IBADAT DAN TAQWA

IBADAT DAN TAQWA

Bagi seorang petani, yg mana lbh penting :  Berapa banyak tanaman, atau berapa banyak hasil tanaman ?

Kumpulan pertama berkata, tanamanlah yg penting, kerana dari tanamanlah akan datang hasilnya. Tetapi bagaimana pula jika tanaman ya kurang berhasil ?  Penat bercucuk tanam, tetapi hasilnya hanya sedikit.

Kumpulan kedua pula, pentingkan hasilnya. Jika sudah banyak hasil tanaman, maka apa gunanya lagi bercucuk tanam ?  Tetapi , tidakkah ada ketikanya simpanan hasil tanaman kita sudah kehabisan, sedangkan hasil tambahan belum juga didapat ?  Ada pula keadaan di mana hasil yg disimpan selama ini tidak berqualiti, sehingga hasil tanaman itu perlu dibuang begitu sahaja, kerana tidak boleh dimakan..

Kumpulan ketiga pula pentingkan kedua-duanya. Bercucuk tanam pun penting dan merancang hasil yg tinggi pun penting.

Perhatikanlah ayat berikut : Al-Baqarah : 21

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai manusia, IBADATLAH Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu BERTAQWA.

Ada orang yg ibadatnya tidak banyak, tetapi berqualiti, maka hasilnya berlipat kali ganda. Markah ibadat kpd Allah bermula dengan 10x hingga 700x, mengikut sekadar mana qualitinya. Carilah markah yg banyak atau tinggi dengan niat kerana Allah semata-mata, atau kerana ingin bertemu dengan-Nya. Dengan itu, niatmu adalah niat yg paling berqualiti.

Puasa pula adalah di sisi Allah, yg mana Allah sendiri akan memperhitungkannya.

Ibadat yg terjaga zahir dan batinnya, perintah Allah ditaati, dan hubungan dgn-Nya pun dijaga dengan sebaik mungkin, akan meningkatkan lagi qualiti ibadat tersebut. Bukan shj niatnya sangat bagus, tetapi praktikal amal ibadatnitu sendiri pun sangat baik zahir dan batinnya.

Zahir ibadat ialah apa yg dapat dilihat dan didengar, iaitu perbuatan dan bacaan jasmani.

Batin ibadat pula melibatkan kerja jiwa yg tidak kelihatan pada mata kasar, dan hati yg di dalam dada.

Niat pula menjadi kuncinya. Jika kuncinya tidak betul, masakan pintu dapat dibuka...

Keseluruhan itu pula, semua adalah terkandung di dalam al Qur'an. Tidak boleh beribadat dengan cara yg lain, selain dari yg diajarkan Allah di dalamnya, mengikut bimbingan Rasulullah saw.

Apabila ibadat di kerjakan dengan sempurna, meliputi niat, amal zahir dan batin spt di atas, mudah-mudahan akan tercapailah HASIL nya, iaitu TAQWA.

Al-Hujurat : 13

يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقٰىكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang PALING MULIA diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling TAQWA di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Mungkin amalmu tidak banyak, tetapi engkau menjadi orang yg TAQWA kpd Allah, maka bersyukurlah engkau, kerana Allah memuliakanmu.

Di manakah letaknya TAQWA ?

Nabi Muhammad saw bersabda,

"At Taqwa ha huna," ( taqwa itu di sini...sambil menunjuk dada baginda ) .

(HR.muslim)

Allah perintahkan orang yg beriman agar BERTAQWA ...

Ali 'Imran : 102

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Bagaimana caranya untuk mencapai taqwa, sedangkan taqwa itu letaknya di dalam hati ? 

Jelas bahawa surah al Baqarah ayat 21 tadi sudah menyebutkan cara untuk mencapai HATI YG BERTAQWA, iaitu dgn IBADAT sebaik mungkin. Dengan cara itulah , mudah-mudahan ,  hati akan mendapat taqwa.

Sebagai perumpamaan, penyempurnaan ibadat adalah bagaikan orang yg bercucuk tanam, maka dgn izin Allah akan mendapat hasilnya.

Jika orang bercucuk tanam, dia akan mengusahakan yg berikut...

1 ) Pilih tanah yg sesuai. Contohnya, tanaman kelapa sawit sesuai pada tanah liat, bukan gambut.

2 ) Benih yg terbaik, contohnya hybrid atau tissue culture.

3 ) Penyediaan tapak dgn cara yg betul, membajak, membaja, sistem saliran yg baik, pagar kebun dll

4 ) Penjagaan tanaman, bersihkan dari semak samun, dan pelbagai musuh tanaman.

5 ) Pembajaan yg betul.

6 ) Bermacam2 lagi..

Dgn itu, petani akan mendapat hasil yg maksimum.

Sekarang, bagaimana caranya kita mahu mendapat hasil yg maksimum dari pengabdian kpd Allah ?

Solat adalah ibadat yg paling utama, maka sebelum mendirikan solat, perbetulkanlah niatmu terlebih dahulu. Perhalusilah niatmu, agar ia benar2 bersih dan tulin.

Hamba Allah yg sejati, mengabdikan diri kpd-Nya kerana sangat cinta dan takutnya kpd Rabbnya. Dia ingin sekali untuk bertemu dgn Rabbnya, dan sangat mengharapkan keredhaan Tuannya. Takutnya kpd Rabbul Alamin,  membuatkan dia tidak berani mengangkat muka atau melanggar sebarang perintah-Nya.

Walaupun kita belum sampai ke darjat itu, tetapi itulah yg kita ingini, in sya Allah.

Al-Insyiqaq : 6

يٰٓأَيُّهَا الْإِنسٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلٰى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيهِ

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.

Al-Mulk : 12

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

Yang mana 1 menjadi pilihanmu : Menjadi hamba yg sejati, atau hamba yg separuh hati ?

Comments

Popular Posts