KEKUATAN SPIRITUAL
Kekuatan manusia biasanya dibahagikan kpd 3 , iaitu fizikal, mental dan spiritual .
Orang selalu kata, kekuatan spiritual adalah kekuatan yg paling ampuh.
Dan apabila seseorang anak mendapat gangguan pelik dari makhluk halus, kita kata yg dia itu perlukan kekuatan spiritual.
Di saat mengharungi ujian yg berat spt sakit tenat, bencana alam dll , kekuatan spiritual juga adalah sgt penting.
Apakah perbezaan dan persamaan di antara kekuatan mental dan kekuatan spiritual ?
Kekuatan mental adalah kemampuan kita berfikir. Dipanggail juga intellect atau cognitive function. Fungsinya ialah mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan processor di dalam otak.
Apabila boat yg kita naiki karam, dan kita terkapai2 hanyut di tengah lautan, ketika itu kita sangat perlukan ketiga2 kekuatan tadi.
Kekuatan fizikal, untuk bertahan di dalam keadaan lemah, lapar, haus, sejuk, tenggelam timbul dipermukaan air.
Kekuatan mental kita gunakan untuk memikirkan cara menyelamatkan diri. Ketika itu kekuatan ini akan mengajarkan kita agar mencari benda2 terapung untuk dijadikan seumpama rakit. Botol plastik, sebatang kayu atau papan pun cukuplah.
Mental juga mengajar kita supaya jangan meronta atau habiskan tenaga dengan berenang tak tentu hala, kerana kita sudah ketiadaan makanan dan minuman. Jika kita kehabisan tenaga, tentunya sukar untuk mendapatkan bekalan tambahan.
Ketiga, mental kita akan mengajar kita bagaimana cara mengesan kapal yg lalu berhampiran, dan bagaimana membuat signal pemberitahuan.
Keempat, mental akan memberitahu kita bahawa situasi kita adalah 50-50 . Dengan hanya kekuatan fizikal dan mental, itulah sahaja yg kita ada, iaitu berada di dalam risiko yg teramat tinggi.. Selanjutnya, mental akan mengajar kita agar pergi kpd bantuan yg ke 3 , iaitu SPIRITUAL . Tetapi , apakah bendanya spiritual itu ?
Ketika itu, mental sudah maklum bahawa hanya ada 1 jalan sahaja yg PASTI akan mampu menyelamatkan kita. Yang PASTI itu ialah apabila datang pertolongan dari ALLAH.
Maka kita pun berusaha membaiki HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Rabb yg sering kita lalaikan akan kita INGAT dengan sepenuh ingatan. Bibir kita akan tidak berhenti2 membisikkan istighfar dan tasbih kpd Nya. Tiada waktu walau sesaat pun yg kita lalaikan dari mengingati Allah.
Kalau sebelum itu kita anggap KHUSUK INGATAN KPD ALLAH sebagai perkara kecil, pada ketika itu kita akan anggap khusuk itu sangat penting, kerana doa yg makbul ialah doa yg datang dari hati yg khusuk. Ketika itu kita akan sangat2 terasa HUBUNGAN HATI DENGAN ALLAH ( HHDA ) . Terasa bagaikan ada satu jalur atau tali yg sangat kuat di antara hati kita dengan Nya. Itulah yg dipanggil JALUR INGATAN .
Kita pun benar2 berazam untuk memperbaiki IBADAT kita menjadi sebaik2 ibadat, dan MENTAUHIDKAN ALLAH dengan sebenar2 tauhid.
Berazam untuk menjauhi kemungkaran samaada kecil atau besar.
Untuk mengingatiNya ketika berdiri, duduk dan baring.
Untuk mengisi hidup kita dengan sebanyak2 rukuk dan sujud kpd Nya..
Untuk membantu orang yg kesusahan dengan 1 niat , iaitu PERTEMUAN DENGAN ALLAH.
Mudah kata , pada saat itu kita pun berazam untuk menjadi HAMBA ALLAH 100 % , tanpa reserve.
Saat yg kritikal itu telah menyedarkan kita bahawa hanya ada 1 tempat bergantung , iaitu BERGANTUNG KPD ALLAH. Itulah kebergantungan yg sebenar.
Harta dan apa yg kita telah kumpulkan selama ini tidak mampu lagi membantu dan menjamin keselamatan kita.
Itulah kekuatan spiritual. Jika kekuatan itu ada pada diri kita DI SAAT INI, alangkah beruntungnya kita..
Sayangnya , kekuatan ini telah lama ditinggalkan oleh majoriti ummat Islam. Pengkhianatan berlaku di mana2, kerana mahukan harta.
Harta yg banyak dijadikan sandaran untuk kebahagiaan masa hadapan. Solat hanya menjadi ritual tanpa benar2 menjadi tali hubungan dengan Allah. Hati lalai memandang ke arah lain. Jiwanya pula bermain2 ditempat kesukaannya, enggan kembali kpd Allah.
Tidakkah dia tahu, bahawa di suatu saat nanti dia akan berada di tengah lautan , terumbang ambing sendirian ? Di saat itu hanya SATU sahaja yg pasti mampu menyelamatkannya, iaitu RABBnya. Biarpun sanak saudara dan harta bendanya berkumpul bertimbun dikelilingnya.. tiada 1 pun yg mampu membantunya.
Al-Waqi'ah : 83 - 85
فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,
وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ
padahal kamu ketika itu melihat,
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ
dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat.
Al-Qiyamah : 26 - 29
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِىَ
Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan,
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ
dan dikatakan (kepadanya): "Siapakah yang dapat menyembuhkan?",
وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ
dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan .
وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ
dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan),
Comments
Post a Comment