RABB YANG SUKA DISEMBAH


1. RABB YANG SUKA DISEMBAH DAN DIINGATI

Ta Ha : 14

إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.

Allah sangat suka disembah dan diingat. Semakin banyak disembah dan dan diingat, semakin bertambah gembiralah Dia kepada kita. Dia akan ampunkan dosa2 kita dan akan memberikan segala macam kebahagian kepada kita.

Semakin merendah diri manusia kepada Allah, maka semakin tinggilah Allah naikkan darjatnya, dan semakin hampirlah dia kepada Rabb-Nya. Dia nanti akan menemui Rabb-nya dalam keadaan yg sangat gembira tiada taranya...

2. ALLAH BERSEDIA HAPUSKAN SEMUA DOSAMU JIKA ...

Al-'Ankabut : 7

وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ الَّذِى كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.

Pintu keampunan Allah sangatlah luas. Barang siapa yg beriman kpd-Nya, mentauhidkan-Nya, dan membanyakkan amal kebaikan, maka Allah benar2 akan ampunkannya. Bersikap positiflah dengan Allah.

Perbanyakkan ingat kepada-Nya, dan dirikan solat. Kenanglah selalu bagaimana Dia telah limpahkan seribu satu macam nikmat kepadamu. Dengan tubuhmu yg sihat dan segar, engkau dapat tidur dengan nyenyak.

Fikiranmu pun lapang dan hatimu pun  tenang. Engkau tidak risau akan apa yg akan dimakan pada hari ini dan hari2 yg mendatang, kerana semuanya sudah tersedia. Bahkan ada kalanya engkau menzalimi dirimu sendiri dgn berlebih2an makan dan minum, hingga tubuhmu pula yg berpenyakit kerananya.

Telah begitu banyaklah kesalahan yg engkau lakukan kepada Tuhanmu, tetapi Dia lanjutkan usiamu, untuk memberimu peluang kembali kepada-Nya. Kerana itu, perbanyakkanlah ingat kpd-Nya, dan dirikanlah solat...

3. SOLAT MALAM ATAU TAHAJJUD

Al-Isra' : 79

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسٰىٓ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

Daripada Aisyah r.a beliau berkata:
Baginda bangun berqiamullail sehingga bengkak-bengkak kakinya.” 
Aisyah pun bertanya “Kenapa engkau beribadah sebegini Ya Rasulullah sedangkan dosa-dosa engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?”
Rasulullah SAW pun bersabda: “Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yang berdoa akan ku perkenankan. Siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim )

Sabda Nabi s.a.w:  Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun di sepertiga yg akhir dan tidur semula seperenam yg terakhir.  Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari.
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

4. HIDUP UNTUK ALLAH

Al-Ahzab : 28

يٰٓأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لِّأَزْوٰجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.

Bukanlah Islam menolak harta benda atau perhiasan duniawi, tetapi Islam menolak ia dijadikan matlamat hidup. Harta adalah alat untuk beribadah. Sementara ibadah pula diperintahkan agar manusia bertaqwa kpd Allah.

Kehidupan dunia hanyalah sementara. Bahkan dalam perhitungan di alam yg lebih tinggi, hidup di dunia ini tidaklah sampai sehari. Tentulah amat rugi jika manusia menjadikan yg sementara sebagai matlamat, sedangkan yg kekal abadi di qurbankan pula.

5. WAL WAZNU YAUMAIZIN AL HAQ

Al-A'raf : 8

وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَتْ مَوٰزِينُهُۥ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Hiduplah dalam kebenaran, dan matilah dalam kebenaran. Sedangkan kebenaran itu datangnya dari Allah. Islam adalah kebenaran. Ibadat dan taqwa adalah kebenaran. Tawakkal adalah kebenaran. Taqdir Allah adalah kebenaran. Akhirat adalah kebenaran. Hari pengadilan adalah kebenaran. Kebahagian dan azab akhirat adalah kebenaran.

Kelalaian adalah kepalsuan dan kezaliman. Begitulah juga kemunafikan, kesyirikan dan kekufuran.

Jadilah hamba Allah yg selalu ingat kpd-Nya, takut kpd-Nya dan cinta kpd-Nya. Orang Mukmin itu sangatlah cinta kpd Allah, dan Rabb mereka pun cinta kpd mereka. Mereka menjadikan Allah sebagai matlamat hidup mereka, dengan cogan kata , " ALLAH ADALAH MATLAMAT KAMI , ALLAHU GHOYATUNA, ALLAHU AKBAR " .

6. KEDUDUKAN TINGGI DI SISI RABB MEREKA

Yunus : 2

أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَآ إِلٰى رَجُلٍ مِّنْهُمْ أَنْ أَنذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ الْكٰفِرُونَ إِنَّ هٰذَا لَسٰحِرٌ مُّبِينٌ

Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka: "Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka". Orang-orang kafir berkata: "Sesungguhnya orang ini (Muhammad) benar-benar adalah tukang sihir yang nyata".

Bodoh dan dungu sekali manusia itu yg menolak darjat yg tinggi di samping Allah. Mereka ditipu oleh nafsu jahat yg tidak terkendalikan. Seronok dengan harta benda dan puji puja manusia, sedangkan kesakitan dan kematian selalu menegur mereka. Setiap kali datang teguran itu, mereka hanya tersengih, ketawa dan berpaling.
Apabila mereka melihat azab Allah, ucapan mereka hanyalah, " SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH ORANG-ORANG YG ZALIM " . 

Tiada gunanya penyesalan mereka di hari itu, kerana kehidupan di dunia ini hanya sekali. Hidup ini amat berharga, hanya sekali, dan tiada gantinya ...

7. RABB YANG AGUNG

As-Saffat : 6

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَآءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ

Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang .

Kaukab-kawakib ialah planet atau bintang.

Indah sungguh langit dunia di malam hari. Bintang2 yg bergemerlapan, dalam jumlah yg tidak terkira banyaknya. Mengira sahaja pun manusia ini sudah tidak mampu, apatah lagi menziarahi atau menciptanya.

Jarak di antara bintang2 itu berjuta2 tahun cahaya, dan saiznya tidak terhingga besarnya. Kepanasan habanya, dan simpanan tenaga di dalam setiap bintang itu, Allah sahaja yg mengetahuinya.

Semua itu diciptakan Allah dengan begitu mudahnya, iaitu dengan kalimat , " KUN "  ,  maka jadilah ia.  Sesungguhnya Allah ciptakan itu semua adalah sebagai perhiasan, dan sebagai bukti bahawa dia adalah Rabb yg sebenar, yg Maha Berkuasa.

8. SANGKAKALA

As-Saffat : 19

فَإِنَّمَا هِىَ زَجْرَةٌ وٰحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ

Maka sesungguhnya kebangkitan itu hanya dengan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka meIihatnya.

Teriakan 1 kali ini menurut tafsiran Hassan Bisyri ialah teriak panggilan bangun, iaitu panggilan yg kedua dengan terompet sangkakala yg ditiup oleh Malaikat Israfil.

Ketika itu, manusia pun seperti tersentak dari tidurnya yg nyenyak, dan  melihat dengan nyata akan kebenaran Hari Kebangkitan yg dijanjikan.

Ya Sin : 52

قَالُوا يٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya).

Pada hari itu, hati kebanyakan manusia akan dipenuhi penyesalan, kerana mereka kekurangan persediaan. Ada yg telah mendustakan hari kebangkitan, ada yg memandang ringan, dan tidak kurang juga yg menangguh2kan taubat mereka.

Hanya sebahagian kecil sahaja yg diliputi kebahagiaan.  Mereka tidak bimbang, takut atau berduka cita, kerana Allah benar-benar akan memenuhi janji-Nya.

9. KEMULIAAN HIDUP

Al-Jasiyah : 13

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.

Semua yg ada di langit dan di bumi telah ditundukkan untuk manusia. Alangkah pentingnya kedudukan manusia, sehingga Allah menundukkan semuanya itu untuk kita.

Tetapi di manakah letaknya kemuliaan manusia ?  Kemuliaan manusia bukannya terletak pada penguasaan mereka ke atas langit dan bumi, kerana semuanya itu memang telah ditundukkan oleh Allah untuk kita.

Sesungguhnya kemuliaan manusia terletak pada hubungannya dengan Allah, iaitu menjadi HAMBA ALLAH. Kelihatannya begitu mudah dan ringkas, tetapi itulah hakikatnya. Solat, ibadat, hidup dan mati adalah untuk Allah, itulah kemuncak ikrar perhambaan manusia kpd Allah.

Sebaliknya apabila matlamat hidup dan mati adalah untuk kepuasan hawa nafsu semata2, maka jadilah mereka HAMBA kpd HAWA NAFSU..

Al-Jasiyah : 23

أَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُۥ هَوٰىهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلٰى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلٰى سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلٰى بَصَرِهِۦ غِشٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

10. ALLAH ADALAH MAULA ORANG BERIMAN

Muhammad : 11

ذٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ ءَامَنُوا وَأَنَّ الْكٰفِرِينَ لَا مَوْلٰى لَهُمْ

Yang demikian itu karena sesungguhnya Allah adalah pelindung orang-orang yang beriman dan karena sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak mempunyai pelindung.

Apabila manusia benar2 beriman kpd Allah, maka Allah akan benar2 menjadi pelindung atau MAULA mereka.

Kesukaran2 hidup yg mereka hadapi hanyalah ujian dari Allah untuk memisahkan yg benar dari yg dusta. Janganlah anggap ujian Allah seperti sakit dan gangguan dengan anggapan yg salah, sehingga hilanglah tawakkalmu kepada-Nya. Kerjakanlah sahaja apa yg Allah perintahkan dan sukai ... Al-Ahzab : 41-42

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, INGATlah  Allah, dengan INGATAN yang sebanyak-banyaknya.

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang

Comments

Popular Posts