DAKWAH, TARBIAH DAN FELIXIA YEAP
DAKWAH , TARBIAH DAN FELIXIA YEAP
Dakwah itu asal maknanya ialah menyeru, sedangkan tarbiah pula ialah mendidik. Apabila majoriti ummat Islam gagal menyempurnakan solat fardu, adakah perkara tersebut berlaku kerana kelemahan dakwah, atau tarbiah ?
Sebaiknya dakwah itu dituruti dengan tarbiah. Setelah si pulan tersebut menerima seruan dakwah dan bersedia untuk berubah, mereka perlu ditarbiah dengan sebaik mungkin. Sebagai contohnya setelah Felixia Yeap berjihad semampunya untuk menerima Islam, perlu ada orang alim atau organisasi Islam yg memberi perhatian khusus untuk mendidiknya dan orang2 yg seangkatan dengannya.
Tarbiah perlulah dibezakan dengan pembelajaran ilmu. Tarbiah ialah mendidik agar Felixia Yeap mampu memahami dan mengamalkan ilmu yg dipelajarinya. Tarbiah juga adalah meliputi pembentukan jiwa yg bersih dan berterusan dalam amal Islami. Dalam bidang tarbiah ini si murabbi perlu perlu mampu menganalisa jiwa anak didiknya dan menyesuaikan bentuk tarbiah dengan bakat semula jadinya. Bentuk atau aturcara tarbiah tentulah tidak sama di antara pelbagai individu.
1 perkara yg penting juga ialah, tidak patut tarbiah itu ditumpukan semata-mata kepada sudut menyempurnakan amalan ritual dan ibadat khusus sahaja. Nabi Muhammad saw tidaklah hanya tertumpu kepada ibadat khusus sahaja, tetapi tarbiah baginda adalah mencakup seluruh aspek keperibadian seseorang.
Aku ada 1 kisah menarik. Seorang pekerja ladang dari Indonesia yg bekerja di negeri ini telah tertarik mengikuti dakwah satu kumpulan dakwah. Pendakwah telah berceramah tentang kedahsyatan azab akhirat seperti azab kubur dan azab neraka. Pekerja ladang tersebut telah begitu tersentuh hati dan jiwanya, dan dia telah menjadi terlampau takut kepada azab akhirat.
Selama beberapa hari dia seolah2 ternampak2 api dan parit yg berapi, hingga dia menjadi sangat takut.. Ketika itulah dia telah terdengar bisikan dari sampingnya menyuruhnya membunuh diri. Seterusnya dia telah berusaha bersungguh2 untuk melawan bisikan tersebut, tetapi hampir-hampir juga dia terpengaruh. Tangannya sentiasa sejuk dan jantungnya berdebar2. Dia tidak dapat menumpukan kepada kerja hariannya dan tidak dapat mendirikan solat dengan sempurna.
Kawannya telah membawa si pulan itu untuk bertemu dengan ku, dan aku pun berusaha memberikan motivasi kembali kepadanya. Sayangnya aku tak dapat buat follow up, kerana dia itu bekerja dan duduk di pendalaman, tinggal di pondok di dalam kebun.
Dari kisah itu kita pun tahulah bahawa ada juga manusia yg berjiwa begitu. Kalau kita tahu beliau itu berjiwa begitu, tentulah kita tidak akan menakut2kannya dengan azab akhirat sehingga dia begitu trauma. Di sinilah pentingnya kita kenal benar2 peribadi orang yg didakwah atau ditarbiahkan.
Aku juga pernah mendidik seorang teman yg sangat takut kepada azab akhirat. Dia sanggup berhenti kerja dwngan jawatan pegawai di sebuah syarikat swasta kerana was-was kesucian pendapatannya. Dia tinggalkan pekerjaan itu, beralih kepada kerja kampung dengan menjaga kebun kelapa sawitnya yg hanya 6 ekar, menjual kereta Toyota Wish dan kekalkan kereta viva sahaja.
Bukan sekali dia menangis kerana takutkan azab Allah, seperti 1 saat di mana dia menangis di hadapanku ketika sedang berbual di sebuah restoran. Acap kali dia menceritakan ketakutannya kpd akhirat, hingga sukar untuknya benar2 mengikhlaskan ibadat hanya kerana Allah. Semalam dia bertanya, bagaimana nak mengurangkan takut kepada kematian ? Aku tak jawab dengan logik sendiri, tetapi aku hidangkannya dengan ayat2 al Qur'an. Biar Allah sendiri yg berfirman kepadanya.
Barbalik kepada Felixia Yeap, bagaimanakah sifat keperibadian saudari baru kita itu ? Adakah beliau jenis orang yg memerlukan ancaman2 yg menakutkan ataukah dia jenis yg memerlukan banyak harapan dan sokongan ? Adakah Felixia Yeap jenis yg selalu menangis atau selalu ketawa hingga sentiasa terleka? Adakah dia itu seorang yg tidak sentif jiwanya atau terlampau sensitif hingga beliau merlukan sentuhan yg sangat lembut ?
Adakah kejayaan kita berceramah hingga membuatkan orang menggigil dan menangis itu bagus dan sesuai untuk semua orang ? Dan adakah ceramah ilmu dan maklumat yg diiringi dengan gelak ketawa yg memanjang itu sesuai untuk semua pendengarnya ? Kerana itulah dakwah dan tarbiah secara persendirian atau kelompok yg kecil selalunya lebih berkesan kepada si penerima berbanding dalam kelompok yg mencapai ratusan, ribuan orang.
Sebagaimana petani bertanam pokok cili, setiap peringkat penjagaan cili perlu sesuai dan tepat dengan tahapnya. Penyediaan tapak, perlindungan dari cuaca, menabur benih, menyiram dengan titis2 air yg sangat halus, mengelakkan baja kimia yg berlebihan, memindahkan ke tapak yg betul atau ke polibag, peningkatan tahap siraman dan pembajaan, pemeliharaan dari rumpai, serangga dan jangkitan mikroorganisma, pendedahan berperingkat kepada cahaya matahari dan hujan, penyediaan ladang dan perpindahan dari polibag ke ladang, ubah baja lagi kepada yg lebih sesuai .. dan seterusnya.
Penjagaan, pemeliharaan, itulah kerja murabbi, atau orang yg memberi tarbiah. Setiap manusia berhak untuk mendapat murabbi atau pendidik. Tanpa murabbi yg competent, adalah ibarat benih cili yg baik yg ditaburkan di halaman rumah, dengan harapan ia akan berhasil tumbuh subur dan berbuah dgn lebatnya.. Itu bukanlah fitrah cili, dan ia pun bukan fitrah manusia.
Oleh kerana aku bekerja merawat pesakit, maka barangkali 1/2 dari orang yg aku cuba dakwah dan didik adalah pesakit2 ku sendiri, terutama pasakit yg diuji dengan masalah kejiwaan atau perasaan. Sebahagian lagi ialah orang yg memang mencari jalan yg lurus dan ingin mencuci diri.
Untuk yg bermasalah batin atau perasaan, aku cuba hubungkan dia dengan Allah dan mengenali-Nya. Aku banyakkan mauidzah berkenaan kasih dan pemurahnya Allah kepada hamba2-Nya, dan aku ajr dia bagaimana menghadirkan diri dan perasaan ketika beribadat dan menyerunya. Aku selalu telepon, ajak minum dan cuba aturkan perjumpaan dengannya sekali atau 2x setiap minggu. Oleh sebab aku lapang sebelah pagi dan selepas 10 malam, maka aku jarang balik rumah sebelum 12 malam. Apabila dia sudah mula mampu menghayati ibadat secara zahir dan batinnya, aku minta dia bimbing anak dan isterinya. Alhamdulillah, selepas itu ibadat ritual dan hubungannya dengan Allah itulah yg akan terus mempertingkatkannya. Biasanya beliau akan mula berusaha untuk bangun malam untuk qiamullail dan memperbaiki kehadiran hatinya dalam solat dll
Mengenangkan kesukarannya dakwah dan tarbiyah secara solo begitu, aku rasakan perlunya aku melatih lebih ramai teman yg mampu melakukan tugas yg sama. Masaalah mereka ialah kekurangan ilmu dan pengalaman. Kerana itu aku cuba sediakan bahan untuk mereka baca , berwassapp setiap hari untuk diskusi ilmu dan pengalaman amali, selalu berbincang tentang tahap2 peningkatan kebaktian orang yg mereka didik, termasuk anak dan isteri mereka, mudah2an setiap orang dari mereka itu akan berjaya menjadi murabbi, demi mengemban tugas yg diwarisi dari ar Rasul saw.
Pembentukan individu Muslim tidak dapat dipisahkan dari tarbiyyah. Jika mereka tidak dibentuk dengan sebaik-baiknya, maka persekitaranlah yg akan membentuk mereka. Persekitaran bukanlah murabbi yg baik, kecuali persekitaraan itu adalah merupakan suasana yg baik, atau bi'ah solehah. Walaupun ada bi'ah solehah, individu Muslim masih perlu kepada murabbi yg dapat membantunya pada setiap peringkat pendekatan diri kepada Allah dan pembentukan jiwa. Dari semasa ke semasa, mereka akan menghadapi pelbagai masalah, dan memerlukan bantuan dari seorang teman yg baik..
Peningkatan tahap keislaman kita bukanlah sekadar untuk mencapai mampu melakukan ritual yg fardu, dan meninggalkan perbuatan yg haram. Semua unsur yg membentuk manusia sempurna perlu dipertingkatkan hingga mencapai tahap yg terbaik, atau sekurang2nya mampu menjadi murabbi atau mentor kepada manusia lain. Amalan jasmaninya, kemampuan pemikiran dan kefahamannya, kemampuannya melakukan tanggung jawab sosial, dan yg lebih penting ialah jiwa dalamannya yg merupakan inti kepada dirinya yg sebenar.
Dalam mendirikan solat, mereka perlu memperbaiki kerja jasmani, bacaan solat, dan yg lebih sukar lagi ialah penumpuannya ketika solat. Penumpuan itu hendak ditingkatkan hingga ingatannya kepada Allah tidak terputus sepanjang mendirikan solat. Itulah perjuangan besar dalam memperbaiki solat, hingga memerlukan kawalan tidak tanduk batin kita sepanjang hari, dan membanyakkan tafakkur dan zikir, terutamanya di waktu malam. Kerana itu jugalah kita pelukan kesihatan jasmani, dan waktu yg cukup untuk munajat kepada Allah. Itulah yg dikatakan amal spiritual atau kerohanian.
Amalan spiritual ini adalah merupakan bekalan kepada da'i atau murabbi. Jika beliau mujahadahkan ini dengan baik, maka tarbiah mereka kepada anak muridnya akan lebih berkesan di hati, dan dirinya kan selalu mendapat ilham2 yg baik yg memudahkannya mengajar. Beliau tidak perlu merapu dalam mengajar, kerana ada sesuatu yg metafizik yg akan bertindak kepada jiwa dan hati anak muridnya.
Hanya duduk dengan anak muridnya shj tanpa berkata apa2 perkataan pun sudah cukup untuk mendatangkan kesan kekuatan kepada mereka. Anak murid akan kembali ke rumah dengan gembira kerana terasa mendapat sesuatu kekuatan batin yg tidak kelihatan, tetapi mendorong mereka untuk beribadah dengan ikhlas.
Comments
Post a Comment