DI SEKITAR KEKHUSUKAN RASULULLAH SAW
SEKITAR KEKHUSUKAN RASULULLAH SAW
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Al-Hadid : 16َ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.
Rasulullah saw bersabda: Ya Aishah , mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur !
Pertama : Hati bukanlah otak pemikiran di dalam kepala. Kerja hati ialah khusuk mengingati Allah, sedangkan kerja otak ialah berfikir. Tidur akan merehatkan otak supaya ia kembali cergas, tetapi hati pula terus-menerus mengingati Allah. Jika ketika tidur pun hati baginda tidak tidur, malah terus menerus ingat kepada Allah. Sudah tentu ketika jaga, hati baginda tidak akan dilalaikan oleh dunia dari ingatan kepada Allah.
Kedua : Ketika saya tanya hal ini kepada al marhum guru, beliau jawab ia adalah hasil dari latihan yg cukup banyak. Akupun , katanya, " Ketika aku tidur, hatiku tidak tidur ! " . Dengan itu, al marhum tidak menyebutkannya sebagai kelebihan khusus atau miracle, tetapi masih kembali kepada hukum sebab dan akibat. Hati manusia adalah tunduk kepada fitrah, yg memerlukan didikan untuk menjadikan ia istiqomah dalam ingatan kepada Allah.
Ketiga: Apabila ummat mengatakan kelebihan Nabi saw itu adalah 1 kelebihan miracle, maka mereka akan putus asa dari berusaha untuk mencapai kemampuan untuk berterusan ingat Allah.
LATIHAN RASULULLAH SAW UNTUK KHUSUK
Rasulullah saw yang sangat berbakat pun, dengan bantauan taufik dan hidayah dari Allah, telah bermujahadah selama 3 tahun di gua Hira.
Selepas itu pula, baginda terus menerus diperintahkan Allah untuk berlatih lagi dengan solat malam, hinggalah ingatan hati baginda kepada Allah menjadi sangat bagus. Ketika ingatan baginda sudah cukup sempurna, maka baginda telah di isra' mikraj secara zahir dan batin untuk bertemu Allah dan ditaklifkan solat fardhu yang 5x setiap hari.
Q : Ketika menjadi imam Rasulullah saw akan memendekkan solat, apabila mendengar anak kecil..dari segi khusyuk, boleh bagi komen..?
Begitu juga satu ketika selepas solat berjemaah, Rasulullah saw telah cepat2 keluar dari masjid kerana teringat harta rampasan perang yg belum diagihkan.
A : Khusuk adalah 1 maqam.
Bagaimana maqam khusuk ini dicapai ?
Pertama, ia dicapai dengan latihan penumpuan kpd Roh Allah yg sangat hampir, iaitu di tengah2 dada manusia, dan seterusnya penumpuan dan mikraj kepada Allah SWT yang istawa di alam kebesaran dan keagungan-Nya.
Pada tahap permulaan, ia hanyalah sekadar tumpuan rasa ke titik wusto, dan melalui garis lurus , ke titik yg di atas pula. Tahap ini adalah konsentrasi rasa, dan sangat penting untuk mencapai tahap yg lebih tinggi.
Setelah penumpuan rasa ketika solat menjadi cukup bagus, maka ia jarang terputus lagi. Orang itu sudah menjadi khosyi'in, walaupun belum betul2 sempurna. Ia masih boleh terganggu oleh sesuatu perkara, tetapi hanya sebentar sahaja. Orang yg begini belum mampu untuk solat 100% khusuk.
Tahap kedua ialah apabila hijab yg mengganggu penglihatannya kepada Roh Allah sudah terbuka. Permulaannya mungkin hanya diketika tertentu spt ketika takbiratul Ihram. Ketika itu sememangnya khusuknya sangat baik, tetapi kerana kelemahannya, wajah tersebut tidak kekal dalam penglihatan.
Tahap ketiga ialah tahap ...
Dan banyak lagi ceritanya...
Jadi, Rasulullah saw itu telah mencapai tahap tertinggi dalam penglihatan batinnya. Penglihatan batin baginda sudah tidak terpaling lagi, malah walau kemana sahaja dihadapkan wajahnya, maka di sanalah wajah Allah pada penglihatan batinnya.
Apabila baginda menumpukan konsentrasinya dengan sebaik2nya, maka hilanglah yg lain, dan ketika baginda melakukan pekerjaan lain, wajah itu pun tidak hilang lagi..
Maksudnya, baginda kekal dalam konsentrasi dan khusuk, walaupun dapat mendengar budak menangis. Yang khusuk itu ialah hati, sedangkan yg mendengar tangisan ialah telinga zahir/ jasmani. Hati baginda tetap khusuk, walaupun di ganggu oleh perkara luaran.
Bagaimana caranya kita dapat mengekalkan khusuk dalam solat, sedangkan kita belum mencapai tahap musyahadah ?
Bila rasa sudah benar2 lekat di hati, rasa itu sudah jadi sangat mantap, walau apa pun gangguan yang datang, tetapi tumpuan ke hati itu tetap tidak hilang.
Kedua, mikraj dahulu baru solat dan membaca. Maksudnya, sudah berada di atas, barulah membaca, maka dengan izin Allah tidak terputus konsentrasinya.
Comments
Post a Comment