Persediaan

Assalamualaikum ,

SUAMI YG SALEH TAK MAMPU MEMBANTU

At-Tahrim : 10

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ

كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صٰلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا

فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْـًٔا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدّٰخِلِينَ

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir.

Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing),

maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".

Ayat di atas sudah sangat jelas, dan tidak perlu dikupas lagi. Setiap orang akan diberi balasan sesuai dengan apa yg dia usahakan.

Kita tidak boleh mengharapkan hubungan kekeluargaan untuk menghalang hukuman Allah di akhirat nanti. Isteri Nabi Nuh as dan Nabi Lut as telah khianat kpd suami masing2. Suami mereka pula adalah pesuruh Allah, berarti mereka sudah melakukan pengkhianatan yg sangat besar. Khianat kpd suami dan khianat kpd pesuruh Allah. Mereka telah dijanjikan JAHANNAM : Masuklah kamu ke dalam jahannam bersama2 orang yg masuk !

Syukur kpd Allah kerana kita masih berada di dunia, dan peluang untuk memperbaiki diri sendiri masih sangat luas. Setiap kebaikan, walaupun sekecil mana pun, akan sangat bernilai di akhirat nanti.. Janganlah lepaskan peluang yg masih ada ini.

Perbaikilah diri dengan mendahulukan yg ASAS dan UTAMA dahulu. Jangan mendahulukan perkara2 yg cabang, sedangkan yg pokok kita cuaikan. Kalau yg pokok itu tumbang, yg cabang pun akan ikut tumbang sama..

Jika di dunia ini, ayah kita ialah seorang hartawan, maka besarlah harapan kita untuk mewarisi harta ayah, selagi kita kekal sebagai seorang MUSLIM. Jika kita bertukar agama dan menjadi orang KAFIR, kita tidak akan dapat mewarisi harta ayah walau sedikit pun..

Di akhirat nanti, walaupun ayah kita seorang trillionair, kita tidak akan dapat mewarisi walau sedikit pun, jikalau di dunia ini kita INGKAR kpd Allah. At-Tahrim : 7

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ ۖ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang kafir, janganlah kamu mengemukakan uzur pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan.

Ayah kita boleh bermohon kpd Allah, dan samaada Allah akan kabulkan atau tidak, itu terpulanglah kpd Rabb kita.

KISAH DI ZAMAN JEPUN

Sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, di kampung saya ada seorang lelaki yg rajin berladang ubi kayu. Apabila Jepun datang, dan makanan menjadi sangat kurang, orang tersebut tiada masaalah tak cukup bahan makanan, kerana ubi kayunya cukup banyak.

Orang kampung yg tiada persediaan, memang cukup gawat. Kerana tiada makanan yg lain, mereka pun datang kpd orang tadi untuk membeli ubi kayu. Suasana sukar telah menukarkan petani ubi kayu menjadi tauke yg banyak wang.

Kelebihan orang itu ialah dia sentiasa rajin berusaha. Ketika orang lain bersenang lenang, dia berusaha meluaskan tanaman ubi kayunya. Dia tak ikut sama tidur macam orang lain...

Tiada siapa yg menjangka Jepun akan datang, dan kehidupan menjadi begitu sukar. KEGAWATAN datang dengan tiba2. Kalau tiada persediaan, tanggunglah sendiri.

Untung jugalah itu sekadar kegawatan akibat peperangan, yg mana mereka masih boleh berusaha. Bagaimana jika tidak boleh berusaha lagi walau sedikit pun ?

Pergunakanlah masa mudamu sebelum tua
Lapang sebelum sibuk
Sihat sebelum sakit
Berharta sebelum jatuh miskin
Dan hidup sebelum mati

Beringat sebelum kena
Berjimat sebelum habis..

GUNAKAN WAKTU LAPANG SEBAIK-BAIKNYA

Kenapakah Allah memberi waktu lapang kpd kita ?  Sudah tentu agar kita dapat menggunakannya untuk berusaha. Tetapi ada orang yg beranggapan, waktu lapang itu ialah untuk bersenang lenang, dan waktu sibuk pula untuk berusaha..

Kenapa Allah memberi keluasan harta kpd kita ?  Supaya kita dapat menafkahkannya dan menjadikannya modal untuk lebih berjaya. Di samping itu, harta itu kita patut simpan sebahagiannya untuk masa hadapan. Bukan untuk kita bersikap bakhil, tamak dan enjoy..

Suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda yg banyak harta yg dia warisi dari orang tuanya, dalam bentuk kebun kelapa.. Berpuluh2 ekar banyaknya. Waktu itu, dia masih muda, sihat dan hensem pula.

Dia malas berusaha. Kebunnya dijual 1 persatu, untuk dia enjoy. Memang enjoy habis.

Setelah dia tua, lemah dan ramai anak, kebunnya tinggal sedikit. Sangat sedikit kerana kebanyakannya dah habis di jual. Anak2nya pun memendam rasa marah, kerana kebun yg begitu luas sudah tiada lagi.. Berhempas pulaslah anak2 nya untuk menyara hidup tanpa sebarang hartanah dari orang tuanya.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Orang itu hanya mampu tersenyum pahit apabila melihat harga tanah kebun meningkat hingga ratusan ribu ringgit. Dulunya dia jual murah sahaja, hingga hampir habis tanah kebunnya.

Ada waktunya orang itu akan menumpang di rumah saudara maranya.. dan ada kalanya di rumah anaknya sendiri yg tinggal jauh dari sini.

Sekarang, orang itu sudah berpindah dari dunia yg fana ke alam yg baqa.

Di alam yg sana itu pula, keadaan adalah lebih gawat lagi jika SOLAT KITA HANCUR !  Mahukah kita makan PADI HAMPA yg direbus ?  Sudah tentu kita mahukan beras dari padi yg bernas, bukan ?

Comments

Popular Posts