JANGANLAH BERPECAH BELAH DAN IKUTILAH AL QUR'AN

JANGANLAH BERPECAH-BELAH DAN IKUTILAH AL QUR'AN

Tak pernah dalam al Qur'an atau sabda Nabi saw, disuruh orang Islam berbunuh2an. Malah, kesalahan besar ! Tapi kerana goblok, mereka buat juga benda haram tu !!

Orang Islam kenalah selalu duduk bersama2 dan berbincang dengan orang2 yg di luar dari kelompok kecil mereka. Barulah dengan itu akal mereka akan dapat melihat dengan  luas dan terbuka. Kefanatikan itu datangnya dari kesempitan fikiran.

Lihatlah rentetan kearah perjanjian hudaibiah. Saidina Umar sendiri hampir teperangkap dengan 1 jurus idea.
Tetapi akhirnya Allah tunjukkan kehebatan perancangannya.

Ambil contoh, untuk membuat diagnosis, seorang doktor perlu menimbangkan banyak perkara. Akhirnya tercapailah diagnosis utama dan dianosis2 lain yg perlu dipertimbangkan. Inilah yg dikatakan keluasan fikiran. Jangan terbeku fikiran kepada 1 jurus kemungkinan sahaja.

Jangan mudah terperangkap dengan 1 jurus pemikiran atau aliran yg beratus2 dalam dunia Islam ni, dan tidak mampu mempertimbangkan kemungkinan ada kebenarannya pada aliran2 yg lain!  Itu fanatik namanya. Buka hati dan fikiran untuk terus belajar, berbincang dengan orang yg berlainan faham, supaya pemikiran kita bertambah luas.

Di zaman Rasulullah saw memanglah sumber rujukan apabila ada berlaku kesulitah ialah Rasulullah saw. Selepas itu, kerana kurang cerdik, ummat Islam berpecah, semakin lama menjadi semakin banyak cabangnya. Jika mereka buka hati dan minda, baca al Qur'an, pasti mereka akan nampak kebenarannya. Tetapi jika dari awal sudah ditutup hati dan minda, maka itu salah mereka sendiri.

Dunia Islam sedang di peringkat kemunduran yg amat teruk. Tak dapat diharap untuk ada tempat rujuk begitu. Syeikh Yusuf Qardhawi ?  Bukan semua orang mahu terima.

Masing2 kita perlu baiki diri, keluarga dan kawan2 rapat agar lebih terbuka dan dapat menerima kepelbagaian dalam interpretasi agama. Tetapi ada dikalangan ummat Islam yg ada ikutan sendiri yg mereka amat fanatik kepadanya, hingga apa sahaja yg imam mereka kata atau fatwakan, mereka akan sentiasa terima dgn hati terbuka, sedangkan jika datang dari kumpulan atau aliran lain, mereka akan tapis dengan hati yg sempit. Mereka kan berdalil kan dengan imam mereka, bukan berdasarkan nas yg sah..

Aku pernah berbual dengan aktivist Jamiatul Islami pakistan dari suku Pashtun. Kesimpulanku ialah, kita ummat Islam kekurangan daya analisis dan open mindedness. Jika orang yg sempit fikiran menjadi pemimpin, memang risiko. Dan inilah yg kita ummat Islam sedang raih hasilnya sekarang ini..

Perjuangan kita belum selesai. Dakwah dan tarbiyah dan tarbiah mesti diteruskan. Hubungan hati dengan Allah perlu sentiasa diperbaiki. Semua orang Islam pula adalah saudaraku. Al Qur'an adalah imamku. Allah adalah pergantunganku. Allahuakbar !

Al-Hujurat : 10َ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Al-Mu'min : 47ِ

Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?"

KAJILAH AL QUR'AN

Kajilah ayat2 al Qur'an yg diturunkan di Makkah, yg disebut Makkiyyah. Renungi ia dan senaraikan ajaran2nya. Ajaran2 itulah yg kita kurang terapkan dalam pendidikan atau kurang jadikan ia sebagai bahan didikan.

Mereka yg dididik oleh Rasulullah saw dengan gaya itu, kemudiannya menjadi pemimpin dan ulamak, yg akan mejadi teras kepada kekuatan jemaah sahabat2 Nabi Saw.

Aku pun sedang mengkaji surah2 tersebut, dan aku dapat lihat dengan jelas bahawa kita gagal membawa didikan al Qur'an itu dalam pembentukan ummat. Hasilnya adalah kerosakan ummat. Jutaan kaum melayu Islam gagal mendirikan solat. Bolehkah selamat di akhirat nanti jika kita meninggalkan solat ? Itukah janji Allah ?

Al Qur'an adalah peringatan, petunjuk, sumber didikan... bukan hanya hukum hakam sahaja. Apabila kita membaca al Qur'an ,  yang sebenarnya Allah sedang berdialog dengan kita. Kerana itu, kita perlulah berusaha memahami apa yang Allah firmankan kepada kita. Janganlah hanya ingat kepada ganjaran pahala membacanya sahaja, dengan dalil bahawa itulah janji Allah yang akan  memberi pahala kepada orang yg membaca al Qur'an.

Allah sudah permudahkan al Qur'an untuk difahami. Berulang kaliAllah sebutkan itu dalam al Qur'an.

Al-Qamar : 17
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Al-Qamar : 22
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Al-Qamar : 32
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Al-Qamar : 40
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Ad-Dukhan : 5َ
Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.

Al-Baqarah : 99
َ
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik.

Al-An'am : 55
َ
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat itu supaya jelas jalan orang-orang yang berdosa.

Maryam : 97

Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi kabar gembira dengan Al Quran itu kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang.

Tidak ramai orang yg mahu mengambil pelajaran dari al Qur'an, dengan alasan2 yg sengaja diada-adakan. Antara alasannya ialah : Hanya ulamak yg sangat tinggi  ilmunya yang dapat mengambil pelajaran dari al Qur'an. Jika orag biasa cuba fahamkan dan mengambil pelajaran, mereka berisiko sesat. Ma sya Allah... bagaimana cara mereka berfikir tuuu ?

Itulah yang aku selalu war-warkan, agar kita belajar, berlatih, dilatih membuat analisa yg betul. Jangan mudah di lencongkan fahaman kita oleh manusia lain !  Mereka tu bukannya sanggup tanggung kita di akhirat nanti. Kita akan dibicarakan secara sendirian. Ketika itu, ramai teman rapat akan menjadi musuh yg ketat.. ma sya Allah.

Apabila seorang yg bertitle ulamak mengajarkan sesuatu yg bertentangan dengan al Qur'an, anda pilih yg mana satu ? Ajaran ulama , atau ayat al Qur'an ?

Comments

Popular Posts