MENYEMBAH YG SATU
Al-A'raf : 40
إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوٰبُ السَّمَآءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتّٰى يَلِجَ الْجَمَلُ فِى سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.
Apa itu yg di maksudkan dgn AYAT2 ALLAH ? Kalau bahasa Melayu, ayat bermakna perkataan2 yg kita susun hingga menjadi ayat yg cantik. Tetapi dalam bahasa Arab, ayat ada makna yg lain, iaitu dalil atau bukti.
Begitu banyaknya dalil2 atau bahan bakti yg Allah hidangkan untuk kita. Mudah2an kita semua tak sombong dari ayat2 Allah, kerana sombong kpd ayat2 Allah itu samalah dengan sombong kpd Allah.
Kasihan sekali orang yg sombong dgn ayat2 Allah .. Apa tidaknya ? Dua tempat yg dia tak boleh pergi, iaitu :
1 ) Mikraj menembus pintu langit , dan 2) Jannah atau syurga.
Nabi Muhammad saw telah menghadap Allah ketika peristiwa mikraj dengan menembus pintu2 langit. Dan penduduk jannah akan melihat wajah Allah di dalam syurga. Bahagia pertemuan dengan Allah itulah kebahagiaan yg tertinggi, tetapi tidak dapat di capai oleh orang2 yg sombong terhadap ayat2 Allah.
Alam yg kita duduki ini adalah makhluq yg kecil. Makhluq Allah semuanya kecil. Mana ada makhluq Allah yg besar ? Iblis yg sombong kerana diciptakan dari api itupun kecil. Jibrail yg jadi ketua malaikat pun kecil. Langit, bumi, kursy dan Aras pun semuanya kecil.
Yang besar hanyalah Allah, dan kita ulangi kata2 itu setiap hari, Allahu Akbar.
Kita semua, hamba2 Allah yg kecil2 ini ingin sekali untuk menghadap dan menyembah Allah yg Besar, Mulia dan Agung. Kerana itulah kita dirikan solat dan banyak zikrullah.
Biar besar mana problem yg kita hadapi, lebih besar lagi hajat kita kpd Allah. Kalau kita tak makan dan tak minum, mungkin kita akan mati kebulur. Kalau kita kena sakit jantung atau kenser, kita pun akan mati. Semua orang yg hidup pun pasti akan mati, walaupun doktor2 pakar yg tinggi ilmu perubatannya.
Semua problem spt kekurangan makanan dqn penyakit akan hanya menyebabkan kematian, tetapi bagaimana pula problem HATI YG KERAS dan SAKIT ?
Problem itu jika tidak diselesaikan tidak akan berakhir di bumi ini sahaja. Ia akan menyebabkan pintu2 langit dan pintu2 syurga tertutup untuk kita. Dan dengan sebab itu, kita akan terhijab dari Allah.
Berusahalah selagi mampu untuk selesaikan problem2 kecil kita, tetapi ingat, problem2 kecil itu hanyalah untuk dunia yg kecil ini sahaja.
Yang lbh utama ialah selesaikan problem yg besar .. HATI dan JIWA .
Kalau makanan yg busuk, kita buang sahaja ke dalam bekas kompos, tetapi HATI dan JIWA kita akan di adili oleh Allah.
Tidak ada rasa gerunkah ?
Al-A'raf : 45
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِالْءَاخِرَةِ كٰفِرُونَ
(yaitu) orang-orang yang menghalang-halangi dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat".
Jalan Allah adalah jalan yg terbaik untuk kita lalui. Jalan itulah yg akan membolehkan kita kembali kpd Nya.. bukankah kita ini kepunyaan Allah, dan kita akan kembali kpd Nya ? Ada yg akan terhijab dari Allah, sebagaimana mereka terhijab dari Nya di dunia yg kecil ini.. Ada yg sentiasa bahagia, kerana pertemuan dengan Yang Maha Pengasih. Makan, minum dan bermain2 disyurga hanyalah sebahagian dari kebahagiaan di sana. Tetapi pertemuan dengan Allah itulah yg paling membahagiakan.
Barang siapa yg inginkan pertemuan dengan Rabbnya, hendaklah beramal saleh dan janganlah sekutukan Allah dalam ibadat kpd Nya..
Hanya SATU sahaja yg disembah. Jangan sembah yg lain.
Inilah kegunaan aqal, untuk berfikir tentang deen kita.
Apakah yg perlu difikirkan ?
Kalau kita takbir, kalau kita takbir, yang sebenarnya yg kita ingat itu siapa?
Fikir kau di situ itu.. ( kata al marhum guru ) .
Yang sebenarnya engkau mengingat itu siapa ?
Siapa ?
Sebab takbiratul ihram, diharamkan orang takbir, kalau bukan Allah yg diingat.
Bagaimana caranya supaya SATU sahaja disembah .
Kita semua mesti tahu ini ...
Bagaimana caranya kita menyembah 1 sahaja..
Kalau kita menuju ke KL kerana ada tujuan, spt masyurat pada jam 2.00 petang ini, kita mesti benar2 ingat tujuan kita itu. Jangan caca marba. Jangan campur adukkan dengan tujuan2 lain, atau nanti kita akan lupa tujuan asal kita.
Kalau kita mahu singgah sana sini, rehat sana sini, atau pergi membeli belah benda yg tidak diperlukan, kita mungkin akan ketinggalan meeting. Meeting itulah tujuan kita. Jangan tidak ..
Itulah yg Allah sering ingatkan kpd kita, Al-An'am : 162
قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Satu sahaja tujuan kita, iaitu Allah. Mana ada tujuan lain ? Al-Insyiqaq : 6
يٰٓأَيُّهَا الْإِنسٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيهِ
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
Ada orang yg sudah lupa kpd tujuan dia tinggal di bumi. Dia lupa yg dia adalah musafir yg sedang berkelana. Dia telah lupa kepada matalamatnya, sedangkan ayat2 Allah ada di mana2..
Dia lupa dan sombongkan diri. Bila diingatkan, dia marah.
Padahal, dia juga melihat bagaimana setiap manusia hanya singgah sebentar sahaja di bumi ini. Entah hanya berapa hari mereka berada di bumi ini, mereka dipaksa pula untuk meninggalkannya.
Bagaimana pun manusia usaha aturkan untuk bertahan lama di desa kelana ini, mereka pasti akan tinggalkan juga. Yang sakit akan mati dan yg sihat pun mati. Pesakit dalam list ICU akan mati dan doktor yg sihat pun akan mati.
Satu sahaja yg akan membahagiakan kita, iaitu hanya menyembah YANG SATU. Jangan lupa itu. Jangan srmbah harta, pangkat dan kemewahan duniawi. Sembahlah Allah sahaja.. Al-Munafiqun : 9
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوٰلُكُمْ وَلَآ أَوْلٰدُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْخٰسِرُونَ
Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.
Ada orang yg apabila dia bangun pagi, yg dia ingat ialah apa yg mahu dimakan. Sentiasa ingat yg akan dimakan. Tidak pula dia ingat kenapa dia makan.
Kenapa kita makan, minum, bekerja, berehat, hiburkan hati, membeli belah, berkeluarga, memandu kereta, membaca dll ?
SATU sahaja yang ada ARTI , iaitu UNTUK ALLAH.. Al-An'am : 162
قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Itulah tujuan dari semua aktiviti kita. Tujuan kita hidup adalah ibadat, sebagaimana yg tersebut di dalam surah az Zariat ayat 56 , tetapi , untuk siapa ibadat itu ? Al-An'am : 162
قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Jangan lupa ghoyah atau matlamat kita itu.
Comments
Post a Comment