dan baginda memeluk Islam setelah datang pendakwah bernama Syeikh Abdul Aziz..
Begitulah juga berkenaan ilmu konsentrasi, yang mana ia akan meningkat darjatnya tahap demi tahap, hingga akhirnya ia mencapai tahap yg tertinggi. Setiap tahap ialah untuk menjadi anak tangga kepada tahap yg lain. Tahap yg tertinggi ialah anda mengenali Pencipta dan Kebenaran.
Ketika anda baru cuba mengenal rasa, itu tahap anda sekolah rendah. Jika anda berhenti setakat itu, anda sudah ada sedikit ilmu, tetapi ilmu itu masih berupa alat untuk anda naik ke tahap yg lebih tinggi.
Salam tuan...ilmu sappppp....(sampai pengsan)
ReplyDelete