Jangan remehkan kebaikan, walaupun kelihatan kecil

Setiap amal saleh yg kita kerjakan akan diganjari 10 - 700 × , kecuali puasa. Untuk puasa, Allah sendiri yg akan menentukannya. Kerana itu, jauhilah semua keburukan, dan perbanyakkanlah zikrullah.

Allah menyediakan bermacam2 jenis amal saleh agar kita tak jemu melakukannya.. Begitulah kata seorang ulama. Mungkin kerana sesuatu amal saleh yg kita kerjakan secara yg PALING BAIK dan PALING IKHLAS, maka Allah ampunkan semua dosa kita.. Allah lebih mengetahui.

Barangkali ada amal yg kita anggap kecil, sekecil wang 1 ringgit, tetapi kita mampu melakukannya dengan SEBAIK2 NIAT dan MINAT. Kerjakanlah..

Peliharalah diri kita dari api neraka walaupun dengan 50 sen. Wahai orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yg bahan bakarnya ialah manusia dan batu..

Sering kali kita bertemu dengan  cemuhan penulis2 fb kpd sesuatu kebaikan. Mungkin mereka tidak sedar bahawa merendah2kan sesuatu kebaikan adalah 1 kesilapan.

Ibaratkanlah amalan kita ini spt sebuah kereta. Ada enjin, kotak gear, roda, brake dll. Ada juga bahagian yg kurang penting spt pelapik kaki, pembalut steering wheel, pembalut tempat duduk, radio, GPS, air cond dan warna kereta. Ada bahagian yg perlu dan ada bahagian yg kurang penting..

Nilai sebuah kereta bukan sahaja terletak pada bahagian yg perlu, spt enjin dan gear, tetapi juga pada bahagian yg kurang penting.

Kereta satria yg berumur 20 tahun, ada yg berharga RM 5 k  dan ada yg dinilai RM 10k . Maklumlah, kereta lama..😊 .  Yang dikejar itu mungkin pada pembalut dan warnanya, bukan pada enjin dan gear. Samalah spt seorang wanita dewasa yg akan kelihatan lbh anggun dan bermagnet apabila dia sudah berhias.

Amal agama kita ni, ada yg sangat perlu kita kerjakan, dan ada yg kurang perlu, kerana tak wajib. Di saat kita memerlukan, yg TAK wajib itu mungkin amat dihajati, kerana keadaan yg serba kekurangan. Yang PERLU pula, sudah tentulah tidak boleh dicuaikan. Masakan kita boleh cuaikan enjin dan gear kereta kerana dah jatuh cinta dengan warna body-nya. Tentu tidak, kan ?

Pernahkah anda mendengar kisah seorang hartawan yg kekurangan hanya 20 sen , untuk membayar tol ?  Diceritakan, dia telah tertinggal dompet duit, dan tol pula RM 2.50 . Seluk sana, seluk sini, buka sana buka sini, korek sana korek sini, sekadar RM 2.30 yg dia dapat.. KURANG 20 sen .

Termenunglah dia ditepi lebuh raya, berdekatan tol booth. Nak diredah aje, kerana kurang 20 sen, pasti jadi kes berat. Silap2, masuk akhbar metro besok pagi. Nak pinjam 20 sen dari awek juru tol, malu sangat. Nak tahan kenderaan lain, mana nak taruk muka ?  Nak talipon saudara mara, pasti kena kutuk habis ..

Sedang dia termenung begitu, berhentilah 1 motor yg ditunggangi oleh seorang pemuda cacat fizikal.

Dipendekkan kisah, pemuda itu telah hadiahkan dia wang 1 ringgit.. Alhamdulillah.

Kurang sikit sahaja pun, tak boleh lepas besi tol nan sebatang itu. Apa cerita di akhirat ?  Kalau kurang 50 sen, macam mana ?  Kalau ada banyak selawat keatas Nabi saw, ada harapan jugalah untuk dapat syafaat..

Kerana itu, janganlah remehkan kebaikan, walaupun hanya ibarat sekadar pembalut steering satria.

Comments

Popular Posts