Al ghofur, al ghofar, al afuww
Memang begitulah diri kita ini, sentiasa mahukan kepastian..
Tetapi, firman2Nya adalah firman2 yg umum
Kalau dapat, kita memang mahukan firman kepastian-Nya
Dan kalau boleh, memang kita mahu mendesak-Nya
Supaya firmankan janji kepastian itu..
Itulah sifat kita..
Guru dah kata, siapa rajin datang ke sekolah, dan rajin belajar,
Dia akan lulus periksa
Siapa yg malas kesekolah, sentiasa ponteng sekolah,
Dia akan gagal...
Kita pula mahukan kata pasti..
Awak akan lulus peperiksaan.
Kalau boleh kita mahu guru ucapkan kata kepastian
Awak dah dijamin lulus peperiksaan.
Bagaimana jika awak dimarahi-Nya
Kerana asyik bersikap ragu kepada-Nya ?
Bagaimana, jika Dia firmankan kpdmu,
Kenapa kau masih ragu lagi ?
Jangan...
Jangan ada lagi sedikitpun keraguan di hatimu
Dan..
Jangan ada sedikitpun kebimbangan di hatimu..
Terhadap-Ku
Aku sudah sediakan untuk hamba2-Ku yg saleh
Sesuatu yg tidak pernah terpandang di mata,
Terdengar di telinga
Dan terdetik di hati..
Ampunkan daku ya Allah di atas segala kekhilafan dan kebebalanku..
Aku tahu aku bersalah kepada-Mu
Mulai hari ini, aku tidak akan mendesak2-Mu lagi
Aku akan ikhlaskan segala2-Nya..
Semata2 untuk-Mu
Dan aku serahkan dunia dan akhiratku kepada-Mu
Aku bertawakkal kepada-Mu
Terimalah aku sebagai salah seorang
Hamba-Mu yg saleh..
Amiin.
Di dlm al Qur'an, kata2 al Ghofar disebut 5x , al Ghofur disebut 91x , dan al afuww disebut 5x . Jumlahnya 101x . Dalam bahasa kita, ketiga2 bermakna Maha Pengampun atau Maha Pemaaf.
Diriwayatkan dari Aisyah RA: “ Aku bertanya, Ya rasul, bagaimana pendapatmu ketika aku mengetahui bahwasuatu malam itu adalah malam lailatul qadar? Doa apa yang mesti kupanjatkan? ”Rasul pun mengucapkan doa:
اللهم إنك عفو كريم, تحب العفو فاعف عني
“YaAllah, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau jualah yang mencintai ampunan, maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi).
Pada dasarnya, semua nama Allah adalah sangat baik. Tapi al-'Afuww itu memiliki makna lebih dalam daripada maghfirah (al-Ghaffar dan al-Ghafur). Karena maghfirah, adalah ampunan dosa namun dosa itu masih ada. Dosa tersebut ditutupi oleh Allah di dunia dan diakhirat nanti juga ditutupi dari pandangan makhluk. Sehingga Allah tidakmenyiksa seseorang dengan dosa tersebut, tapi dosa itu masih ada.
Adapun maaf (al-‘Afuww), maka dosa yang dilakukan hamba sudah tidak ada. Seolah-olah, ia tidak pernah melakukan kesalahan. Karena dosa itu telah dihilangkan dan dihapuskan sehingga bekasnya tidak lagi terlihat. Dari sisi ini, pemberian maaf lebih istimewa.
Begitu detail yg kita tahu
Tetapi tidak cukup hanya sekadar tahu..
Perlu kita yakini
Tetapi tidak cukup sekadar pengakuan keyakinan
Maka...
Mudah2an, ia benar2 menjadi asas keperibadian kita
Hati2 yg benar2 kenal bahawa Allah adalah al Ghofar, al Ghofur, bahkan al Afuww
Hati yg selalu ingat kpd Allah akan sentiasa tenang,
Gembira, bersama2-Nya..
Comments
Post a Comment