Benteng diri

Al-An'am : 7

وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتٰبًا فِى قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata".

Mudah sahaja mereka menuduh sihir. Tahukah mereka apa itu sihir ? 

Sihir berlaku apabila kita melihat, mendengar dan merasa dengan menggunakan deria batin. Keajaiban berlaku diperingkat bukan jirim, yg berarti tiada perubahan pada peringkat atom dan jisim. Yang berlaku ialah penipuan diperingkat yg lebih halus, atau alam yg lebih halus. Apa yg kita lihat telah dikelirukan oleh makhluq2 halus. Makhluk halus memanglah tidak mampu melakukan perubahan pada jirim  kerana mereka berada di alam yg berbeza.

Menuduh orang melakukan sihir memanglah mudah. Firaun telah menuduh Nabi Musa as melakukan sihir, tetapi ahli2 sihir Firaun mengakui bahawa tongkat Nabi Musa as sememangnya benar2 berubah menjadi ular. Mereka dapat membezakan penglihatan mata yg terkeliru dengan sihir dan penglihatan yang benar.

Tali yg dicampakkan oleh ahli2 sihir Firaun pula tidaklah bener2 berubah menjadi ular. Tiada peeubahan pada jirim. Yang berlaku ialah penglihatan penonton telah di rangsang untuk melihat dengan menggunakan deria batin, dan tali itu telah dikelirukan kewujudannya menjadi seakan2 ular yg gesit.

Orang2 Arab di zaman Nabi Muhammad saw bukanlah pakar dalam ilmu sihir. Apa sahaja yg ajaib, mereka akan tuduh sahaja sebagai sihir. Itulah tusuhan yg main agak2 sahaja, sekadar bertujuan mahu menyalahkan orang dan enggan beriman.

Orang2 musyrik itu adalah orang2 yg jahil. Mereka minta mukjizat, tetapi apabila di datangkan mukjizat itu, mereka tuduh pula sebagai sihir yg nyata. Sihir itu melibatkan pekerjaan syaitan. Dengan memperalatkan gangguan deria batin, sihir dapat menjadikan suami isteri bermusuhan. Benda yg palsu kelihatan benar. Dan orang2 yg tidak berilmu akan tertipu.

Tetapi syaitan pun ada kelemahannya. Salah satu kelemahan syaitan ialah mereka akan lemah apabila berhadapan cahaya mukmin yg memancar dengan terang. Apabila seorang Mukmin ingat Allah dengan sepenuh konsentrasi, dan menembaknya dengan nur yg terang benderang, syaitan2 kecil akan menyingkir, dan tidak mampu berhadapan dengannya. Mungkin ada di antara syaitan itu yg masih mampu menentang, tetapi mereka akan terasa begitu tidak selesa.

Ini bermakna, orang mukmin yg khusuk hatinya dalam zikrullah tidak mudah diganggu oleh syaitan. Orang mukmin ada kelebihan kerana dirinya diliputi cahaya, dan keiklasannya kpd Allah sukar digugat. Ketika di dalam tidur pun, tubuhnya akan selalu berada di dalam cahaya.

Ini tidaklah bermakna dia akan kebal 100 %  dari usikan syaitan. Kalau syaitan tidak mampu masuk ke dalam tubuhnya, mereka masih boleh melontar dan membisik. Syaitan juga boleh menyerang di saat yg tidak terduga dan secara rahsia.

Kerana itu,  tawakkallah kpd Allah dan mohonlah perlindungan Nya. Dia ialah pelindung orang2 yg beriman, yg mengeluarkan mereka dari kegelapan kpd cahaya.

Syaitan adalah musuh yg nyata bagi kita. Ya Sin : 60

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",

Nyatanya syaitan itu, bukanlah kerana ia nyata pada penglihatan mata. Dari segi itu, syaitan panadai menyembunyikan diri dan mengelirukan kita. Nyata itu bermakna obvious, atau jelas pada kefahaman dan penilaian.

Apakah fitrah syaitan ? 

1. Syaitan suka kpd perkara keji dan mungkar. Lebih besar kekejian dan kemungkarannya, maka lebih gemarlah dia.

2.  Syaitan bersifat antisosial. Ia suka kpd kerosakan, pergaduhan, dengki, khianat, dan segala perkara yg tidak baik.

3. Syaitan suka kpd benda yg najis, busuk dan kotor. Apa yg busuk pada kita , menjadi wangi pada mereka.. Apa yg kotor pada kita, menjadi indah dan menarik pada mereka. Itulah yg dikatakan fitrah.

4. Syaitan pandai menipu, pandai sihir, dan pandai mengelirukan. Jangan sangka apabila terangkat hijab yg menutup kita, kita tidak akan tertipu lagi.. bahkan banyak yg terjadi ialah mereka akan semakin mudah tertipu, keculI yg ikhlas dan berilmu. Jadi, senjata syaitan yg paling utama ialah tipu helah, dan bukannya perlawanan direct.

5. Mereka sukakan kegelapan, dan membawa kpd kegelapan. Nur yg terang pula tidak disukainya, dan syaitan akan rasa tidak selesa berada di zone terang. Bukan sekadar terang yg di mata kasar, tetapi yg lebih utama ialah terang yg di alam metafizik, iaitu alam mereka.

Penciptaan syaitan adalah salah satu dari rahsia Allah.. Allah lebih mengetahui dan Maha Mengetahui.

Syaitan adalah ibarat kuman yg membawa penyakit. Bagaimana kita menentang kuman penyakit, begitulah juga caranya kita melawan syaitan.

Dalam melawan penyakit bawaan kuman, yg paling penting ialah kekuatan dalaman kita sendiri, yg terdiri dari antibodi, sel2 darah putih, kulit tubuh, mukosa, silia, minyak pada kulit, telinga dll...

Jika kekuatan ini dipertingkatkan, in sya Allah, kita tidak akan mudah dijangkiti kuman. Tetapi apabila kita lemah, spt dijangkiti virus HIV, Limphoma, leukemia, diabetes dan luka, maka kita akan sangat mudah dijangkiti kuman.

Sudah tentu, kekuatan diri yg paling ampuh untuk menahan dari iblis ialah keikhlasan atau sifat MUKHLIS. Bukan sahaja ia merupakan kekuatan kerohanian yg sangat ampuh, bahkan tanpa ikhlas, kita tidak akan dapat menjadi hamba Allah yg sebenar.

Al-Hijr : 39 - 40

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

Allah telah mengakui bahawa hambaNya yg sebenar tidak akan dapat dikuasai atau dipengaruhi oleh Iblis.

Al-Hijr : 41 - 42

قَالَ هٰذَا صِرٰطٌ عَلَىَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya).

إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطٰنٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.

Kekuatan diri kedua ialah zikrullah. Hati selalu khusuk dalam zikrullah. Bukan hanya sebutan di mulut, tetapi hatinya menumpu kpd hal2 yg lain.

Apabila kita selalu ingat kpd Allah, maka Rabb kita pun akan ingat kpd kita :
Al-Baqarah : 152

فَاذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

Sabda Rasulullah saw yg bermaksud
“Dan aku memerintahkan kalian untuk mengingat Allah kerana perumpamaan mengenai hal itu seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuh-musuhnya hingga ia sampai di sebuah benteng kukuh yang melindungi dirinya dari mereka. Sama halnya dengan seorang hamba tidak akan dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan mengingat Allah ” . (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi Muhammad  saw :   "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya di atas hati anak Adam,  maka jika manusia ingat kepada Allah,   maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,   dipatuklah hatinya"  (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Apabila hati kita selalu khusuk ingat kpd Allah, diri kita akan dipenuhi cahaya, dan disinari cahaya dari atas. Syaitan tidak suka kepada cahaya. Kerana itu, syaitan yg berada di dalam tubuh kita akan segera pergi...

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:   "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,  aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"  .  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

As-Sajdah : 13

وَلَوْ شِئْنَا لَءَاتَيْنَا كُلَّ نَفْسٍ هُدٰىهَا وَلٰكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّى لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari pada-Ku: "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama".

Apa yg saya faham, iblis adalah dari jenis jin. Syaitan pula adalah keturunan iblis hasil peekahwinannya dengan  jin. Allahu a'lam.

Tetapi iblis dan syaitan tidak akan merbahaya kpd kita jika kita benar2 ikhlas dan hati kita selalu khusuk ingat Allah.

Sebaik2 pertahanan diri daripada keburukan syaitan ialah IKHLAS dan ZIKRULLAH.

Penzahiran dari  ZIKRULLAH  ada banyak..

Seorang lelaki telah pergi ke luar negara untuk melancung. Ketika berada di sana, dia telah membeli 1 barang untuk temannya yg di Malaysia.

Setelah barang itu diserahkan kpd temannya yg menyambut dengan sepenuh kegembiraan, temannya berkata  :  "  Ingat juga kau kat aku ye .. "

Hadiah itu ialah yg zahir. Ingat yg sebenar adalah di hati.

Ada 1 orang ahli perniagaan yg selalu pergi keluar negara.. Setiap bulan dia pergi ke luar negara, dan apabila pulang, dia pun sentiasa tidak lupa untuk membelikan buah tangan untuk isterinya..

Entah macam mana, pada 1 hari rahsianya telah terbuka.

Dia sudah ada isteri kedua yg lebih muda dan cun dari isteri yg pertama. Isteri keduanya itu telah dibelikan sebuah apartment yg istimewa di sana..

Ingat sungguh dia kan ? 😃😃😃

Ingat, tapi tak benar2 ikhlas..😁😁😁

Isteri pertama cakap : 

Kalau betul2 ingat pada saya, tentu abang tak kahwin lain.

Buah tangan yg abang belikan tu, semuanya abang belikan bukanlah kerana sayang pada saya, tapi hanya untuk menutup perkahwinan abang yang satu lagi .

Cinta dan takut kpd Allah adalah 2 perkara asas yg paling penting yg menggerakkan seorang mukmin untuk beribadah kpd Allah .

Semakin bertambah kedua2 perasaan tersebut maka bertambah baiklah ibadahnya itu .

Cinta kpd Allah itu menimbulkan kerinduan kepadaNya diikuti perasaan ingin bertemu denganNya .

Orang yg rindu kepada Allah akan mengharapkan pertemuan denganNya .

Itulah yg disebut dlm surah al ankabut : 5
- مَن كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَءَاتٍ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Berkatalah Abu Usman bin Sa'id :  Ayat ini sebagai penenang bagi para perindu

Kekuatan diri yg ketiga daripada terobosan syaitan ialah TAWAKKAL.. An-Nahl : 99

إِنَّهُۥ لَيْسَ لَهُۥ سُلْطٰنٌ عَلَى الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.

Syaitan akan menggunakan rasa CEMAS dan KEBIMBANGAN yg ada di dalam diri kita untuk menyuntik penyakit dan perasaan was-was. Kita akan jadi RISAU dan ZIKRULLAH kita akan terganggu. Kita akan lebih banyak menumpukan hati kita kpd problem yg kita risaukan itu berbanding ZIKRULLAH...

Maka terbukalah lawang untuk syaitan membisik dan menggoda.

Allah ada Rabb Yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah yg mencipta dan memelihara kita semenjak kita hanya wujud dalam bentuk dua sel hingga saat ini. Itu semua adalah kerja Allah..

Kita tidak perlu fikirkan dan risaukan kerja Allah.

Kita hanya perlu lakukan kerja kita, iaitu menjadi hambaNya yg sebenar.

TUAN PUNYA DIRI KITA itu sangat suka diingat dan disembah. Apabila kita ingat kpd Nya, Dia akan ingat kita. Apabila kita melakukan banyak perkara yg Dia suka , akhirnya Dia akan sayang kpd kita.

Apakah yg paling Dia suka kita lakukan ? 

1. Dia sangat suka  diingat dan disembah
2. Dia lebih suka kita melakukan yg Dia wajibkan
3. Dia lebih suka jika kita melakukan kebaikan dengan berterusan walaupun sedikit2, berbanding hangat2 tahi ayam..

1 hari ketika sedang bersantai di sebuah warung kecil, saya perhatikan seorang sepupu saya kelihatan relax sahaja. Senyum , ketawa , dan lansung tiada kelihatan tanda2 stress atau bimbang, padahal dia ada beberapa buisness yg perlu diuruskan setiap hari ..

Dia ada 3 buah lori yg diuruskan dan dipandu oleh pekerjanya. Dia ada nursery tanaman yg juga dijaga oleh pekerjanya. Ada projek pembinaan yg diuruskan oleh pekerja kepercayaannya. Dan dalam masa yg sama dia sedang memulihkan 1 koperasi yg tenat, dengan upah yg kecil. Tetapi dia dapat relax, macam orang yg tiada apa2 masaalah.

Saya tanya :  Kenapa saya lihat awak ni tenang sahaja, padahal ada banyak kerja ?
Dia jawab :  Kita kena percaya kpd pekerja kita. Jangan jadi macam      ...       yg langsung tak ada kepercayaan kpd pekerjanya. Itu yg dia jadi susah .

Begitulah lebih kurang nasihat sepupu saya itu. Nasihat yg mudah, tetapi bernas.

Kesimpulan yg saya boleh ambil ialah, ambil pekerja yg bagus dan kita boleh percaya. Setelah itu berikan panduan yg betul dan serahkan tugas kpdnya. Kemudian, kita kena beri kepercayaan kpd pekerja kita itu untuk menyempurnakan tugasnya dengan baik. Jangan terlampau ragu dengan keupayaannya, dan jangan terlampau risau akan pekerjaannya.

Apa yg orang sering bimbangkan ?

1.  Akhiratnya, takutkan neraka
2.  Penyakit, takut kena penyakit kronik dan kematian
3.  Masa depan anak2
4.  Takut suami berpoligami

Tetapi bila kita fikirkan, bukankah semua yg dibimbangkan itu adalah kerja Allah.. ?

Sejak kita masih di dalam kandungan ibu, kita dipelihara oleh Allah dengan sebaik2nya, sehingga kita dewasa begini. Itulah kerja Allah, iaitu sebagai PEMELIHARA / AL HAFIDZ .

Allah adalah sebaik2 pemelihara, dan tiada PEMELIHARA yg lebih baik darI Allah.

Di dunia dan di akhirat, Allah adalah sebaik2 pemelihara. Itulah kerja Allah. Tak baik jika kita ambil kerja Allah, Rabb kita. Biarkan Allah dengan kerjaNya, dan kita dengan kerja kita. Itulah namanya TAWAKKAL.

Sepupu saya itu cerdik, dan sebagai buktinya dia serahkan sepenuh kepercayaan kpd pekerjanya untuk jalankan tugasnya. Jadi, dia happy... tak ada kerisauan. Apa nak dirisaukan kerana dia sudah memilih pekerja yg dia rasakan terbaik.

Apakah Allah bukan pemelihara yg terbaik ?  Sudah tentu 100 %  Allah adalah pemelihara yg terbaik.. Mana ada pemelihara yg lebih baik dan bijaksana selain dari Allah ? 

Jadi, tawakkallah kpd Allah. Kita pula selesaikan kerja kita, dan jangan selesaikan kerja Allah..

Apa agak2nya kerja kita ? 

1.  Az-Zariyat : 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

2.  Al-Bayyinah : 5

وَمَآ أُمِرُوٓا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَيُؤْتُوا الزَّكٰوةَ ۚ وَذٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Itulah kerja kita. Ingat Allah, sembah Allah dan berusaha.

Al marhum guru hj Ismail pernah berpesan kpd saya :  Kau pegang 1 ayat ini sahaja sudah cukup , " Al-Baqarah : 152

فَاذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.  " .

Apabila kita ingat kpd Allah, Dia akan ingat kpd kita. Dia akan jaga segala keperluan kita. Jika ada sebarang kesusahan, itu semua adalah dari Dia juga, dan Dia yg akan menyelesaikannya. Barangkali, kesusahan itu adalah ujian Allah kpd kita, kerana Dia mahu berikan sijil atau hadiah.

Kita tidak boleh persoalkan pemberianNya dan keputusanNya.. walau sedikitpun. Redha sahajalah..

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (  surah at Talak : 3 ) .

Sangat beruntung orang yg mencapai tahap YAKIN UNTUK MENYERAHKAN TAQDIR NASIBNYA KPD ALLAH. Orang itu adalah orang yg sudah mengenal Allah Yg Maha Mengetahui, Maha Pemelihara, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Nikmal Maula Wa Nikman Nasir .

Ketika kita di dalam kandungan ibu, tiada siapa yg memelihara kita melainkan Allah. Semua urusan keselamatan kita terserah kpd Allah. Ibu bapa kita hanya melakukan apa yg mereka dipeeintahkan sahaja.

Setelah kita mampu berfikir dan berusaha, kita sudah berubah, tidak spt dahulu.. Kita menjadi orang yg banyak risaukan kerja Allah berbanding kerja kita sendiri.

Kerja Allah ialah PEMELIHARA YG TERBAIK. Kerja kita ialah ingat kpd Allah dan menyembah Dia.

Lalui sahaja hidup ini dan usahakanlah apa sahaja yg kita fikir sesuai.. Setelah itu, janganlah RISAU lagi.

Apa gunanya risau yg memenuhi hati kita, kerana hati kita itu hanyalah untuk Allah. Dengan hati kita itulah kita mencintaiNya dan mengingatiNya..

Jika hati kita sudah dipenuhi dengan KERISAUAN ..  maka apa yg tinggal lagi untuk mengingati Allah ? 

Allah sudah berulang kali menasihatkan kita agar jangan risaukan TAQDIRNYA. Serahkan sahaja Taqdir itu kpd Nya..

Comments

Popular Posts