Hati dan Jiwa

Kenapa HATI dan JIWA itu terpisah, dan bukan benda yg sama ? 

Bukankah kedua2nya itu sentiasa ada kesan / pengaruh dalam amalan seharian kita ?

Untuk menjawab soalan ini, mari kita bincangkan lebih mendalam ..

HATI .

Hati ialah inti. Dalam bahasa Arab, ia dipanggil QALB ,  yg bermaksud;  sesuatu yg berbolak balik.. bagaikan daun yg diikat benang dan ditiup angin.

Al Qur'an menyebutkan banyak kali tentang qalb :

Tentang hati yg keras

Hati yg lalai dari ingat kpd Allah

Hati yg sejahtera  / qolbun salim

Hadis Nabi saw pula menyebutkan bahawa hati adalah raja. Jika ia baik, maka baiklah keseluruhan diri seseorang.

JIWA

Di dalam al Qur'an, jiwa disebut sebagai NAFS. Ia mungkin kotor dan mungkin bersih.

Al Qur'an menyebutkan : beruntunglah orang yg membersihkan jiwanya, dan merugilah orang yg mengotorinya.

Jadi, barangsiapa kembali kpd Allah dengan qolbun salim... dia akan bahagia

Dan barang siapa yg kembali dengan jiwa / nafs yg bersih... dia juga akan bahagia

TETAPI

Keputusan atau decision yg kita buat setiap hari adalah diputuskan oleh QOLBU, atau HATI.

Nafs adalah ibarat pembesar2 negeri. Jika raja atau qalb itu lemah, maka nafs akan mengambil alih pemerintahan negeri. 

Unsur HAWA NAFSU yg merupakan  1/3 dari unsur nafs... hawa nafsu ini akan bermaharaja lela. 

Walaupun hati adalah raja, ia hanya RAJA BONEKA..

Comments

Popular Posts