PINTU2 DAKWAH

PINTU DAKWAH

1. PINTU AMAL

Hadis : Yang mula2 diperiksa pada hari Kiamat ialah solat

Hadis : Seseorang akan mendapat sekadar mana dirinya ada di dalam solat

Ada kalanya kawan kita mahu bercerita tentang amal dan mujahadah.

Bagaimana cara kita nak masuk kpd ilmu konsentrasi dan kerohanian ?

Caranya, ceritalah hadis Nabi Muhammad saw, bahawa YG MULA2 SEKALI akan diperiksa di hari Kiamat ialah solat.  Jika solat itu BAIK maka baiklah amalan2 yg lain, dan jika SOLAT ITU FASAD, maka fasadlah amalan yg lain.

Mungkin kita fikir solat fardu kita sudah cukup kerana tak pernah tinggalkan solat. 

Tetapi seseorang akan mendapat dari solat itu sekadar mana DIRI nya ada di dalam solat. Ada yg hanya dapat 1/10 dari solatnya...

Kerana itu amalan solat kita kena ada yg zahir dan yg BATIN.  Janganlah sampai tubuh FIZIKAL sedang bersolat tetapi BATIN berada di pasar.

QOLBU juga kena KONSENTRASI kpd Allah ketika solat.

Allah tidak hanya memandang kpd yg zahir. Allah memandang kpd hati dan diri batin kita. Jika hati memandang kpd yg lain, dan diri batin berjalan2 ke tempat lain, maka pada ketika itu kita tidak mendapat bahagian dari solat ( berdasarkan hadis di atas )

2. JALAN BALIK

Al Qur'an : Wahai jiwa yg tenang, kembalilah kpd Rabbmu dalam keadaan reda dan diredai

Hadis : Ruh itu akan dibawa hingga sampai ke tempat di mana Allah berada

Ada pula kawan yg suka bercerita tentang makrifat, jalan balik setelah kematian, pertemuan dengan Rabb dan mikraj.

Biasanya, mereka ini adalah sudah sedia memilih jalan makrifah spt ahli tarikat yg telah belajar syriat, tarikat, hakikat dan makrifat.

Jalan balik ialah jalan balik jiwa kita kpd Allah. Dari Allah kita datang, kpd Nyakita kembali. Wahai jiw ayg tenang, kembalilah kpd Rabb mu..

Jalan balik ialah israk dan mikraj jiwa. Kita israk ke alam saghir untuk bertemu dgn RUH dan mikraj bersama RUH ke alam KABIR, terus menuju ke alam LAHUT.

Perjalanan JIWA ini ada disebutkan di dalam hadis riwayat alBarra' bin Azib alAnsari : Ruh /jiwa seorang Mukmin akan di bawa naik hingga sampai ke langit di mana Allah berada..

3. IHSAN

Hadis : Beribadatlah kpd Allah seakan2 engkau melihatNya, dan jika kamu tidak melihatnya maka dia melihatmu.

Tujuan hidup manusia ialah untuk IBADAT KPD ALLAH, sebagaimana dlm surah  az Zariat: 56

Ibadat yg paling baik ialah IHSAN. Ia adalah pengalaman KEROHANIAN, dan bukannya hanya angan2 minda sahaja.

Bagaimana belajar ilmu mencapai IHSAN ? 

Caranya ialah dengan belajar ilmu kerohanian berkaitan JIWA dan HATI dan bagaimana caranya nk mencapai IHSAN dengan menggunakan HATI dan JIWA BATIN.

Belajar ilmu kerohanian dan deria kebatinan ini kena dengan berguru sebab sangat besar risikonya jika belajar sendirian.

4. PENYUCIAN HATI DAN JIWA dan PERBAIKAN MASYARAKAT

Al Qur'an : Beruntunglah orang yg kenyucikan dirinya

Hadis : Hati adalah raja

Hadis : Setiap sesuatu ada pencucinya. Pencuci hati ialah zikrullah

Perkara yg paling pokok dalam diri dan masyarakat ialah jiwa. Kerana itu, jiwa dan hati perlu dibersihkan.

Jika jiwa dan hati tidak dibersihkan, walaupun fikrah atau ilmu/kefahamannya baik, kita akan tetap gagal untuk mencontohi generasi Al Qur'an pimpinan Rasulullah saw.

Bagaimana cara membersihkan hati dan jiwa ?  Caranya ialah dengan zikrullah yg khusuk iaitu konsentrasi dan taqorrub secara kerohanian.

5. PERTEMUAN

Al Qur'an : Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Rabbnya, hendaklah membanyakkan amal saleh dan janganlah melakukan syirik dalam beribadat kpd Nya

Al Qur'an : Wahai insan, sesungguhnya engkau telah berusaha bersungguh2 untuk bertemu dengan Rabbmu, pasti engkau akan bertemu dgn nya

Hadis : Hambaku mendekat kpd Ku dengan berjalan, aku datang dengan berlari

Mengharapkan pergemuan dengan Pencipta adalah salah 1  perkara pokok yg disebutkan di dalam al Qur'an. Pertemuan jiwa batin sebelum KEMATIAN tingkat qualitinya lbh rendah dari pertemuan selepas kematian.

Ada orang yg cukup berbakat dalam konsentrasi dan deria batin, hingga dengannya dia mampu mencapai pertemuan dengan pandangan mata hati.

Ada yg belum mampu, tetapi Allah menjanjikan pertemua dengan Rabb jika kita berusaha bersungguh2 spt di dalam surah al Insyiqaq : 6

Untuk ada pertemuan dengan Rabb ketika di dunia, kena ada perjalanan menuju kpd Nya.  Selepas kematian juga akan ada perjalanan ke alam Lahut di mana DIA bersemayam.

6. KEJAYAAN

Al Qur'an : Sesunggunnya telah berjaya orang yg beriman, yg khusuk dalam solatnya

Ada orang yg mencari kejayaan dan mengatakan bahawa kejayaan yg sebenar ialah syurga.

Ada orang yg akan masuk syurga tanpa hisab. Ada juga yg masuk syurga beribu2 tahun setelah diazab di dala neraka.

Bila kita fikirkan dgn lbh mendalam, KEJAYAAN yg sebenar ialah jika kita dapat bertemu dgn Allah tanpa di azab terlebih dahulu.

Pertemuan yg paling baik ialah musyahadah sebelum kematian, dan pertemuan setelah kematian sebelum disoal di dalam qubur.

Jalan untuk mencapainya yg paling selamat ialah dengan konsentrasi dan solat yg khusuk.

Tanpa ilmu konsentrasi, kita memang boleh berjaya, TETAPI sangat sukar kerana kita bagaikan berjalan di atas batu yg licin dan mudah tergelincir

7. INGAT

Qur'an :  Dirikanlah solat untuk ingat kpd Ku

Qur'an : Jika engkau ingat kpd Ku, maka aku ingat kpd mu

Qur'an : Ingatlah aku ketika berdiri, duduk dan baring

Hadis : Telah mendahulu orang yg menyendiri, iaitu orang yg banyak ingat kpd Allah

Allah sangat suka di INGAT dan di SEMBAH.  Ini sangat jelas disebutkan di dalam kitabullah dan sunnaturrasul.

Jika kita banyak INGAT kpd Nya, kita akan termasuk ke dalam golongan mufarriduun, iaitu yg banyak ingat kpd Allah, dan golongan ini telah mendahului.

Ada juga hadis2 Rasulullah saw yg menyebutkan bahawa zikrullah adalah sebaik2 amalan yg mengatasi jihad fisabillah dI dalam peperangan.

8. CINTA dan TAKUT kpd ALLAH, atau ZUK / ZAUK

Qur'an : Sesungguhnya orang Mukmin sangat cinta kpd Allah  , al Baqarah : 165

Qur'an : Sesungguhnya orang yg takut kpd Rabb mereka yg ghaib, akan mendapat keampunan dan pahala yg besar

9. PERSEDIAAN MENGHADAPI KEMATIAN / KIAMAT

Hadis : Aku tidak banyak solat dan puasa, tetapi aku cinta kpd Allah dan RasulNya

10. PENDINDING DIRI

Allah adalah wali orang beriman, mengeluarkan mereka dari dzulumat kpd cahaya, dan orang kafir itu auliya mereka ialah toghut yg mengeluarkan mereka dari cahaya kpd kegelapan.

11. TAUHID dan NUR MUHAMMAD

Tauhid dalam aqidah : Pada awalnya yg ada ialah Allah, yang mula2 diciptakan ialah Nur Muhammad yg dicipta dari NUR JAMAL / keindahan Nya. Dari Nur Muhammad itulah diciptakan semua makhluq

Comments

Popular Posts