PUAK-PUAK DAN PENYATUAN

KEUJUDAN PELBAGAI PUAK DAN PERLUNYA PENYATUAN

Marilah kita membuat suatu misal, iaitu terdapatlah  1 negeri  yg di dalam negeri itu ujud 73 puak dan setiap puak pula dikuasai oleh seorang raja feudal dengan ideologinya yg tersendiri. Masing2 mengatakan puaknya lah yg paling benar. Masing2 akan cuba untuk menguasai negeri itu dan mengalahkan semua puak yg lain.

Akhirnya, sama ada semuanya akan hancur, atau 1 sahaja yg menang setelah yg 72 puak lagi hancur. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Negeri2 yang lain yg tidak berpuak2 akan terus bertambah maju, kerana mereka gunakan resources untuk maju. Yang berperang akan menggunakan semua resources untuk menghancurkan puak yg lain, maka ia tidak mencapai apa-apa kemajuan.

Kenapa tidak semua puak itu duduk semeja untuk berpakat mencari jalan penyelesaian dan bersatu untuk mendapat kekuatan ? Kerana ego dengan pemikiran masing2, fanatik dengan ideologi sendiri, kebekuan minda analisis hingga tidak mampu menganalisa perkara yg sudah jelas, mementingkan diri sendiri kerana ada agenda peribadi, tidak berani mengakui hakikat kesilapan masing2, merasa rugi jika bertolak ansur, takut kepada perkara yg tidak sewajarnya, distorted thinking and confused mind.

Pertama kerana mereka tidak di ajar menggunakan minda analysis. Analitical mind. Sejak kecil mereka hanya di rangsang untuk menghafal dan menerima apa shj yg disuap ke dalam minda. Otak bahagian analysis menjadi kecil, dan tidak mampu menganalisa perkara yg mudah.

Kedua, menutup diri dari berinteraksi, berbincang, kenal mengenal dan cuba memahami kumpulan lain, iaitu orang yg berlainan keturunan, pendidikan dan pemikiran dan budaya. Puncanya mungkin kerana takut terpengaruh dengan pemikiran atau pegangan puak yg lain.

Ketiga, selalu membuat kesimpulan yg salah pada perkara yg asas. Perkara yg salah itu menjadi 1 pegangan atau pendirian hidup, dan semua ilmu dan pemahaman yg dipelajari selanjutnya telah dibina di atas asas kefahaman yg salah. Jika ini berlaku, mereka tidak akan mampu berdialog dengan puak2 yg lain, kerana vocab mereka berlainan maksud walaupun berdiskusi dalam bahasa yg sama. Sekiranya mereka baca buku dari puak yg lain pun, kefahaman yg mereka dapat adalah berbeza dari apa yg hendak disampaikan oleh si penulisnya.

Keempat, kesan kefanatikan kepada perguruan yg mendidik mereka semenjak kecil. Pendidikan adalah pembentukan. Seperti rotan yg telah dibentuk menjadi sofa rotan, sangatlah susah untuk menukar rotan itu kepada bentuk yang lain. Anda perlu panaskan kembali dengan haba yg tinggi untuk mengubahnya kebentuk yg  lain.

Kelima, memang begitulah tujuan asalnya si pendidik, iaitu agar anak didiknya menjadi sangat yakin dengan ideologi yg diajarnya. Gurunya itu tentulah sangat mementingkan keyakinan anak muridnya kepada ideologi yg di ajarnya, baharulah anak muridnya itu dinaikan tahap pengajiannya. Semakin tinggi tahapnya, semakin yakin hingga akhirnya hampir mustahil untuk diubah lagi. Itu adalah kejayaan guru.

Keenam, ada juga yg cuba keluar dari kepompong pemikirannya. Ada yg berjaya dan ramai yg gagal.

Kenapa gagal keluar dari kepompong pemikiran yg didik sejak kecil ?

Pertama, dia pun tidak tahu apa vocab yg dia salah faham selama ini.
Kedua, apabila ada orang yg cuba membantunya, dia bersikap menentang, bukannya bersikap cuba memahami. Ketiga, bahan pembacaan atau sumber maklumatnya hanya terperosok kpd satu sudut pengetahuan sahaja. Keempat, lemah keazaman.

Vocabulary tu sangat penting, sehingga ada orang yg berkata, " Seseorang itu adalah sekadar vocabnya sahaja.

SEJARAH RINGKAS ALIRAN-ALIRAN ISLAM

Lihatlah sahaja kepada Abu Huzaifah bin Hasan al Yamani, seorang pemuda yg memeluk Islam bersama ayah dan ibunya di peringkat awal dakwah Rasul saw di Makkah. Apa yg dia dapat dari Rasulullah saw ada extra berbanding sahabat2 yg lain.

Saidina Abu Bakar as Siddiq juga menuntut dari sumber yg sama, dan mencapai tahap yg sangat tinggi, tetapi ada perbezaan juga jika dibandingkan dengan Abu Huzaifah.

Saidina Umar al Faruq pula mirip dengan Abu Bakar, kerana mereka adalah close friends.

Lihat pula kepada Saidina Usman ra yg begitu besar jasanya kepada ummat, tetapi cara tindak politiknya ada lah berbeza dalam sudut tertentu berbanding 2 orang khalifah Rasulullah saw yg sebelumnya.

Seterusnya ada pula sahabat Nabi Muhammad saw yg cenderung kepada pemikiran seperti Saidina Ali, seperti Salman Al Farisi, Abu Zar al Ghifari dan Abu Huzaifah sendiri.

Ketika itu, ada juga yg berfahaman secara mudah dan simple sebagaimana pemikiran sebahagian dari ahli suffah, yg tinggal di beranda masjid Nabawi.

Ada lagi sahabat2 yg lain yg mempunyai pemikiran sendiri, dan ada pula yg ada agenda sendiri. Yang cerdik, ada kemahiran memimpin, dan ada kemahuan tertentu, akan terlantik menjadi ketua kumpulannya ... maka bermulalah timbulnya firqah firqah di kalangan ummat.

Adakah semua perbezaan itu tidak bersebab?

Tentulah ada sebabnya. Diantaranya ialah bakat masing2, pengaruh pergaulan dan dengan siapa mereka selalu berbincang dan berteman, dan sudah tentunya bergantung kepada tarbiah yg mereka dapat. Bagaimana mereka memahami tarbiah tersebut dan mentafsirkannya.

Comments

Popular Posts