TANDA TAUBAT

Pada 1 hari ketika aku membuat panggilan ke Sengkang, Sulawesi Selatan, almarhum guruku menyoal : Jika seorang mengadu kpdmu tentang masaalah yg dihadapinya, spt masaalah kewangan dan perniagaan .. bagaimana kau nk selesaikan masaalahnya ?

Aku jawab : Ajarkan dia konsentrasi.

Ya... memang sewajibnya begitu, kerana Allah sendiri berfirman yg bermaksud : Dapatkanlah pertolongan (istaanah) dengan sabar dan solat. Yang demikian itu adalah sukar kecuali pada orang2 yg khusuk

Ista'anah ini bukanlah mendapatkan pertolongan yg biasa sebagaimana yg kita minta tolong kawan2, spt pinjam wang, minta nasihat, minta hantarkan.

Ista'anah yg dimaksudkan di dalam ayat ini dan di dalam surah alFatihah (...hanya kpd Mu kami mohon pertolongan/ista'anah) ialah pertolongan yg luar biasa yg hanya boleh datang dari Yang Ghaib.

Contohnya, kita mohon keberkatan, keselamatan, kesihatan, kemudahan dll. Kita tahu hanya Allah yg ada keupayaan untuk memberikan semua ini secara pasti dan tuntas. Pertolongan yg diberi oleh kawan2 kita masih belum sempurna jika tanpa pertolongan/ista'anah oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Ada pula orang yg kurang tekun untuk membaiki hubungan dgn Allah. Ingatan kpd Allah hanya sedikit dan hatinya pun selalu tidak khusuk kpd Allah.

Dia lebih suka meminta pertolongan orang, agar orang itu memohon kpd Allah SWT. Ada yg sanggup membayar kpd orang yg memohon kpd Allah. Ada juga pemohon2 kepada Allah yg menetapkan kadar bayaran untuk permohonan yg dia ajukan. Maklumlah ..kena baca doa banyak kali, solat hajat, bangun tengah malam, berpuasa dll

Memang tidak salah meminta orang lain doakan untuk kita. Nabi saw pun doakan ummat..

Tetapi apabila Allah menguji kita agar kita bersabar, redha dan berusaha menghampirkan diri kpd NYA, lalu kita upahkan pula orang lain untuk hampirkan diri kpd Allah... ia sudah lari dari tujuan dihadiahkan ujian kpdnya. Ujian adalah hadiah dari Allah...

Orang yg diminta tolong itu pula, ada niat untuk upah dari manusia.. maka dapatlah dia upahnya. Do'anya dikabulkan.. dan orang yg diuji oleh Allah tadi tetap ditakuk lama. Tidak bertambah hampir kpd Allah, tidak bertambah sabar atau bertambah ridha kpd Allah. Mungkin juga dia telah gagal dlm ujian tadi..Allahu a'lam

Allah tetap akan menguji kita kerana Dia tidak akan biarkan kita mengatakan : Aku sudah beriman , tanpa ujian.

Kita semua mengaku sudah beriman kerana kita telah mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Tetapi kita bermohon kpd Allah agar Dia tidak menguji kita dgn ujian2 yg berat yg kita tidak mampu memikulnya.

Semakin mendalam iman seseorang maka semakin besarlah ujian2 Allah kpdnya. Ujian yg paling besar adalah pada para Rasul dan Nabi.

Diriwayatkan, ketika Nabi Muhammad saw demam, tubuhnya pun sangat panas. Baginda diuji dgn perintah untuk sebar luaskan Islam di tengah2 masyarakat musyrik Makkah. Kemudian baginda diperintahkan hijrah... Ketika usia baginda 53/54, baginda diperintahkan berperang. Putera2 baginda semuanya meninggal ketika kecil. Baginda kena uruskan ramai isteri, kena jadi pemimpin negara, pendidik, panglima perang, melatih panglima2 muda, menerapkan syariat dan dalam masa yg sama kena menunjukkan contoh kehidupan manusia biasa yg tidao extreme.

Kalau kita yg diuji dengan perkara2 di atas.. mungkin kita tak sanggup melakukannya, kecuali agaknya tentang poligami tu..

Itupun saya sendiri tidak mampu kerana bukan mudah untuk berlaku adil kpd semua isteri. Ada yg cantik ada yg tidak, ada yg miskin ada yg tidak. Ada yg muda dan ada yg tua. Ada pendiam dan ada yg kaki leter... Ada yg berbelanja ala kadar, dan ada yg suka belanja besar dan makan sedap.. Boleh pecah otak kepala saya menghadapinya... Lebih senang saya pergi jalan2 jumpa kawan2 dari menghadapi semua masaalah tu ...

Comments

Popular Posts