TERKENANG DI MASA DULU
BUDAK BERMAIN FIKIRAN
Ketika aku masih kecil, aku selalu terfikir, betapa di dunia ini ada banyak agama.. Dan kaumku pun sentiasalah mengaku yg agama kamilah agama yg benar, sedangkan agama-agama yg lain itu semuanya salah belaka..
Wah, kalau begitu beruntung benarlah aku, kerana aku tidak perlu bersusah payah mencari agama yg benar..
Aku hanya perlu ikut sahaja akan apa yg diajarkan oleh orang tuaku, maka sudah pasti aku sudah berada di jalan ya benar...kerana orang tuaku dan kaumku pasti benar !
Pemikiran sebegitu aku lalui ketika aku bersekolah rendah..
Ketika itu aku terfikir, alangkah celakanya mereka yang dilahirkan dalam keluarga yg bukan agama Islam.. mereka itu hanya mengikut sahaja apa yang mereka dapati dari orang tua mereka..
Dan mereka beranggapan seperti aku, iaitu kami mesti di pehak yang benar ! Jangan ragu-ragu lagi ! Apa yang menggangu fikiran mu itu adalah dari Iblis !
Begitulah pesanan dari pendeta-pendeta agama mereka itu, barangkali..
GHULAM YG BERIMAN
Setelah aku masuk ke sekolah menengah, aku pun terjumpalah banyak buku dan kitab. Ada satu kitab tu menceritakan tentang seorang pemuda yg telah terpilih untuk belajar ilmu sihir, agar suatu masa nanti dia akan dapat menjadi pengganti tukang sihir raja. Tetapi di ketika yg sama, pemuda itu telah terjumpa dengan seorang pendeta yang beriman kepada Allah. Pemuda itupun belajarlah agama dari sang pendeta, dari A sampai Z ...
Pada suatu masa, ada seekor binatang buas yg sedang mengganggu orang ramai. Di ringkaskan cerita, akhirnya pemuda itu telah berjaya membuktikan bahawa agama yg diajarkan oleh sang pendeta adalah agama yang benar, setelah dia berjaya membunuh binatang buas itu, dengan izin Allah.
Beruntung benar pemuda tadi kerana telah berguru kepada 2 orang, yg seorang ialah MUSYRIK ahli sihir, dan seorang lagi MUKMIN AHLI KITAB , iaitu Sang Pendeta. Pemuda yg cerdas itu pula telah mendapat taufik bagaimana cara membuktikan kebenaran ajaran agamanya..
Setelah berlaku beberapa peristiwa, dan raja pun mahu membunuh pemuda itu, akhirnya si pemuda telah berjaya Islam kan penduduk negeri tersebut, dengan kekeramatan ucapan : DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN BUDAK INI ( Bismillahi Rabbil Ghulam )
Selanjutnya raja yg zalim itu telah mengarahkan supaya sesiapa yg tidak mahu murtad hendaklah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam parit berapi !! Itulah kisah di sebalik surah al Buruj .. iaitu ASHABUL UKHDUD
SALMAN AL FARISI
Aku juga telah terbaca kisah Salman al Farisi, yg telah dididik oleh keluarganya untuk menjadi abid agama MAJUSI.. tetapi setelah dia terlihat amalan orang-orang ahli kitab Nasrani di negerinya, dia pun tersedar bahawa agama ahli kitab itu adalah lebih baik dari agama majusi.
Dia telah lari meninggalkan nikmat kemewahan keluarganya, pergi berguru dengan beberapa orang rahib, diperhambakan oleh orang Yahudi dan akhirnya dapatlah berkenalan dengan junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Dia telah membuktikan kebenaran Rasulullah saw dengan memberi sedekah di hari pertama dan hadiah di hari berikutnya. Rasulullah saw menerima hadiah dan tidak menerima sedekah.
Kemudian Rasululah telah mempamirkan cop kenabian di tubuh baginda. Maka Islamlah Salman setelah melihat semuanya.. Beruntung sekali Salman kerana mencari agama yg benar..
ABU ZARR AL GHIFARI
Kemudian datang pula kisah Abu Zar yg dibesarkan dalam keluarga penyamun padang pasir. Dia telah menyuruh adiknya ke Makkah untuk menyiasat kisah seorang lelaki yg mengajar agama yg baru.
Tetapi kerana tidak berpuas hati dengan kerja adiknya itu, dia sendiri telah pergi ke Makkah untuk menyiasat sendiri. Dia telah bertemu Ali ra dan kemudian Rasulullah...
Akhirnya berimanlah dia dengan seyakin-yakinnya. Beliau telah dipukul setengah mati oleh orang Musyrik kerana mengumumkan ke Islamannya. Beliau juga telah berjaya meng Islamkan kaumnya dengan izin Allah..
Dari itu, tahulah aku, bahawa kebenaran itu hendaklah dicari. Petunjuk itu mesti dicari ...Jangan berpada dengan sesuatu perkara, sebelum aku menyiasatnya. Aku tidak akan berpada dengan sebarang Imam, hingga aku menyiasat kebenaran yg dibawanya.. Sijil yg dia ada bukanlah bukti bahawa apa yg di katakannya itu pasti benar, apatah lagi jika tidak dapat lepas dari tapisan kitaabun fussyilat ayaatuhu...
ABDULLAH BIN UMMI MAKTUM
Kisah selanjutnya ialah kisah seorang yg buta kedua-dua matanya semenjak dilahirkan, iaitu Abdullah bin Ummi Maktum. Dia ialah sepupu kepada Khadijah..isteri Nabi Muhammad saw.
Walaupun Abdullah buta matanya, tetapi qalbunya tidak buta.. Dia tahu, agama adalah sangat penting dalam hidup ini, dan penentu bahagia celaka di akhirat nanti.
Dia tidak berpada dengan agama yg dipelajari dari orang tuanya dan kaumnya, tetapi bersusah payah mencari Rasulullah saw, untuk bertanya tentang agama yg di ajarkan baginda.
Di dunia ini, mungkin dia akan cukup makan dan pakai, tetapi nasib di akhirat nanti adalah bergantung kepada agama. Tiada siapa boleh jamin keselamatannya di akhirat nanti, melainkan pencipta dan pentadbir dunia dan akhirat jua...
Itulah kisah pemulaan surah al Abasa, berkenaan si orang buta yg teraba-raba, tertanya-tanya tentang agama..
PELBAGAI KEPERCAYAAN
Hidup di dunia ini hanya sekali. Begitulah aqidah di dalam agama samawi atau langit, seperti Islam, Kristian dan Yahudi.
Orang yang tidak percaya akan adanya hari akhirat juga mengatakan hidup di dunia ini hanya sekali. Jika mereka melakukan kebaikan tidaklah ia dilakukan kerana akhirat, tetapi kerana mereka memang teringin untuk berbuat baik.
Agama Hindu pula percaya kepada putaran kelahiran semula. Jika ketika hidup ini mereka hidup secara jahat, maka mereka akan dilahirkan semula sebagai makhluq yg lebih rendah dan hina.
Ada juga kaum yg percaya akan adanya kehidupan selepas mati dan ditegakkan keadilan, tetapi mereka bukanlah beragama samawi, spt kepercayaan kebanyakan orang Cina di Malaysia dan Majusi.
Nampaknya, sangat sukar untuk pemeluk sesuatu agama untuk berhijrah kpd agama yg lain. Apakah sebabnya mereka sukar untuk bertukar agama ?
Comments
Post a Comment