PERTEMUAN DENGAN RABB

PERTEMUAN DENGAN RABB

Diriwayatkan dari shahabat Jabir bin Abdullah:

رضي الله عنه:كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ نَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ أَمَا إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لاَ تُضَامُّونَ فِي رُؤْيَتِهِ فَإِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا يَعْنِي الْعَصْرَ وَالْفَجْرَ ثُمَّ قَرَأَ جَرِيرٌ (وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا). (متفق عليه)   

Ketika kami sedang duduk di samping Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tiba-tiba baginda memandang bulan purnama, seraya bersabda:

“Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan purnama ini, dan kalian tidak berasak-asak ketika melihat-Nya "

"Maka jika kamu mampu, janganlah kamu lalai untuk melakukan shalat sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, yaitu shalat Asar dan Subuh”.

Kemudian Jarir membaca firman Allah :  ( وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا ) “Dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu sebelum terbit dan terbenam matahari”. (HR. Bukhari Muslim)

Orang2 yg berbahagia akan dapat melihat wajah Allah di Jannah. Begitulah sabda Nabi Muhammad saw, tetapI orang2 yg berfaham spt Muktazilah tidak bersetuju, walaupun ia adalah hadis sahih yg disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Alasan golongan Muktazilah menolaknya ialah, apabila kita dapat melihat Allah, berarti ada arah. Bila ada arah berarti ada tempat. Bila bertempat berarti sudah menyerupakan dgn makhluk.

Inilah contohnya fahaman yg mendahulukan akal dari nas yg sahih.

Kita perlu faham bahawa  akal manusia ada kelemahannya. Banyak sangat perkara yg ajaib2 yg kita belum pernah bertemu yg tak mampu kita fikirkan. Banyak sekali benda2 yg tidak pernah kita lihat, dengar atau terdetik di hati kita, bagaimana kita mampu memikirkannya ? 

Wahyu dari Allah pula adalah pasti benar. Siapa yg tetap berpegang kpd wahyu Allah, berarti dia sudah berpegang kpd tali yg sangat kuat dan tiada keraguan di dalamnya.

Cuba kita fikirkan, apa hikmahnya dimaklumkan kpd kita bahawa ahli syurga akan melihat wajah Allah ?

Pertama, sudah tentu untuk menggembirakan orang Mukmin. Bagi Mukmin, pertemuan itu sangat2 dirindui oleh mereka berbanding kerinduan mereka kpd nikmat2 syurga yg lain. Orang mukmin sangat mencintai Allah sebagaimana yg tersebut pada surah al Baqarah ayat 165.

Kegembiraan orang mukmin di saat pertemuan dgn Rabbnya telah digambarkan di dalam surah  Al-Qiyamah : 22 - 23

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ

Dan wajah2 pada hari itu berseri-seri.

إِلٰى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Kepada Rabbnya mereka melihat.

Riwayat2 yg lain dari  Nabi Muhammad saw ada menyebutkan bagaimana pertemuan dengan Rabb adalah lbh mereka sukai berbanding nikmat2 lain di dalam jannah. Ia begitu hebat sehingga wajah2 ahli syurga ketika itu seakan2 terpaku menikmati pertemuan dgn wajah Allah. Seolah2 seperti mereka itu tidak mampu berpaling dari Nya..

Kalaulah mereka tahu begitu keadaannya, sudah tentulah ketika di dunia dahulu mereka akan niatkan semua ibadah hanya untuk pertemuan denganNya. Tidaklah mereka kias2kan ayat2 al Qur'an berkenaan perrtemuan dgn Nya itu dengan maksud2 yg lain ..  Al-Insan : 9

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءً وَلَا شُكُورًا

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan wajah Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Kedua, pemakluman itu membuktikan bahawa manusia akan dapat melihat wajah Allah setelah Dia izinkan. Perkara tersebut bukanlah mustahil. Dengan itu tidaklah salah jika kita mengharapkan pertemuan denganNya dan mengharapkan wajahNya.

Al-Kahf : 110

قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحٰىٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا

Katakanlah:

Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa".

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya"

Biarpun pertemuan tersebut berlakunya di jannah, tetapi ia berlaku setelah kita dihidupkan kembali dari tulang2 yg reput berserakan.  Ya Sin : 52

قَالُوا يٰوَيْلَنَا مَنۢ بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا ۜ ۗ هٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami ?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya).

Berdasarkan hadith yg diriwayatkan oleh Barra bin Azib pula, orang2 yg benar2 Mukmin akan berpeluang untuk bertemu dgn Allah setelah jiwanya dikeluarkan dari tubuh dan dibawa ke atas langit setelah berlaku kematian.

Pertemuan itu sudah tentu merupakan pertemuan yg paling menggembirakan kerana mereka telah mendapat kemuncak nikmat syurgawi sebelum berlakunya kiamat besar.

Setelah itu, mereka akan dibawa ke Illiyyin dan seterusnya ke dalam kubur untuk sesi pemeriksaan oleh malaikat munkar dan nakir.

Pertemuan secara kerohanian sebaik sahaja setelah jiwa keluar dari tubuhnya ini tidaklah mustahil jika Allah izinkan. Lagipun di dalam surah al A'raf ayat 172 ,  Allah sendiri telah firmankan tentang musyahadah kerohanian ini.

Al-A'raf : 172

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلٰى ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِينَ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):  "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"

Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".

(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

Bagaimana pula pertemuan secara kerohanian ketika kita masih hidup di dunia ? 

Semua orang maklum bahawa ulama ada dua fahaman.

Fahaman pertama mengatakan ia boleh berlaku dan itulah yg mereka katakan sebagai makrifah zat secara kerohanian, ainul yaqin atau musyahadah. Ulama yg berpegang kpd fahaman ini, mereka itu percaya tentang adanya ilmu kerohanian.

Segolongan kedua pula berpendapat bahawa makrifat yg sebegitu tidak mungkin berlaku sebelum berlaku kematian, dan makrifah yg dialami oleh orang2 sufi itu hanyalah gangguan jin semata2, atau jiwa mereka yg sudah sewel.

Hujah golongan kedua ialah peristiwa Nabi Musa as memohon untuk musyahadah kpd Allah, tetapi difirmankanNya agar Nabi Musa as memandang kpd gunung. Jika gunung masih ditempatnya, Nabi Musa as kan dapat melihatNya.. kemudian Allah tajalli kpd gunung, gunung hancur, dan Nabi Musa as pun pengsan.

Setelah baginda sedar kembali, Nabi Musa as bersabda : Aku beriman kpd Allah.

Yang anihnya, golongan yg pertama juga beralasan kpd dalil yg sama, iaitu makrifah berlaku ketika Nabi Musa as pengsan atau fana. Mereka juga berkata yg makrifah secara jahratan  ( pengalihatan jasmaniah )  adalah mustahil, tetapi secara kerohanian pula boleh terjadi dengan izin Alkah.

Majoriti orang awam pula tidak ambil kisah tentang pertemuan dengan Allah. Yang lebih penting bagi mereka ialah selamat dari azab kubur, selamat dari azab di padang mahsyar dan api neraka, dan ultimately masuk ke dalam syurga untuk menikmatinya.

Allah berfirman :

Al-Baqarah : 45 - 46

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلٰقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang meyakini, pertemuan dgn Rabbnya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.

Comments

Popular Posts