Jika ragu2 terhadap al Qur'an

Dan jika kamu ragu2 terhadap al Qur'an, maka buatlah yg spt-nya. Jika kamu tidak mampu, dan pasti kamu tidak akan mampu, peliharalah dirimu dari api neraka yg bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Ia disediakan untuk orang2 yg kafir.

Nabi Muhammad saw adalah seorang yg tidak pandai menulis atau membaca. Seorang anak yatim piatu yg tidak bersekolah. Tinggal di Makkah yg dikelilingi gurun.

Ketika berusia 40 tahun, baginda mula membacakan kitab yg tidak mampu tiada kesilapan di dalamnya, tidak mampu ditiru oleh sesiapapun, dan ia telah merubah bangsa yg kasar menjadi bangsa bertamaddun.

Itu adalah kitab pertama dan terakhir yg dibacakan oleh nabi Muhammad saw. Ia mengandungi 114 surah, 30 juzuk, tidak pernah ada perubahan atau pembetulan. Tatabahasanya sempurna tanpa sebarang kelemahan. Nukilannya indah tiada bandingan. Dihafal diulang tiada menjemukan.

Ribuan orang yg lebih cerdik dari kita, semuanya telah mengakui hakikat kebenaran... Di antaranya ialah Umar al Khattab seorang genius ilmuan. Hanya beberapa ayat di awal surah Toha sudah membuatkan hatinya tertawan. Mengapa kita yg jauh ketinggalan kerana kebebalan, terasa ragu untuk beriman ?  Adakah ia kerana adanya benih2 kekafiran ? Menolak kebenaran yg dah jelas terpampang ?

Comments

Post a Comment

Popular Posts