KONSENTRASI KE QOLBU
Kenapa pula kita kena buat penumpuan ke hati yg di dalam dada ?
Apa pula kaitannya dengan rasa dingin di dalam dada ?
Tengah dada menjadi titik penumpuan yg awal / pertama adalah kerana beberapa sbb.
Sebahagian sebabnya ialah :
1. Di dada itulah letaknya rahsia besar keistimewaan INSAN
2. Di dalam dada itu letaknya mata hati. Ia bersambung dengan sistem limbik yg kemudian bersambung dgn bahagian lain dari mata batin. Hasilnya ialah deria batin akan jadi lebih sensitif.
3. Ia menimbulkan LEBIH rasa... tanpa penumpuan ke tengah dada, RASA nya akan kurang.
4. Cahaya yg terhasil dari zikirullah dan solat akan jadi lebih terang, terutamanya di bahagian dada
5. Mikraj nafs iaitu unsur metafizikal diri kita akan menjadi lebih pantas.
6. Ada juga orang yg tak mampu untuk merasa pergerakan mikraj. Jadi konsentrasi ke tengah dada akan sekurang2nya menghasil khusuk yg berqualiti.
7. Memudahkan kita mencapai tahap KHUSUK HATI INGAT ALLAH... al Hadid : 16
Rasa dingin itu pula adalah sebagaimana yg almarhum guru saya pernah sebutkan... sebelum mata batin terbuka, biasanya dada akan rasa dingin.
Selain itu, rasa dingin akan menimbulkan rasa enak, dan jika dingin itu cukup mantap, ia akan SANGAT MEMUDAHKAN untuk kita khusuk di dalam solat.
Dari mana datangnya KEDINGINAN itu ? Cahaya yg putih atau keputihan biasanya terasa dingin. Cahaya merah pula terasa panas.
Latihan konsentrasi ke qolbu hingga ia terus menerus terasa dingin amat istimewa.
Ia boleh dilakukan di mana sahaja... dan boleh ketika kita berbuat apa sahaja. Walaupun ketika kita sedang buang air atau berehat sambil berbaring.
Kita tak perlu baca apa2..
Tak perlu ingat apa2..
Kita hanya perlu konsentrasi ke dada secara terus menerus dan mengekalkan kedinginannya.
Dingin ini akan berkurangan apabila kita rasa MARAH, RISAU atau apa2 yg menghilangkan ketenangan hati.
Bila hati sudah rasa tenang dan khusuk .... rasa dingin akan datang kembali.
Dingin ini adalah dingin yg enak. Ada saatnya ia terasa tersangat dingin sehingga kita terasa spt hampir menggigil. Tetapi ada ketikanya ia sukar untuk dihadirkan..
Comments
Post a Comment