ENGKAU TELAH BERJAYA

1. ENGKAU TELAH BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Waktu berlalu begitu pantas, dan umur kita makin bertambah. Setiap hari kita semakin menghampiri apa yg kita takuti, iaitu tamatnya tempoh tinggal di dunia yang sementara ini.

Pelbagai nikmat sudah kita rasakan. Ada yang mengusahakan taqwa dan amal saleh, mudah-mudahan mereka akan bertemu Rabbnya dalam keadaan gembira dan puas. Berbaloi sungguh hidup yang dipenuhi kebajikan dan keikhlasan, sebagaimana beruntungnya orang yg mampu bersara dari pekerjaannya dengan jaminan kebahagiaan.

Walaupun jalan taqwa itu mendaki lagi sukar, tetapi ia adalah barter trade yg sangat menguntungkan. Bekerja keras di dunia ini dengan pertukarannya kebahagiaan pertemuan dengan Penciptanya, dan Dia akan memberi kepada hambaNya itu apa sahaja, sehingga dia benar-benar puas, selama-lamanya..

Kenapa engkau masih mengutamakan kehidupan di dunia ini, dan meringan-ringankan Akhirat, sedangkan apa yang engkau imani itu adalah benar ?  Kematian itu benar, barzah itu benar, mahsyar itu benar, pengadilan dan pertemuan dengan Ilahi itu benar, penimbangan amal itu benar dan syurga neraka itu benar.

Engkau bercita-citalah yg paling tinggi, mulia dan ikhlas, iaitu pertemuan dengan Rabbmu, kerana ia benar. Engkau tidak akan rugi selama-lamanya jika engkau menjadikan Rabbmu itu sebagai matlamat hidupmu.

Bukankah engkau pasti akan tinggalkan semua keduniaan yg engkau ada ini, dan kematian itu pula tidak engkau tahu bila saat kedatangannya ?  Bulatkanlah cita-cita hidupmu itu untuk pertemuan dan keredhaan Rabbmu, pasti engkau tidak akan menyesal..

Engkau akan terbang meninggalkan dunia yg fana ini dengan senyum manis kegembiraan kerana misi ujian mu telah selesai, dan engkau telah berjaya dengan grade yg sangat cemerlang.

Al-Kahf : 110

قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحٰىٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap PERTEMUAN dengan RABBnya, maka hendaklah ia mengerjakan AMAL YG SALEH dan janganlah ia MEMPERSEKUTUKAN seorangpun dalam IBADAH kepada Rabbnya".

2. MAKSUD FASIQ

An-Nur : 4

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنٰتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمٰنِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهٰدَةً أَبَدًا ۚ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْفٰسِقُونَ

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang FASIQ.

Islam bukanlah hanya merupakan agama PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH, tetapi juga PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA DAN ALAM.

Hubungan sesama manusia perlulah dipelihara, agar masyarakat hidup dalam aman dan bahagia. Menuduh orang-orang yg baik melakukan zina adalah keluar dari kebenaran, keluar dari ketaatan atau keluar dari istiqamah dalam beragama. Ia adalah DOSA BESAR dan FASIQ.

Asal kata perkataan FASIQ ialah KELUAR (dalam keadaan rusak) .  Dari segi pengertian agama pula, orang fasiq adalah orang yg keluar dari ketaatan, kebenaran, atau keluar dari istiqamah beragama. Boleh jadi ia telah benar-benar sampai ke tahap KUFUR, dan boleh jadi juga sekadar melakukan DOSA BESAR. 

Menuduh orang berzina secara tidak benar adalah dosa besar. Allah telah menentukan hukumannya sebagaimana tersebut di dalam ayat tersebut, dan kesaksian mereka akan ditolak selama-lamanya. Na'uzubillah minzalik.

3. BERGEGAS DAN BERLARI

Ta Ha : 83

وَمَآ أَعْجَلَكَ عَن قَوْمِكَ يٰمُوسٰى

Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu, hai Musa?

Nabi Musa as telah bergegas-gegas menuju kepada pertemuan dengan Rabb-nya, sambil meninggalkan pengikut-pengikutnya di belakang.  Maka Allah pun berfirman, bertanyakan akan sebabnya. Jawab Nabi Musa as ...

Ta Ha : 84

قَالَ هُمْ أُولَآءِ عَلٰىٓ أَثَرِى وَعَجِلْتُ إِلَيْكَ رَبِّ لِتَرْضٰى

Berkata, Musa: "Itulah mereka sedang menyusuli aku dan aku bersegera kepada-Mu. Ya Tuhanku, agar supaya Engkau ridha (kepadaku)".

Jiwa-jiwa yg sudah bangun dari tidurnya, akan segera berlari menuju kepada Yang Maha Pencipta.

4. MENETAPKAN ATAS DIRINYA KASIH SAYANG

Al-An'am : 12

قُل لِّمَن مَّا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُل لِّلَّهِ ۚ كَتَبَ عَلٰى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلٰى يَوْمِ الْقِيٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوٓا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi". Katakanlah: "Kepunyaan Allah". DIA TELAH MENETAPKAN ATAS DIRINYA KASIH SAYANG. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman.

Allah hanya akan mengazab orang yg zalim, berpaling dari kebenaran dan enggan bertaubat kepada-Nya. Hanya ada 1 kesalahan sahaja yang Allah PASTI tidak akan ampunkan, iaitu orang yg mati dalam keadaan musyrik atau mensyirikan Allah. Dalam agama, syirik adalah kezaliman yg paling besar.

Oleh itu, bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, dan penuhilah hidup dengan amal saleh, kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

5. BERSEDIA DAN BERHATI-HATILAH

Hidup di dunia ini hakikatnya ialah ujian dari Allah. Di antara ujian yg besar ialah apabila anda mendapat puji-pujian yg tidak putus2 dari manusia. Maka bersabarlah, dan jernihkan hati dan mindamu. Engkau akan segera sedar bahawa SEGALA PUJIAN ADALAH UNTUK ALLAH.

Bahkan semua kebaikan dan kelebihan yg ada pada kita adalah ujian dari-Nya.. Maka janganlah sampai engkau terpesona dgn segala kata-kata manis manusia itu, kerana ia sesungguhnya akan melalaikanmu dari persediaanmu yg hakiki.

Beriman dan bertaqwalah kepada Allah. Renunglah kekurangan dirimu. Solatmu, akhlakmu kepada Allah,  dan pelbagai kesalahan yg telah engkau lakukan sebelum ini, dan yg belum engkau lakukan. Dan nanti engkau akan bersendirian di hadapan Allah. Entahkan cukup atau tidak bekalanmu ketika itu ...  Ayah, ibu, adik-beradik dan teman taulanmu tidak akan dapat membantu.

Kecerdikanmu mengatasi segala halangan di dunia ini, tidak akan berguna sedikit pun di hadapan Allah...

Al-An'am : 32

وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

6. HATI YANG MATI

Al-An'am : 36

إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ وَالْمَوْتٰى يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Hanya mereka yang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan Allah), dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, kemudian kepada-Nya-lah mereka dikembalikan.

Yang mampu menyahut seruan kepada iman ialah orang yang hidup hatinya. Hati itu sensitif kepada panggilan supaya beriman. Ia dapat menilai betapa perlunya dia menyahut seruan itu dengan seberapa segera. Ia perlu segera bangun membersihkan dirinya, agar dapat kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Akan tetapi, orang yg pura-pura mati ketika datang seruan kepadanya, maka ada kemungkinan hati itu akan benar-benar mati, hingga ia terkunci dari menerima kebenaran. Kesedaran hanya akan kembali setelah datang kematian, dan terangkat hijab yg menyekat penglihatan. Ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

Tidakkah engkau pernah mengalami, ketika tiba waktumu untuk bersahur, kau sambung tidurmu.. Engkau tangguhkan dan undurkan saat bangkitmu, hingga akhirnya engkau benar-benar tertidur kembali ?  Dan ketika azan subuh berkumandang, barulah engkau tersedar dari tidurmu.

7. JANJI YG BENAR

Yunus : 4

إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا ۖ وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ إِنَّهُۥ يَبْدَؤُا الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ لِيَجْزِىَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ بِالْقِسْطِ ۚ وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

Hanya kepada-Nya-lah kamu semuanya akan kembali; sebagai janji yang benar daripada Allah, sesungguhnya Allah menciptakan makhluk pada permulaannya kemudian mengulanginya (menghidupkannya) kembali (sesudah berbangkit), agar Dia memberi pembalasan kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal saleh dengan adil. Dan untuk orang-orang kafir disediakan MINUMAN AIR YANG PANAS dan AZAB YANG PEDIH, disebabkan kekafiran mereka.

Orang yang disediakan azab itu ialah yg bertelinga kuali, artinya memekakkan telinganya dari peringatan Allah. Biarpun peringatan itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri, dia tetap memekakkan telinganya.

Bangun, cepat bangun !  Rumahmu sedang terbakar !  Cepat selamatkan diri ! 

Tetapi orang yg celaka itu hanya celik mata sebentar, kemudian menutup telinganya dengan bantal, dan tidur kembali. Dia tidak mahu percaya, dan tidak mahu ambil pusing akan nasibnya sendiri.

Jika dia terbakar hingga mati pun, tiada sesiapa lagi yg patut dia persalahkan, melainkan dirinya sendiri.

8. JADILAH HAMBA ALLAH

Al-Anbiya : 25

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka mengabdilah .

Pengabdian kepada Allah yg menciptakan alam dan segala isinya, kemudian memeliharanya, dan memerintahkan kebaikan kepada makhluqnya, adalah pengabdian yg mulia. Ia bukanlah pengabdian yg merendahkan darjat atau pengabdian yg menghina.

Tambahan lagi, manusia pada asalnya adalah dicipta dalam pembentukan yg paling mulia. Mereka akan mengekalkan kemuliaan itu dengan menasabkan diri mereka sebagai hamba Allah.

Apabila manusia menasabkan diri mereka sebagai hamba kepada makhluq, hamba syaitan, hamba nafsu,  hamba harta dan hamba sesama maknusia, maka menjadilah mereka makhluq yg hina.

Ya Sin : 60

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak mengabdi kpd syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",

9. AGAMA YANG BERSIH DARI SYIRIK

Az-Zumar : 3

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ ۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَآ إِلَى اللَّهِ زُلْفٰىٓ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِى مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ كٰذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil PELINDUNG SELAIN ALLAH (berkata): "Kami tidak MENYEMBAH mereka melainkan supaya mereka MENDEKATKAN  kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

Pernah juga kita mendengar orang yg menyembah ruh-ruh orang yg tertentu agar ruh orang yg mulia itu dapat mendekatkan mereka kepada Allah yg Maha Agung.

Itu jugalah alasan yg diberikan oleh sebahagian orang Cina bukan Islam dan sebahagian orang yg memohon pertolongan di perkuburan orang yg mereka anggap suci.

Mereka menyembah datuk itu dan ini, agar datuk itu menjadi perantara mereka dengan Allah. Dengan itu Allah akan kabulkan permintaan mereka seperti mahukan anak, kekayaan dan pangkat.

Berulangkali dalam al Qur'an Allah firmankan, agama mestilah bersih dari sebarang unsur syirik. Menyeru sesuatu yg ghaib untuk memohon sesuatu adalah salah satu dari bentuk2 syirik dalam agama.

Az-Zumar : 2

إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan MEMURNIKAN AGAMA KPD-NYA .

Org yg mati dalam keadaan belum bertaubat dari syirik, mereka itu tidak akan mendapat keampunan dari dosa syirik itu.  Tetapi orang yg sudah kembali kepada Tauhid, bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, in sya Allah, Allah akan ampunkan. DAN JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN MUSLIM.

Kerana itulah orang2 yg Musyrik itu diseru kepada Tauhid. Jika kemusyrikan mereka tidak akan diampunkan setelah mereka meninggalkannya, dan mereka akan tetap di azab kerana kesalahan tersebut, maka tidak bermenafaatlah Tauhid itu kpd mereka.

Berdoa adalah salah satu dari bentuk Ibadat. Rasululullah saw bersabda : Doa adalah otak ibadat . Kerana itu manusia adalah dilarang sama sekali dari berdoa kepada yg lain dari Allah.

An-Nisa' : 48

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرٰىٓ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

10. AIR DAN TUMBUHAN

An-Naml : 60

أَمَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتْنَا بِهِۦ حَدَآئِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنۢبِتُوا شَجَرَهَآ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ

Atau siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air untukmu dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah, yang kamu sekali-kali tidak mampu menumbuhkan pohon-pohonnya? Apakah disamping Allah ada Ilah (sembahan) yg lain ? Bahkan (sebenarnya) mereka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).

Tumbuh2an memerlukan  air, walaupun pokok kaktus yg tumbuh dipinggir gurun. Kerana itu Allah turunkan air  yang tawar dari langit, dan air itu pula berasal dari wap air yg naik dari lautan dan permukaan bumi. Setelah biji benih mendapat air, bergeraklah molikul dan sel2 di dalamnya, dan sel2 itu pun berkembang dengan setiap satu akan membelah menjadi dua, terjadi proses diferensiasi, hingga terbentuk bermacam2 sel yg mempunyai fungsi tersendiri. Ada yg menjadi akar, kulit, batang, saluran zat air dan makanan, bermacam2 urat, dahan, daun bunga , kelopak dan tangkai bunga dll.

Benih itu pun tumbuh menjadi anak pokok yg cantik, berdaun dua, empat ... dan seterusnya berkembang menjadi muda dan dewasa. Ada yg berbatang keras dan lembut. Ada yg melilit pada pokok yg lain, seperti pokok kacang botor. Ada yg menghulurkan tangan seperti tali, seperti pokok peria.

Ada yg berbatang keras dan berdaun lebar seperti pokok terung. Ada pula yg menjadi besar dan tinggi, kulitnya menghasilkan bahan getah yg berguna , iaitu pokok getah. Ada yg mengeluarkan buah yg banyak, yg mana bijinya sangat enak jika dibuat minuman seperti pokok kopi dan koko. Ada yg daunnya pula yg enak jika dijadikan campuran minuman, seperti pokok teh.. dan bermacam2 lagi.

Semuanya itu menjadi bahan kesenangan hidup manusia. Manusia hanya perlu mengolahnya, mengikut kesukaan mereka.

Siapakah yg membentuk ribuan biji benih yg mengandungi begitu banyak kepelbagaian genetik di dalamnya ? Bukan itu semua adalah merupakan firman2 dari Yg Maha Pencipta, untuk mengingatkan manusia agar jangan melupakan-Nya ?

Al-Hajj : 5

Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah

Comments

Popular Posts